Posts

Showing posts from September, 2011

Kebakaran di Kolej Jati, UiTM Shah Alam

Assalamualaikum. Petang tadi, aku baru jer digemparkan dengan berita kebakaran Kolej Jati di UiTM Shah Alam . Siap dapat Tweet dari sahabat kat sana. Punca kebakaran aku tak tahu. Tapi di sini kita dapat lihat la kepentingan 'Latihan Kebakaran' yang selalu dibuat kat sekolah dulu2. Mungkin nampak macam perkara remeh. Bila buat jer 'Latihan Kebakaran', confirm ade jer yang mengeluh dan merungut. Tapi hakikatnya, bila tiba situasi sebenar kebakaran, masing2 tak bertindak rasional. Huhu. Sekadar renungan bersama. Bila ada kebakaran tu, bergegaslah selamatkan nyawa. Tinggalkan jer barang2 semua. Yang penting keselamatan diri. Haha. Dah macam ape aku cakap. Woha! Wallahualam.

Tahniah! Pencak Silat MSSM Sarawak '11

Image
Assalamualaikum. Pada 20-24 Septembar yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Pencak Silat Sekolah2 Malaysia (MSSM) bertempat di Kuching, Sarawak. Ok. Actually aku takde kene mengena pun dengan team ni. Cuma bila lihat kelibat mereka2 yang mewakili Selangor peringkat sekolah ni, tetibe terkenang detik aku bergelar atlit Selangor peringkat sekolah2 Malaysia dulu. Haha. Pape pun, alhamdulillah ade jugak wakil dari sekolah aku ke kejohanan tersebut. Berjaya jugak mengekalkan tradisi sukan Pencak Silat sekolah aku, yakni menghantar wakil ke arena kebangsaan dan menyumbangkan pingat. Alhamdulillah. ..Pesilat2 Sekolah Menengah bersama Medal mereka.. ..SELANGOR Juara Keseluruhan Sekolah Rendah.. ********** KEPUTUSAN PENUH SENI TARI SILAT MENENGAH LELAKI JOHAN : JOHOR NAIB JOHAN: SELANGOR KETIGA: SARAWAK SENI TARI SILAT MENENGAH PEREMPUAN JOHAN : SARAWAK NAIB JOHAN: SELANGOR KETIGA: JOHOR TEMPUR LELAKI MENENGAH JOHAN : SABAH NAIB JOHAN: PERAK KETIGA: SELANGOR TEMPUR PEREMPUAN MENENGAH JOHA

Ust Azhar Idrus turun Uia Gombak

Image
Assalamualaikum. Ok. Dah cukup aku asyik duk lupe jer nak datang Majlis Ilmu ni. Dulu setiap kali aku nampak banner kat tepi jalan, niat tu asyik datang jer cakap nak turun dan dengar Majlis Ilmu tu. Tapi tak pernah terlaksana. Macam2 halangan. Mostly disebabkan alpa dan leka dengan perihal duniawi. Huhu. So, hari Jumaat ni aku dah booked untuk attend Majlis Ilmu ni. Penceramah yang tak asing lagi kat Malaysia ni. Siapa jer yang tak kenal dengan nama Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan trademark beliau 'Bodo'. Haha. Kali ni tak yah susah2 nak turun masjid mane2. Sebab Jumaat ni beliau sendiri akan turun di Masjid SHAS Uia Gombak. Tempat aku menuntut sekarang. Kepada sahabat2 kat luar sana, ayuh sama2 kita turut serta dalam Majlis Ilmu ni. Wallahualam.

Bila Malaikat Maut memanggil...Nenek dah takde....

Image
Assalamualaikum. Innalillahi wainna ilaihi raajiun..... Sungguh tidak kusangka, detik kesibukan aku semalam menghadapi waktu2 kuliah telah digemparkan dengan berita kematian salah seorang insan yang aku telah anggap seperti nenek sendiri. Yaa. Ibu kepada coach aku, Ckg Habizan. Yang dahulunya telah diuji terlebih dahulu oleh-NYA dengan 'sesak nafas'. Dan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sg. Buloh. Telah di tahan di wad beberapa hari. Namun ketika itu, dengan izin Allah, doktor masih gagal mengesan penyakit Thyroid yang dihidapinya. Lepas beberapa hari, nenek pulang ke rumah selepas doktor membenarkannya. Namun, selang beberapa hari selepas itu, keadaan nenek bertambah teruk. Sekali lagi beliau di larikan ke hospital. Tapi kali ini, doktor berjaya menemui penyakit yang sekian lama dihidapi oleh beliau yakni Kanser Thyroid . Dahulunya, doktor pernah memberi cadangan untuk membuat satu pembedahan di bahagian lehernya untuk membuang bahagian2 yang terkena kanser. Namun, atas

Servis di Perodua.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selesai sudah tanggungjawab aku untuk menghantar Lamborghini a.k.a. Myvi aku servis setelah mencapai jarak perjalanan sejauh 92345km. Untuk pertama kalinya, kereta ini di hantar ke Pusat Servis Perodua. Kos yang agak mahal. Tapi aku rase tak kesah sangat sebab memang start dari beli dulu tak pernah hantar servis kat Perodua sendiri. Kalau hantar kat bengkel biasa, bukan tak elok. Cuma kekadang ade jer kekurangan. Maklumlah, Perodua mesti pakar dalam memastikan kondisi kereta buatan mereka dalam keadaan baik kan. Ok. Lepas ni turn Superbike a.k.a. moto GT aku pulak. Lame jugak tak gerak. Sejak mula bulan puase. Ade la dekat dua bulan. Bateri kong. Memang langsung tak leh gerak. Hmm. Kena la hantar ke bengkel jugak untuk di servis. Huhu. Wallahualam.

Confirmation Slip > 18.5 Credit Hours.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Akhirnya selesai sudah sesi meng'add' subjek untuk sem ni. Setelah secara rasminya subjek yang diingini, Material Science & Engineering telah tersenarai dalam confirmation slip aku. Fuh~ ..confirmation slip.. Punya lah lama nak tunggu dorang masukkan dalam sistem. Setiap hari ke hulur hilir ke Office Academic Affair usha takut2 borang add manual aku kene reject. Hoho. Finally dorang terima jugak. Alhamdulillah~ Ramai jugak yang apply add subjek tu kena reject bulat2. Reason dorang macam biase la, tak bayar yuran. Huhu. So, officially my credit hours for this semester is 18.5. Tak terlampau banyak, tak terlampau sikit. Ok la tu. Tapi bile tengok jadual aku, nampak macam padat pulak. Haha. Papepun, yang penting hari Jumaat, I'm freeee. Hehe. Sejak bergelar student U ni, kena alert sikit dengan tarikh2 penting berkaitan kulliyyah ni. Kalau kat sekolah tu, cikgu2 selalu ingatkan. Tapi kat U ni, independent kot. Haha. ..klik to enlarge.. Wall

Tuntutan Puasa 6 Terlaksana..

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selesai sudah aku menunaikan puasa enam hari di bulan Syawal. Seingat aku la, rasa2nya ni first time aku puasa setahun macam ni. Haha. Sebab kalau ikut tahun2 dulu, memang dah niat nak puasa enam. Tapi tak pernah nak lepas. Hanya niat di hati, tapi tak pernah terlaksana. Maklumlah, salah satu faktornya, ramai member2 buat open house. Haha. Kali ni, aku tak puasa direct enam hari. Mula2 aku buat empat hari. Then selang beberapa hari lepas tu, baru sambung lagi 2 hari puasa. Maklumlah, terpaksa bagi laluan untuk kegiatan sukan kegemaran aku ni. Haha. Alhamdulillah jugak sebab membuahkan hasil. Insyallah, semoga ia mampu menjadi taklifat tahunan aku. Sekian. Wallahualam.

TAHNIAH! sahabat2ku.

Image
Assalamualaikum. TAHNIAH!! kepada sahabat2ku atlit Silat Seni Malaysia, yang telah berjaya membawa balik pingat dalam acara silat seni di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri di Timesquare semalam. Alhamdulillah. Pingat EMAS - Tunggal Putera, Regu Putera, Regu Puteri Pingat PERAK - Ganda Putera, Ganda Puteri Pingat GANGSA - Tunggal Puteri Walaupun diri ini bukanlah dalam kalangan yang merasai keseronokan dikalungkan pingat dalam kejohanan tersebut, namun hati ini tetap berbangga kerana mempunyai sehabat2 seperti mereka. Bilalah rasanya aku berpeluang merasai keseronokan seperti mereka. Merasai detik disarungkan baju Harimau Malaya. Berpeluang menyumbangkan keringat untuk menaikkan nama negara. Huhu. Ape yang hanya mampu aku lakukan sekarang, hanya bersabar. Sedikit gambar yang sempat ditangkap menggunakan Videocam HD milik roomateku. p/s : aku masih tak paham. kenape mesti ade politik dalam semua perkara? dimana keadilan akan muncul sekiranya sentiasa di a

Penutup Kejohanan Silat Pra Sukma & Terbuka KL 2011

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, hasil dari latihan yang berterusan mampu juga mambawa balik pingat. Walaupun hakikatnya tiada saingan, namun mampu mengembalikan nostalgia lalu ketika aku giat bersilat sehingga pernah bergelar JUARA kebangsaan masa zaman sekolah dulu. Pungutan pingat penuh bagi kontinjen Selangor : 4 Emas (Tunggal L | Ganda L | Regu L | Olahraga Kelas H) 2 Perak (Tunggal P | Olahraga Kelas G) 2 Gangsa (Olahraga Kelas E & F) Namun, disebabkan hanya atlit silat seni sahaja yang mampu bertahan sehingga Majlis Penutup, kami2 jer la yang tolong naik podium ambilkan pingat untuk mereka2 yang lain. Haha. Gambar sepanjang majlis tersebut. Medal yang masih tak dituntut. Haha. Thanks again to all coaches. Sekian. Wallahualam.

TerJUMPE RM150!!

Image
Assalamualaikum. Sedang aku berjalan menuju ke kereta tengahari tadi, aku terserempak dengan 3 helai wang kertas bernilai RM50 beserta kad OKU. Sahabat aku ni pulak terlebih baik sangat, pergi ambek semua duit tu. Pastu dah bingung memikirkan macam mana nak bagi kat empunya duit tu. Nama tertera dalam kad OKU : Kamil Naqiuddin b. Johaini K/P : 910131-14-5561 Alamat : Taman Sri Keramat Setelah penat berfikir, kami pun menuju ke Admission & Record (AnR) untuk mintak detail no. telefon insan yang malang ni. Tapi malangnya, nama beliau takde dalam list student UIA. So, bertambah lagi lah kebingungan kami memikirkan kepada siapa patut kami serahkan sejumlah wang RM150 tunai ni. Hmm. Akhirnya, dalam perjalanan menuju ke kereta, terserempak dengan Pak Guard UIA. Hmm. AKu pun bercadang untuk berikan duit tersebut kat Pak Guard tu. Sekurang2nya, tanggungjawab kita dah selesai lepas serahkan duit tu. Lepas tu aku tak tau ape yang terjadi. Hopefully duit tu sampai la ke empunya badan. Moral :

MISI 2011 Selasai. GOLD!

Image
Assalamualaikum. Alhamudulillah. Selesai sudah MISI tahun 2011 aku dalam dunia persilatan. Setelah selesai Kejohanan Silat Terbuka KL kategori Silat Seni kelmarin. Dengan berbekalkan latihan berkala pada bulan Ramadhan yang lalu diteruskan dengan latihan mingguan yang tak putus2 bermula daripada pertengahan tahun, akhirnya berbuahkan hasil apabila bergelar JUARA. Walaupun diri ini terasa kecewa dengan performance pada malam tersebut, namun di hati ini sentiasa lahir perasaan syukur kepada-NYA kerana telah memberi peluang kepadaku untuk merasai Gold Medal setelah hampir 4 tahun aku meninggalkan dunia kegemilanganku. Terima kasih kepada Coach Habizan kerana telah membimbingku sepanjang latihan. Kepada rakan2 seperjuanganku, korang masih ade satu lagi MISI yang besar untuk dicapai yakni Selection Team SUKMA Selangor. Teruskanlah latihan dan perbaiki cara permainan. Untuk bergelar JUARA memang memerlukan pengorbanan yang besar dari semua sudut. Gudluck untuk semua. Insyallah, selepas ini a

Sem BARU | 2nd Year!!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selamat sudah aku mendaftar masuk sebagai student UIA Gombak untuk sem pertama 2nd Year. Macam biaselah, hati ni terasa berat nak tinggalkan rumah. Bukan ape, biasenye kalau dah jejakkan kaki masuk kampus ni, terasa bebanan yang nak pikul tu berat sangat. Means tanggungjawab atau amanah sebagai pelajar. Yakni menuntut ILMU. ..gambar hiasan.. Sem baru dah mula. Tahun ni aku dah masuk 2nd year. Kalau kat UIA ni, degree 2nd year baru belajar subjek MAJORING. Means kalau ambek kos Automotif, 2nd year ni la baru didedahkan dengan perihal kereta dan sedara-maranya. So, kalau nampak student kos Automotif 1st year tu, takyah ler suruh die baiki kereta korang. Kang lagi teruk dibuatnye. Woha! Kidding :P Standard bile masuk jer sem baru, mesti ade jer student yang tak lepas add subjek yang mereka nak. Kalau stok student jpa or under biasiswa syarikat swasta tu, semua terkejar mendaftar subjek bagi kredit hour dorang melebihi 15.o. Maka, berlakulah peperangan meng&

Freaky Friday | Tax Topup!

Image
Assalamualaikum. Aihh~ Panas jugak hati aku dengar. Nak topup RM5. Kena bayar RM5.30. Nak topup RM10. Kena bayar RM10.60. 6% tax untuk reload. thats BULLSH*T. "Rakyat didahulukan, Pencapaian DIUTAMAKAN " p/s : kepada yang selalu message awek ke, or giat bergayut ke, carilah alternatif lain ek. Wallahualam.

Rompakan di Kedai Mamak S15, Shah Alam.

Image
Assalamualaikum. Yaa..kite telah digemparkan dengan satu rompakan yang terjadi di KEDAI MAMAK SEKSYEN 15, SHAH ALAM yang berlaku pada 28 Ogos yang lalu. Time puasa tu. Dalam jam 400 pagi. Confirm dorang tengah SAHUR tu. Huhu.     Nak upload video die, internet aku ni terlampau LEMBAB sangat. Aku rase kura-kura lagi laju la jalan daripada internet aku ni. Woha! Panas betol hati. Aiihh~ So, kalau nak tengok boleh klik [SINI] . Selamat MENONTON! Selalu kite tengok dalam filem2 jer. Tapi sekarang ni REALITI kot. Terget perompak tu LAPTOP. Maklumlah, orang zaman sekarang ni takde line internet kat rumah, prefer lepak kat warung2 or kedai mamak nak cari WiFi free. Kekadang order teh tarik secawan jek. Tapi duduk online sampai tengah malam. Hoho. So, lepas2 ni tak usah la kite menyibukkan diri kita kat kedai2 mamak or warung2. Especially tengah2 malam. Apa2 boleh jadi. Nak online sangat pergi la CyberCafe terdekat. Biarlah berbayar sikit daripada bahayakan nyawa. Wallahualam.

Wordless Wednesday #2 | KERUSI..

Image
Assalamualaikum. Pernah IMPI kan sebuah KERUSI IDAMAN korang? Hmm. Menarik! Tapi memang susah nak cari kat Malaysia ni. Wallahualam.

Cepat betol den terlupe..Aduyai..

Image
Assalamualaikum. Arrrggghhhh. Akibat terlalu lama meninggalkan... hhhmmmm.. dunia study.. dunia matematik.. dunia kira-kira.. dunia perah otak.. Aduusss..semalam akak aku ade mintak tolong aku ajar die jawab satu soalan calculus..chapter soalan tu memang aku dah belajar dua sem lepas..tappii...tappiiii... aku tak dapat jawabbb...isshhh..geramnyeer...kenape setiap kali ape yang kite belajar senang sangat terlupe? aku ingat, ingat fakta jer yang selalu lupe. rupe2nye, kemahiran kira2 matematik pun aku boleh konfius dan lupe cara nak jawab nyer. aduuyaaiii. sedih betol. hmmm. ce try..ce try jawab soalan no 5..nyakitkan hati betol..huhu.. mase sekolah dulu, subjek paling aku SUKA sangat ialah ADDMATH. tapi bile masuk jer UIA. subjek MATH la jadi subjek yang paling aku BENCI. Haha. aku pun tak tahu kenapa. mungkin sebab makin susah kot. tapi ade ke ilmu yang makin mendalam dipelajari, makin senang. hmmm. Sekian. Wallahualam.

Wordless Wednesday #1 | API..

Image
Assalamualaikum.. bile KECIL jadi KAWAN.. bile BESAR jadi LAWAN.. jangan jadi seperti minyak, makin banyak disimbahkan kat api, semakin marak api.. = dah orang marah tu.. tak yah ngada2 nak naikkan lagi angin die.. silap2 haribulan.. kite yang kena tempiasnya.. Woha! p/s : jangan main API.. Wallahualam.

Kesan Buta Sejarah...Hmmm..

Image
Assalamualaikum. (..MAAF! post kali ni takde kaitan dengan ISU MAT SABU yer..) Habes kecoh semua media pasal kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menidakkan sejarah pengorbanan polis dan tentera menentang keganasan komunis. Ok. Aku tak nak komen pape pasal isu ni. Masih HOT lagi diperkatakan oleh semua pihak. Tapi pokok ceritanya ialah JANGANLAH BUTA SEJARAH. Sejarah. Memang merupakan subjek yang paling aku BENCI mase sekolah dulu. Time sejarah jer confirm tertidur mase tengah belajar. Maklumlah, cikgunye pun ngajar stok bercerita dengan intonasi yang mendatar jer kan. Tak de enthusiasm langsung. Hehe. yeeahh..nostalgia betol buku teks ni..haha.. Teringat mase exam SPM subjek Sejarah. Mase tu hujan lebat giler. Tempias dari hujan terkena sebaris meja calon2 SPM yang duduk kat barisan hujung sekali dewan peperiksaan tu. Ape lagi, satu baris bangun dan selamatkan kertas soalannya sambil buat sedikit kecoh. Haha. Ade la manusia2 yang sempat buat benda terkutuk tu. Hehe. MENI

Ganggu MOOD aku jekk..

Image
Assalamualaikum. Fuh~ lame gile tak jogging. Sejak bercuti jogging bulan puasa hari tu. Hehe. Alhamdulillah, takde lah rasa pancit sangat jogging nonstop 30 minit tadi. Lame jugak tak pergi Titiwangsa ni. Banyak jugak perubahan. Yang aku tak tahannye, perubahan yang telah menggangu MOOD jogging aku petang tadi. Huhu. Nah.... Aiseh~ buat hancur MOOD aku nak jogging jer. Naseb baek mental kuat. Hee. Tak pasal2 ganggu trafik sikit sebab jogging atas jalan sebelah tu. Woha! Wahai pihak DBKL, kalau nak betulkan jalan tu, makesure la siap cepat sikit ek. Jangan nampak macam terbengkalai je. Kang korang jugak rosak nama. Huhu. p/s : hari pertama berpuasa enam. hari pertama jugak aku berjogging setelah lama terperap kat rumah sepanjang Ramadhan tempoh hari. Haha. Wallahualam.

Mood Training....

Image
Assalamualaikum. Lame jugak aku tak mengupdate blog. Terlalu sibuk dengan musim perayaan ni. Haha. Tak habes2 beraya. Alhamdulillah, dah tiba masa untuk aku ketepikan mood raya ni. Minggu depan aku dah ade GAME. Kejohanan Pencak Silat Jemputan KL. So, bermakna minggu ni aku dah kena mulakan kehidupan seorang atlit balik. Iaitu, 1. Mengekalkan berat badan dalam linkungan zon selamat. 2. Memastikan setiap hari jogging sekurang2nya 30 minit. 3. Membuat latihan teknik, strength training, agility speed and recovery. 4. Menjalani latihan fitness setiap petang. 5. Pantang larang menu makanan dan minuman setiap hari berkuat kuasa. 6. etc.. Woha! yeaahh! kicking training.. weight training.. kalaulah rumah aku ade kelengkapan gim macam kat atas ni haaa.. dah lama badan aku macam mamat kat bawah ni..hehe.. SOO..APE LAGI..JOM laa JOGGGIINNGGG!!! Wallahualam.