Posts

Showing posts from April, 2012

Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-16

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi kejuaraan terbesar yang dianjurkan oleh PESAKA Malaysia yakni Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-16 yang telah diadakan di Stadium Badminton Cheras bermula dari 24hb hingga 29hb April yang lalu. Penyertaan dari pasukan PESAKA-PESAKA negeri dan 3 pertubuhan silat iaitu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) dan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Perasmian Kejuaraan Silat Kebangsaan ini juga telah dirasmikan oleh PM, Y.A.B. Dato' Sri Hj Mohd Najib b. Abd Razak bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur serentak dengan Perhimpunan Pesilat Kebangsaan pada 25hb April yang lalu. Manakala Majlis penutupnya pula telah berlangsung di venue kejuaraan sendiri iaitu Stadium Badminton Cheras yang dirasmikan oleh TPM, Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Yaasin pada 29hb April yang lalu. Alhamdulillah, kejuaraan kebangsaan kali kedua penulis sertai bernaung dibawah bendera

Kursus Jurus Tunggal Kebangsaan 12

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana masih diberi kudrat untuk menaipkan sesuatu di laman ini. Minggu yang agak stress dipenuhi dengan kuiz, assignment dan persiapan untuk menghadapi dua kejohanan yang bakal penulis sertai. Anyway, I'm not here to talk about the games. Just want to share something regarding the Silat Seni Jurus Tunggal Course National level organized by Silat Gayong UKM last weekend on 13th-15th April . Sedih + Hampa. Kerana penulis tidak berpeluang untuk menyertai kursus tersebut kerana terpaksa memberi penumpuan terhadap persediaan penulis untuk menyertai dua kejohanan besar yakni Kejohanan Pencak Silat Pendekar Warisan 2 anjuran UPNM dan Kejohanan Silat Kebangsaan kali ke-14 anjuran PESAKA Malaysia. Sijil kursus peringkat kebangsaan dan diperakui oleh Wasit Juri Antarabangsa kelas Pertama. Jurulatih kursus : Ckg Habizan Othman (Bekas Pesilat Negara merangkap Coach Silat Seni Selangor) & Ckg Faid Musa (Wasit Juri Kelas Pertama Antarabangsa) Namun, setiap ya

Game Silat MSSN Selangor 12 - TAHNIAH!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hujung minggu yang agak memenatkan. Seperti biase masa yang dipenuhi dengan latihan2 fasa terakhir persediaan menghadapi kejohanan silat kebangsaan minggu depan. Namun, perasaan gembira serta bersyukur turut di rasai oleh penulis kerana penulis telah berjaya menghasilkan pesilat2 bertaraf negeri peringkat sekolah2 yakni pabila anak2 didik penulis telah berjaya merangkul 2 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa di Kejohanan Pencak Silat Sekolah2 Negeri Selangor yang telah diadakan pada 12-15hb April yang lalu bertempat di Komplek Rakan Muda Klang. Pungutan pingat dari Duta2 SMK Sg Pusu :- EMAS - Regu Putera & Tunggal Puteri PERAK - Tunggal Putera GANGSA - Olahraga Puteri Pemenang pingat EMAS akan mewakili negeri Selangor di kejohanan peringkat kebangsaan kelak. Alhamdulillah. Terasa puas dan seronok bila kita berkorban sesuatu dan kita nampak hasilnya. Walaupun hasilnya bukan berbalik pada diri kita juga, namun sekurang2nya penulis berjaya meneruskan legasi pesi

Silat MSSD Gombak. TAHNIAH!

Image
Assalamualaikum. Walaupun keringat peluh dan penat serta pengorbanan yang tak mampu digambarkan oleh penulis namun ianya terbalas dengan kejayaan Team Silat Sg Pusu merangkul Naib Juara Keseluruhan dalam Kejohanan Pencak Silat MSSD Gombak dengan jumlah pingat keseluruhan 5 EMAS, 4 PERAK dan 2 GANGSA pada 3-5hb April yang lalu. Silat Seni :- 3 EMAS (Tunggal P, Solo P, Regu L) 3 PERAK (Masal P, Tempur L, Tunggal L) Silat Olahraga : 2 EMAS, 1 PERAK, 2 GANGSA Dengan diselang-seli komitmen menghadiri kuliah dan 'turun padang' sebagai coach kontinjen Sg Pusu selama tiga hari berturut-turut ang mana penulis pada mulanya sangat khuatir dengan persediaan awal semua atlit yang terlibat. Namun, hakikat sebenar kejayaan akan tiba sekiranya ada yang mencetuskannya yakni latihan yang berterusan dan doa yang disusuli bersama. TAHNIAH dan SYABAS TEAM PENCAK SILAT PSSGM SG PUSU!!! Yang berjaya, teruskan latihan bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan peringkat negeri. Yang mana kecundang ta

Selection Kebangsaan Team Selangor 2012

Image
Assalamulaikum. ( Post yang tertunda ) 23-25hb Mac yang lalu telah diadakan Kejohanan Pencak Silat PESAKA Kebangsaan peringkat Negeri Selangor bertempat di Kompleks Rakan Muda, Puchong. Kejohanan yang ketiga penulis melibatkan diri dalam dua kategori yakni Jurus Tunggal dan Regu. Tunggal Putera Regu Putera Overall performance malam tersebut tak begitu memberangsangkan kerana ketidak efisyen perjalanan pemilihan yang pihak penganjur aturkan. Yang dimaksudkan ialah pertandingan untuk acara silat seni yang mana untuk kesemua kategori silat seni, dipertandingkan dalam satu malam dan satu gelanggang. In other words, pertandingan malam tersebut terpaksa dijalankan sehingga mencecah 1 pagi. Menyebabkan pesilat-pesilat yang menunggu giliran telahpun mengantuk dan lemau. Kesannya, pesilat yang hebat macam mana pun tak akan dapat mempamerkan persembahan yang terbaik disebabkan kondisi badan dan mental yang terganggu. Hanya dari sudut perspektif penulis sahaja. Penyertaan yang paling ramai dala

Pra SUKMA 2012

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah berpeluang meluangkan sedikit masa mengisi sesuatu di ruangan ini. Cuti pertengahan semester telah pun selesai namun hakikat sebenar penulis masih tidak punyai masa yang cukup untuk merehatkan diri dan minda kerana terpaksa mempertaruhkan masa lapang untuk membantu adik2 gelanggang penulis yg akan bertanding minggu ini dan juga penulis sendiri sekarang dalam zon mempersiapkan diri bagi menghadapi satu kejohanan yang amat bermakna bagi penulis yakni Kejuaraan Silat Kebangsaan pada akhir bulan ini. Di kala kesibukan yang terpaksa dihadapi penulis sepanjang minggu2 yang lepas, suka untuk penulis mencoretkan serba-serbi mengenai kejuaraan yang penulis hadiri. Bukan sebagai peserta, juga bukan sebagai jurulatih. Namun hanya sebagai seorang abang melihat adiknya beraksi dalam gelanggang. Hanya sebagai seorang senior menyokong juniornya berjuang di arena persilatan. Kejuaraan Pencak Silat Pra Sukma 2012 yang telah diadakan di Dewan Sri Mentakab, Pahang pada 7-11