Posts

Showing posts from November, 2012

Bahang ASEAN University Games kian terasa

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik sedar2 lagi dua minggu jer lagi aku bersama teamateku akan fly ke Laos untuk Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN. Persediaan yang tak berapa nak rapi gara2 bermacam2 faktor dan antara yang utamanya ialah faktor bakal meng'skip' kelas selama hampir 2 minggu. Hakikat sebenar memang surat pelepasan telah pun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi khusus untuk semua atlet2 IPT Malaysia yang akan ke sana. Tapi diri ini terasa sangat runsing dan bimbang memikirkan keadaan akademikku yang kini semakin menghampiri zon peperiksaan akhir semester. Midterm pun ade subjek yang belum habis lagi. Ini pulak nak memikirkan persediaan untuk final. Susah untuk aku terangkan situasiku ini sebagai student UIA kepada member2 teamate dari universiti lain. Universiti lain mungkin lain die punya polisi dan prosedur untuk diberi pelepasan. Dan UIA pulak majoriti pensyarahnya ialah dalam kalangan foreigner. Ok. Bila dah kata foreigner ni, b

Laman Sesawang yang berSawang

Image
Assalamualaikum. Sekian lama tak menaipkan sesuatu di laman sesawang ni. Diri ini terasa sibuk tambahan keadaanku kini yang berada dalam zon persiapan sebelum menempuhi satu kejuaraan yang paling besar yang pernah ku sertai setakat ni. Keberangkatan ku ke LAOS pada 121212 sehingga 221212. Tarikh yang amat molek dan cantik. Sangat sesuai dibuat tarikh perkahwinan dan aku percaya mesti ramai yang telah merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut. Ok. Out of the topic! Haha. Ikutkan banyak perkara2 dan kejadian2 yang hendak ku kongsikan di ruangan ini gara2 hampir sebulan lamanya aku tak berblogging. Dulunya aku seorang penggemar blogging. Seorang yang sangat suka mengupdate setiap inci dan detik pengalaman yang pelik dan luar dari kebiasaan yang telah ku lalui. Namun, kekerapanku mengupdate terpaksa ku hentikan atas faktor tertentu, dan kini insyallah jika diberi ruang dan peluang untuk mengupdate, aku akan coretkan sesuatu yang bermakna untuk tatapan pengunjung dan terutama diriku un