Posts

Showing posts from April, 2015

Perubahan

Image
Assalamalaikum. Alhamdulillah. Genap 7 bulan aku dah berstatus bekerja. Betullah orang kata, dulu masa zaman belajar tak sabar nak bekerja. Sebab dapat berpeluang merasai nikmat berbelanja dengan duit sendiri, belanja mak ayah sahabat kawan semua dengan duit titik peluh sendiri, dapat berbakti pada masyarakat melalui kepakaran yang terbentuk hasil dari ilmu yang dituntut masa zaman belajar, dapat beli kereta sendiri, beli rumah sendiri, dapat rancang untuk kahwin dengan majlis yang grand semua. Yes. Itulah apa yang aku impikan masa belajar dulu. Berkeinginan untuk berstatus 'Engineer' di atas bisnes kad kepunyaan sendiri dengan berkompenikan syarikat yang besar-besar dan mampu membawa karier ku ke arah yang lebih jauh. Namun, itu semuanya dulu. Masa belajar. Masa dan zaman yang padaku sangat best! Zaman yang bila kita buat kesilapan ada orang akan bantu dan bimbing kita untuk betulkan kesilapan kita supaya tak berulang lagi. Zaman yang mana kita dapat berseronok beraktivti bers