Posts

Showing posts from April, 2016

Tips Plan Itinerary

Image
# Tips Mengembara 02 Assalamualaikum. Untuk seorang yang suka mengembara atau travelling, itinerary ni benda yang paling penting kene sediakan. Sebab traveller ini ada macam-macam jenis. Antaranya ada yang suka target flight murah dan redah je jalan kat sana tanpa ada planning, ada yang target negara pilihan dan research pasal sejarah negara tersebut untuk dijadikan destinasi lawatan dan pengisian sepanjang travel kat negara tersebut, ada yang suka target negara yang banyak tempat-tempat attraction tip top, ada yang saja suka travel nak merasa suasana empat musim dan dll. Pada aku, aku lebih kepada ingin mengikuti perbezaan budaya dan sejarah sesebuah negara itu dan sebelum aku pergi sesebuah negara, aku akan pastikan apa perbezaan budaya negara tersebut berbanding dengan Malaysia dan apa tempat-tempat sejarah yang menarik kat sana. Tempat-tempat tu aku akan susun dalam itinerary mengikut jarak dari paling dekat hingga paling jauh dari tempat penginapan aku. Selain tempat lawatan, kos

My First G7 - Yong Belar

Image
Assalamualaikum. [Post tertunda] Dahulunya aku seorang atlit dan kini memilih untuk melintang arus. Cuba untuk memilih jalan yang lain. Untuk berjinak-jinak dengan hobi yang baru. Hiking dan travelling menjadi pilihan. Setelah 10 tahun melaburkan masa dan hidup dalam dunia atlit dan kini baru berpeluang keluar dari hidup bermatlamatkan pingat itu. 12 Mac 2016 - Alhamdulillah. Penyertaan untuk pertama kalinya bersama orang baru. Kenalan pada kenalan yang baru. Koyak Outdoor Team. Kenalan hiking kepada colleague ku di APM, Adzuan. Pendakian pertama tahun 2016, Gunung Yong Belar. Gunung ketiga tertinggi di semenanjung. Dan di sini lah aku baru kenali apa itu G7, macam mana nak susun atur peralatan dalam backpack, macam mana cara pemakaian backpack yang betul dan sebagainya. Menarik buatku selaku orang yang masih baru dalam dunia hiking. Bila lepak bersama mereka yang dah bertahun hiking ini tak lari dari berdiskusi tentang topik berkaitan gunung dan kisah pendakian mereka sebelum-sebelum