Posts

Showing posts from November, 2016

Rinjani 2015 dalam Kenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Tengah-tengah tekun membelek post-post terdahulu, tetiba terserempak dengan blog sahabat se-UIA. Post yang sekian lama ditulis dan pending yang akhirnya terpublish beberapa hari yang lalu. Post yang sangat mengembalikan nostalgia setahun yang lalu. 12 June 2015. Misi pendakian kami berempat menawan puncak Rinjani. MasyaAllah rindu sangat momen tu. Saat pertama kali aku berjinak dengan dunia pendakian. Gunung pertama aku daki. Saat pertama aku rasa peritnya untuk menghabiskan pendakian 2 hari 1 malam. Saat pertama kali juga aku bermalam di atas gunung diselubungi kesejukan yang rasanya seolah tembus hingga ke tulang sum-sum. Di saat paginya terasa bahangnya seolah matahari pacak berada di atas kepala. Di sebelah malamnya berbumbungkan bintang-bintang yang berkelipan membentuk buruj yang bermacam bentuk. Serius rindu sangat! Bersama adik dan dua orang sahabat, Arif, Ami dan Ned. Kalau bukan kerana Ned mengupdate post beliau berkaitan trip tersebut, mungkin mem

Seoul Trip 206 - Day 3

Image
Assalamualaikum w.b.t. Masuk hari ketiga kami bermusafir di bumi Korea. Alhamdulillah. Untuk hari ini kami semua akan dibawa ke salah satu tempat tarikan utama di Korea. Tempat yang pernah menjadi lokasi penggambaran drama popular korea Winter Sonata. Tour guide yang bertugas untuk hari ketiga ini namanya Imran. Pelajar tahun kedua di Hanyang University. Juga merupakan housemate kepada Hisham iaitu tour guide kami di hari pertama kami tiba di sini. Untuk menuju ke Nami Island, kami telah mengambil train line 5 dan turun di Gunja station seterusnya bertukar ke line 7 menuju ke Sangbong station. Dari Sangbong, kami menaiki train ITX Gyeongchun dan turun di Gapyeong station. Station ini merupakan station utama untuk mereka yang ingin ke Nami Island. Dari station ini, akan ada dua transportasi untuk ke Nami Island iaitu sama ada teksi atau bas. Pada mulanya, perancangan asal kami akan naik teksi untuk ke jeti Nami Island. Tapi disebabkan ada destinasi adhock yang baru dirancang untuk d