Posts

Showing posts from June, 2012

New View from C3.6

Image
Assalamualaikum. Pemandangan dari tingkap bilik baruku, Blok C3.6 Mahallah Salahuddin al-Ayyubi. New SEMESTER arrived... New SUBJECT added... New CLUB participated... New ROOM registered... New ROOMATE from Terengganu... and New WINDOW's VIEW! WELCOME SHORT-SEMESTER !! SEMESTER III SESSION 2011/2012 Wallahualam.

3 weeks OFF!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana diberi peluang dan ruang untuk menulis sesuatu di pagi Selasa, hari kedua bermulanya sesi semester pendek bagi penuntut2 UIAM. Semester pendek yang memakan masa selama 2 bulan hanya untuk sesi kuliah atau secara spesifiknya 8 minggu. Namun atas faktor tertentu 3 minggu sesi kuliahku terpaksa di 'burn' begitu saja. Komitmen yang bertali arus. Dengan penyertaanku dalam 2 kejohanan besar yang diadakan secara berturut-turut selama hampir 3 minggu di lokasi yang berbeza. Dan untuk pertama kalinya penyertaanku BUKAN atas tiket ATLIT, tetapi sebagai Assistant Coach Silat Seni Team. 4hb-17hb Julai 2012 Sukan Malaysia (SUKMA) ke-XV IKBN Lanchang Pahang Team : SELANGOR 11hb-19hb Julai 2012 Sukan Universiti Malaysia (MASUM) UTHM Batu Pahat Johor Team : UIAM Kepala otakku masih terngiang2 berfikir keadaan yang bakalku tempuhi selama mana ketidak hadiranku selama 3 minggu untuk sesi kuliah nanti. Secara tepatnya 9 kelas. Tambahan pula, sesi semester pe

Boikot. Resolusi terbaik!

Image
Assalamualaikum. Tengah sedap layan McD set large Nugget bersama french fries dan milo untuk menu supper ku malam ni, tetibe terserempak dengan gambar (bawah) yang dipost di ruangan fb. Inilah Maamoon Ali dan rakan-rakannya. Maamoon seorang kanak-kanak berusia 14 tahun telah dibunuh oleh serangan udara Zionis pada hari Khamis, 21 Jun 2012 di Gaza. Sumpah makan dalam. Terasa bersalah pun ade. Tapi tanpa tindakan takde gune gak. Bayangkan jika yang terlantar itu ahli keluarga atau kaum kerabat kite, adekah kita masih sanggup untuk menikmati hidangan McD yang kesannya hanya bersifat sementara? Ayuh kite renungkan bersama. Wallahualam.

Isteri Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi kembali ke rahmatullah.

Image
Assalamualaikum. Ummu Muhammad, Isteri kepada Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketua Ikatan Ulama Muslim International, dan ibunda kepada Abdel Rahman Al-Qaradhawi, seorang penyair ternama dari Mesir, meninggal dunia pagi Khamis semalam kerana sakit yang lama dideritanya. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, melalui akaun twitter-nya menyatakan kematian isteri pertamanya, Ummu Muhammad, dengan menulis, “Innalillahi wa Inna Ilaihi Raji’un (kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) telah pulang ke rahmatullah isteri yang penyabar, Ummu Muhammad setelah menderita sakit yang begitu lama. Hanya kepunyaan Allah semua yang telah Dia berikan, dan hanya kepunyaan-Nya pula segala yang Dia ambil. Dan segala sesuatu ada ukuran (takdir) di sisi-Nya.” Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, merupakan keturunan Rasulullah SAW melalui keturunan Saidina Hussain r.a. Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu. Berkongsi suami dengan d

New Task > MASUM 2012

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menulis sesuatu di pagi Jumaat ni. By the way, Selamat Hari Jumaat. Hari cuti Jumaat terakhir untuk warga UIAM yang mengambil shortsem. Coretan kali ini bukan mengenai pelajaran tapi mengenai bidang yang aku sedang ceburi yakni Pencak Silat atau spesifiknya Silat Seni. Kalau dulu aku sebagai atlit sekolah berlatih untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Habes jer sekolah teruskan perjuangan sebagai atlit negeri Selangor untuk Kejohanan berprestij SUKMA. Selesai jer SUKMA, segala ilmu2 mengenai kejurulatihan dan silat seni ku taburkan dan kongsikan bersama adik2ku di gelanggang sehingga mereka berjaya untuk mempertahankan kejuaraan mereka setelah bergelar Juara Kebangsaan. Namun sekarang tugasku makin berat. Atas faktor tertentu aku tak dapat melibatkan diri dalam Kejohanan Silat berprestij peringkat Universiti, yakni MASUM tahun ini. Tapi aku telah diberikan tugasan untuk mempersiapkan atlit Regu/

Family Trip to Kelate

Image
Assalamualaikum. Trip ke dua dalam seminggu. Kelantan Darul Naim menjadi pilihan lokasi percutian kami sekeluarga. Dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) selama lebih 12 jam. Pengalaman kedua aku menaiki keretapi untuk perjalanan yang jauh. Solat di surau keretapi dalam keadaan goyang. Minum dan makan dalam gerabak cafe keretapi. Tidur di atas katil yang disediakan. Destinasi kami : Stesen Keretapi Wakaf Bharu Tesco Kota Bharu Pantai Cahaya Bulan Pantai Berirama Bachok Khalifa Suites Hotel & Apartment Restoran Rasa Jelira Wakaf Che Yeh Kota Bharu Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Bazar Buluh Kubu Pasar Rantau Panjang Kelantan Bandar Tanah Merah Kereta yang disewa khas : Gambar2 sepanjang trip :- Dalam Tren.. Baru nak sampai Kelantan.. Pantai Cahaya Bulan.. Rm48. Sumpah Mahal! ..Udang dan Sotong Goreng.. ..Air Kelapa 3 Bijik.. Pantai Berirama, Bachok.. ..Sikit ni RM5 sepinggan. Mak aihh!.. ..5 Cucuk = RM11. Haih.. Sekitar Istana Lama Kota Bharu.. Pasar Besar S

Short Trip to Perlis

Image
Assalamualaikum. Motif utama kehadiranku di bumi Indera Kayangan hanya untuk memberi sokongan dan semangat kepada mereka. Bersama Azam & Kak Nurul Regu Putera Selangor Masal Puteri Selangor Tempur Puteri Selangor Tempur Puteri WPKL Masal Puteri WPKL (..dan ofkos byk lagi. Cuma gambar ni jer yang sempat aku snap..) Namun, berpeluang jugak aku untuk menerokai serba-serbi tanah Perlis ni. Percutian yang tidak dirancang. Tempat melawat yang dirancang last minit. Malas nak berceloteh. Let's the pictures describe everythings. 1. Jeti Kuala Perlis | Masjid Terapung Al- Hussain 2. Padang Besar (..Err. Beli belah tak perlu tangkap gambar en. Haha..) 3. Bukit Kayu Hitam 4. Menara Alor Setar Pejalanan pulang 2300 - 0330 Bukit Kayu Hitam - Alor Setar - R&R Gurun - Kuala Lumpur Wallahualam.