Posts

Showing posts with the label Tazkirah

Kemunculan Hanani dalam kehidupan Azam

Image
 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam pertama dariku, Nur Hanani binti Nik Mohd Hasyudeen, seorang insan yang baru muncul dalam kehidupan seorang jejaka bernama Nazrul Azam bin Aliasaa. Haha. Disebabkan blog ini kelihatan seperti tidak terusik semenjak beberapa bulan yang lalu, maka aku telah secara sukarelanya meminta izin untuk mencoret sepatah dua kata di laman blog ini. Lagipun bak kata suami, tujuan dia menulis di sini adalah untuk bacaannya nanti pada masa akan datang. Sekadar mencoret warna warni perjalanan kehidupan selagi nyawa masih dikandung badan. Inshaallah. Maka baiklah aku memperkenalkan diri aku. Haha. Nama diberi, Nur Hanani, anak ketiga kepada kedua orang tuaku, Nik Mohd Hasyudeen dan Sabanoon Mohamed. Aku dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Februari 1991. Aku dilahirkan di rumah kampung, disambut juga oleh bidan kampung. Maklumlah zaman dulu-dulu. Alhamdulillah, melalui kedua orang tuaku, aku diizin Allah untuk menjalani sebuah kehidupan pe...

Menghantar jiwa ke neraka

Image
Assalamualaikum w.b.t. Selingan pembacaan dipetang hari sementara mengisi masa yang terluang seusai bertemu doktor. Alhamdulillah. Ujian untuk kali kedua Allah menarik seketika nikmat pendengaran. Allahu. Baru seketika dah rasa tersiksa terus berjumpa doktor. Betullah andai kita muhasabah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang pasti makin kita diuji, makin basah lidah kita mengungkap nama ilahi. Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud;  “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” Penghapus dosa, juga peringatan buat mereka yang beriman. Itulah antara hikmah kita diuji. Sedikit perkongsian dari saudara @abstrakim di laman twitter : Sungguh ada kebenaran apa yang ditulis beliau. Terkadang kita terlalu meng'hukum...

CINTA Bertepuk Sebelah Tangan

Image
[ MOHON BACA DALAM KEADAAN EMOSI YANG STABIL & POSITIF ] :D Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Masih diberi nikmat untuk menempuhi tahun baru. Selamat tahun baru buat semua sahabat-sahabat. Tahun baru. Azam baru. Alhamdulillah. Azam tahun lepas hampir kesemuanya terlaksana. Cuma tahun ini misi tak seperti tahun lepas. Tahun lepas bak kata orang nak 'all out'. Itu yang sampai ke tiga negara menjelajah, lima gunung ditawan bagai. Haha. Alhamdulillah. Diberi peluang untuk merasai kesemua pengalaman yang aku kira sangat manis bila terkenang kembali saat dan detik itu. Syukur juga aku dokumentasikan kesemua kisahnya di dalam laman ini sekurang-kurangnya bila rindu akan saat itu mampu untuk menyelak kembali helaian memori terdahulu. Sejak belakangan ini seringkali aku terserempak dengan posting-posting sahabat yang diuji. Yang paling kerap ialah diuji dengan kekecewaan umpama 'cinta bertepuk sebelah tangan'. Kekadang aku terfikir, dengan menghebahkan kisah ke...

Sakit Gigi Mampu Membunuh

Image
Assalamualaikum w.b.t. SAKIT GIGI adalah sakit ketiga paling sakit di dunia selepas sakit mati dan sakit melahirkan anak. Itulah yang aku selalu dengar sekarang ni. Kesahihan sumber masih tak dapat kepastian. Tapi logically thinking, ada kebenarannya. Sekarang memang musim aku diserang sakit gigi. Sebenarnya aku mengalami gigi berlubang tapi akibat pengabaian yang sekian lama akhirnya ia semakin parah hingga mengakibatkan sakitnya sampai ke akar gigi. Dan menyebabkan its either gigi tu wajib dicabut atau buat rawatan akar gigi. Dua hari lepas baru saja memulakan siri appointment gigiku di Klinik Pergigian Kesihatan Kerajaan di Seksyen 7 Shah Alam. Katanya ada 6 kali appointment kesemuanya. Next appointment will be on this coming 4th october. Tapi peritnya menahan sakit dah sampai ke puncak sekarang. Hingga nak tidur malam pun susah. Peritnya hingga ada ketika keluar air mata menahan. Bayangkan kesakitannya tak mampu nak buat apa-apa. Kalau boleh cabut terus, memang nak cabut mas...

Mencari yang SALAH membawa PADAH

Image
Assalamualaikum w.b.t. Tengah-tengah scroll timeline FB terserempak dengan video ni. Sangat deep maksudnya. Penuh dengan maksud tersirat. Jemput tonton dulu video di bawah. Lumrah insan yang bernama Manusia. Sangat tertarik dengan benda negatif walau di sekelilingnya banyak yang positif. Sekadar sinopsis video di atas untuk mereka yang tak berapa nak laju line internetnya untuk tonton video tu. Seorang cikgu mengajar anak murid dengan menulis di atas papan hitam :  8 x 1 = 7 8 x 2 = 16 8 x 3 = 24 8 x 4 = 32 8 x 5 = 40 8 x 6 = 48 8 x 7 = 56 8 x 8 = 64 8 x 9 = 72 8 x 10 = 80  Dan semua anak muridnya terus mentertawakan cikgunya kerana tersilap menulis jawapan untuk line pertama yang ditulisnya. ' 8 x 1 = 7' . Namun apa respon cikgunya? Cikgunya sengaja jawab sebegitu untuk mengajar sesuatu kepada anak muridnya. Macam mana dunia zaman sekarang ini memperlakukan kita. Kesembilan-sembilan jawapan telah dijawab dengan betul tapi hanya satu saja jawapan yang salah...

Virus Menular : Sikap Mengutuk & Membuka Aib Orang Lain

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kekadang aku perasan satu benda yang menjadi virus dalam masyarakat zaman sekarang ini. Aku boleh kata virus sebab sikap dan tindakannya boleh menyebarkan cas-cas negatif kepada semua orang sekeliling. Sebenarnya benda ini juga yang aku selalu hadapi dalam suasana kerjaku mahupun segala aktiviti-aktiviti luar yang pernah aku berkecimpung setakat ini. Virus yang aku maksudkan ialah sikap membuka aib dan memburuk-burukkan orang lain. Seringkali aku terdengar seorang pekerja yang selalu memburuk-burukkan bosnya. Seorang anak murid yang memburuk-burukkan gurunya di depan orang lain. Seorang anak membuka aib adik beradik atau keluarganya sendiri. Nauzzubillah! Kekadang aku tak faham. Setakat bila aku hadapi senario seperti itu, aku akan senyapkan saja diri. Nak setuju tak, kata tak setuju pun tak. Kekadang aku rasa mereka ini seolah merasakan diri mereka sempurna.  Sebagai contoh seorang bos yang memiliki kekurangan dari sudut leadershipnya dalam men...

Post Ramadhan #6 - B+ @ Be 'Positive'

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah. Sedar tak sedar malam ni dah masuk malam ke 25 Ramadhan. Malam ni jangan lupa bangun solat malam dan doa bebanyak. Moga kita dipertemukan dengan LAILATUL QADAR. Amin. Untuk perkongsian malam ini insyaAllah kit akan berdiskusi berkaitan PEMIKIRAN atau dalam bahasa mat sallehnya, THOUGHT . Tahap pemikiran akan melambang kematangan seseorang. Tahap pemikiran juga mampu meletakkan diri kita di tahap yang macam mana. Sebagai contoh, kalau sepintas lalu kita baca status sahabat saya di bawah ini apa kata hati pertama kita? Ok. Secara positifnya kita mungkin akan respon sahabatku ini seorang yang bagus kerana banyak mentakrifkan setiap apa yang dia lakukan dengan sunnah Rasulullah. Tapi apa agaknya respon dari sudut orang yang berfikiran negatif? Mereka mungkin akan mengatakan sahabatku ini boleh jadi seorang 'penunggang agama'. Apa itu penunggang agama? Ok. Boleh refer video Mat Lutfi yang bertajuk Penunggang ...

Post Ramadhan #5 - Buntu dengan penuh pengharapan

Image
Assalamualaikum w.b.t Di saat aku kebuntuan, seringkali berlegar di dalam akal fikiran apa yang wajar aku lakukan. Ketandusan idea. Di saat aku ragu-ragu dengan pendirian diri, selalu aku berdoa agar diberi petunjuk untuk setiap tindakan yang aku akan lakukan. Di setiap langkah yang ku ambil dan di situ terdapat kesilapan dan mungkin ada juga padanya penyebab berlaku perkara yang negatif terhadap seseorang, aku sering mempersalahkan diri yang hina ini. Di setiap kata-kata yang ku ungkapkan, seringkali aku terasa menyesal. Mungkin sebaiknya aku tak perlu ungkapkan ia. Impak negatifnya mungkin kurang. Namun, disebalik setiap apa yang terjadi. Aku akur. Aku tersalah langkah. Dan mungkin langkahku sebelum ini lebih berpaksikan emosi sendiri. Emosi yang berjaya menguasai diri. Dan setiap apa yang aku lalui, seolah ada yang menjadi penghalang. Dan penghalang tersebut sangat utuh. Seolah tak mampu ku pecahkan ia dengan kudrat seorang yang hanya dicipta dari tanah yang hina...

Post Ramadhan #4 - Hukum Baca Al-Quran Salah Tajwid

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 23 Ramadhan 1437H. Alhamdulillah. Malam ganjil kedua untuk 10 malam terakhir Ramadhan dan antara malam yang dijanjikan Allah lailatul qadar padanya. Moga kita istiqamah memburunya. Amin. Dulu aku pernah tertanya kalau kita asyik baca saja Al-Quran tapi tak pernah concern dengan tajwid dan cara bacaannya kita berdosa ke tidak. Dan kebetulan malam ini aku terserempak dengan jawapan pada persoalan aku bertahun yang lalu. Sumber dari FB page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith. ************************************ Buat Apa Baca Al-Quran Kalau Salah Tajwid? عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : 'Aisyah radiallu 'anha berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ   Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia lagi taat. وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُو...

Post Ramadhan #2 - Al-Quran sumber ketenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam Nuzul Quran dan Salam 17 Ramadhan 1437H! Alhamdulillah. Berjaya juga melepasi separuh masa yang pertama untuk Ramadhan tahun ini. Masih berada dalam fasa pengampunan dan didoakan agar kita semua masih istiqamah memohon ampun dari-NYA. Sedikit perkongsian hari ini untuk sama-sama kita upgrade iman kita dalam bulan mulia ini. Dan bersempena dengan Nuzul Quran hari ini, lets talk about our time we spent to read Quran. Mungkin majoriti antara kita selalu terlepas pandang. Kita duk mengejar benda yang kita nak tapi kita jarang concern apa yang Allah nak kita buat. Hakikatnya Allah yang beri semua apa yang kita nak.  Spent time to read Quran in a day.  Bila bercakap pasal tenang, aku akan selalu terbayang zaman aku CFS dulu. Tenang dari segala masalah dan perihal duniawi. Sebenarnya bukan tenang sebab takde masalah. Tapi tenang sebab kita seolah yakin akan setiap perancangan Allah. Kisahnya ialah ketika aku short sem di CFS. Short sem...

Post Ramadhan #1 - Perancangan Allah Terbaik

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah. genap sudah 12 hari kita menunaikan ibadah puasa. Jejak sudah kita ke fasa kedua bulan Ramadhan yakni fasa pengampunan. Moga Allah selitkan setiap masa dan ketika supaya kita punyai peluang untuk sentiasa memohon keampunan kepada-Nya atas dosa-dosa kita di masa lampau. Untuk perkongsian hari ini, insyaAllah berkaitan MERANCANG. Sebelum itu suka untuk aku berkongsi sedikit kisahku sebagai seorang engineer yang sedikit sebanyak telah merubahku dalam meniti kehidupan harian. Mungkin ini perubahan positif atau mungkin boleh jadi negatif. Namun ia terletak pada situasi dan kerangka sudut pandangan pembaca. Dahulunya aku seorang atlit ketika menuntut di UIAM. Kehidupanku ketika itu sangat berbeza. Hidup penuh dengan disiplin. Seawal 7 pagi sudah mula berlari. Kelas tak pernah ponteng. Tepat jam 5 petang selepas asar akan terpacak di trek stadium untuk meneruskan aktiviti fitness. Sebelah malamnya pula berlqtih sehingga lewat malam. Sebelum tidur akan mene...

Khutbah - Batman VS Superman

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah Berpeluang untuk pertama kalinya menunaikan solat jumaat di salah sebuah anak syarikat IIUM Holdings, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Dan yang menarik sebenarnya ialah topik dan penyampaian khutbahnya. Tajuk khutbahnya ialah bagaimana kita jadikan setiap apa yang terjadi di sekeliling kita berguna dan bermanfaat untuk kita di dunia dan di akhirat. Dan yang menariknya ialah contoh yang beliau pilih yakni 3 pengajaran yang beliau perolehi dari tayangan Batman VS Superman yang beliau tontoni bersama anak-anaknya. Kata beliau, seusai menonton, terus beliau berdiskusi bersama anak-anaknya akan apa intipati yang boleh diperolehi hasil dari tayangan tersebut yang boleh diambil manfaat untuk akhirat. Dan isi-isinya ialah: 1. Although Superman is very powerful, he always has a weakness. Kryptonite. Once he approaching that stone, he will lose power and becomes like ordinary man.The point is to stay in power, he has to stay away...

Road to PRU13...

Image
Assalamualaikum, Terasa lama benar ku tak mencoret. Rasa bersalah pun ada. By the way, HAPPY LABOR DAY to all workers. Hope you'll make full use of your one day holiday.  Entah kenapa aku tetibe terpanggil untuk menulis sesuatu malam ni. Mengenai apa itu belum ku pasti. Mungkin sekian lama menyepikan diri tanpa khabar dan cerita dari pihak penulis. Ikut hati, banyak perkara dan kisah yang berlaku dalam hidup ini nak dicoretkan di sini tapi ku khuatiri mungkin akan menyerabutkan lagi post laman ini. Dan disebabkan itu aku telah memilih untuk memberi sedikit pesanan mahupun teguran buat yang berkenaan berkisarkan keadaan semasa yang sedang hangat sekarang yakni Kempen PRU13.  Yes. Memang blog ini bukan berlatarbelakangkan perbincangan berorientasikan politik, tapi aku rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat yang tak seberapa dari seorang yang baru pertama kali berkecimpung dalam dunia pilihanraya umum. Namun, bagiku pertama kali bukan menjadi kayu pengukur sejauh mana ...

Salam Nuzul Quran 1433H

Image
Assalamualaikum. Salam Nuzul Quran untuk semua. Hari ni diisytiharkan CUTI AM sempena menyambut ketibaan tarikh dan memperingati peristiwa bersejarah dalam tamadun Islam yakni tarikh turunnya mukjizat besar Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran. 17 Ramadhan 1433H bersamaan 6 Ogos 2012. Ayuh tingkatkan amalan kita. Perbanyakkan membasahi lidah kita mengungkapkan kalimah2 yang terkandung dalam Al-Quran. Kerana ianya bukan sahaja menambahkan pahala kita tapi ia juga dapat menenangkan hati kita. Percayalah. Hati manusia yang keras umpama batu sungai sekalipun dapat dilembutkan dengan alunan ayat2 suci al-Quran. Don't judge a book by its cover! Sekadar renungan bersama. Wallahualam.

14 hari telah berlalu | #14Ramadhan

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. 14 hari telah berlalu. Kini sudah tiba di fasa pertengahan Ramadhan yakni fasa pengampunan. Cepat betul masa berlalu. Terasa macam semalam je baru mula berpuasa. Short Semester Kebetulan pulak Ramadhan tahun ni jatuh pada pengajian semester pendekku. Tak macam tahun lepas. Sebulan Ramadhan berada di kampung halaman. Untuk pengajian semester pendek kali ini, aku hanya berpeluang untuk mengambil satu subjek iaitu subjek majoring terakhir yang sepatutnya aku selesaikan untuk second year. Manufacturing Process. Subjek yang agak simple tapi memerlukan kekuatan ingatan yang sangat2 jitu. Segala pengisian sewaktu kuliah boleh kata majoritinya tak masuk exam. Buku teks satu2nya sumber untuk skor subjek ni. Minggu depan dah kena submit assignment dan report. Minggu lagi satu pula dah final exam. Masa yang semakin suntuk untuk aku study. Harap sempat untuk aku membuat persediaan yang secukupnya sebelum kedatangan 13 Ogos nanti. Insyallah. Pencak Silat Setelah ham...

Transformasi Bi'ah Ramadhan

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa sehingga Ramadhan kedua ni. Puasaku kali ini penuh dengan latihan dan study. Selection yang bakal diadakan pada minggu ketiga puasa. Midterm yang akan diadakan pada hari Khamis depan. Terkenang aku saat berpuasa di bumi UIA PJ satu ketika dulu. Biah yang terpelihara dan sentiasa bersama sahabat2 yang kerap mendekatkan diri dengan masjid. Bersama2 mereka menjalani aktiviti2 ibadah. Solat fardhu berjemaah di awal waktu di masjid. Bersama2 mendengar kuliah dan tazkirah yan disampaikan oleh ustaz jemputan. Dan macam2 lagi. Hatiku ketika itu sangat2 tenang. Seolah2 tiada langsung permasalahan yang menghantui jiwa ini. Mungkin itu yang telah dijanjikan Allah SWT. Dikala kita mendekatkan diri kepadanya dan sentiasa mengingatinya, Dia akan sentiasa menjaga kita. Namun, musafirnya aku ke bumi UIA Gombak, keadaan sekeliling dan biahnya telah berubah. Ikatan dan ukhuwah antara kami tak serapat dulu. Mungkin it...