Posts

Showing posts with the label Isu Semasa

Politik yang tak berkesudahan & pengajarannya

Image
 Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Tahniah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas kemenangan kalian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. GRS adalah terdiri daripada gabungan 3 buah parti iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Banyak sebenarnya kita dapat pelajari sebagai orang luar (orang yang tak terlibat dalam politik Sabah) daripada ketegangan politik di Sabah sejak beberapa bulan yang lepas. Antaranya yang dapat aku coretkan di sini ialah :  1. Serapat mana kita dengan seseorang sebagai kawan, ketahuilah selagi dia adalah insan yang bergelar manusia, dia pasti akan ada potensi untuk menjadi musuh kita. Dan atas sebab itu, serapat mana kita dengan seseorang jangan sesekali berkongsi kisah peribadi terutama yang negatif dengan mereka melainkan kita pasti perkongsian tersebut andai si dia menjadi musuh kita satu hari nanti tak akan menyebabkan aib kita tersebar dan dijadikan modal untuk menjatuhkan kita di kemudian hari. Da...

Apa yang berlaku kepada George Floyd

Image
Assalamualaikum w.b.t. Beberapa hari belakangan ini, riuh di dada-dada akhbar dan media sosial dengan kematian seorang lelaki berkulit gelap bernama George Floyd (GF) yang berpunca daripada tindakan seorang pegawai polis Minneapolis yang menahan GF dengan menekan di belakang leher menggunakan lututnya sehingga GF tak dapat bernafas. Kejadian tersebut berlaku di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) pada 25 May 2020 iaitu hari Isnin yang lalu. Apa yang sebenarnya terjadi kepada GF? Berikut adalah kronologi ringkas kejadian ini dari awal. Sebelum itu diingatkan time stamp dalam gambar di bawah adalah cepat 24 minit dari masa yang sebenar bak kata owner kepada CCTV tu. Kronologi ringkas di bawah juga diambil dari video rakaman penuh yang dikeluarkan oleh akhbar The Washington Post (boleh rujuk di SINI ) dan laporan dari akhbar Mirror (boleh rujuk di SINI ). 1. Jabatan Polis Minneapolis (JPM) menerima laporan daripada kedai runcit Cup Foods yang mendakwa dua orang lelaki terma...

Isu UAS dikatakan sindir UEL

Image
Assalamualaikum w.b.t. Habis kecoh di semua laman media sosial tentang Ustaz Abu Syafiq (UAS) yang didakwa menyindir Ustaz Ebit Lew (UEL) kerana usaha kebajikan yang dijalankan oleh UEL membantu golongan memerlukan sambil dirakam dan dipamerkan dalam media sosial. Sebelum apa-apa, lets go back to when it all started.. Sebenarnya isu ini bermula bila UAS memuat naik status kat laman facebook beliau. Kalau diperhatikan, memang jelas status beliau bersifat general. Tidak langsung memetik nama sesiapa secara spesifik. Namun, status tersebut telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan netizen sehingga beliau menerima banyak kecaman dan kritikan di media sosial. Disebabkan terlampau banyak kecaman dan spekulasi, beliau pun tampil memberi penjelasan tentang status tersebut. Sumber : FB Bintang Hitam Studios Antara kenyataan UAS dalam video di atas : "...tetapi isunya pada yang kedua iaitu pergi memberi sumbangan yang sikit tu, beras, gula dan sedik...

Isu Pelarian Rohingya

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini sahaja penuh di dada-dada media sosial berkaitan dengan isu pelarian rohingya. Sumber di bawah adalah hasil penulisan dari saudara Khairul Azri di profile facebook beliau : (sebenarnya kesemuanya ada 8 point tapi hasil pembacaan aku mendapati ada beberapa point yang mana sumbernya telahpun didelete oleh empunya facebook terbabit. Maka yang tinggal hanyalah point-point yang bersumber sahaja.) Berikut adalah senarai kenapa posting anti-Rohingya meletup dalam kalangan warganet Malaysia sejak semalam berserta sumber untuk rujukan : 1. Bot warga asing mendarat di sekitar Langkawi, TUDM dan APMM menahan bot pelarian Rohingya dari Bangladesh yang membawa 200-500 pelarian dan diarahkan keluar dari perairan Malaysia berikutan kebimbangan virus Covid19 dan di kala Malaysia sendiri tengah sibuk menangani Covid19, tekanan yang diberikan kepada kerajaan untuk menerima pelarian ini telah menimbulkan ketidaksenangan hati rakyat Malaysia. Dilaporkan 32-6...

Sektor yang dibenarkan beroperasi semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telahpun meluluskan kebanyakan sektor untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Dan sektor terbabit adalah seperti di bawah : Sebenarnya aku tak berapa setuju kerajaan meluluskan beberapa sektor untuk kembali beroperasi semasa PKP ini. Bayangkan setakat 19 April 2020, lebih 56,000 permohonan sudah diterima oleh pihak MITI [ Sumber ]. Itu baru permohonan sahaja. Kalau satu permohonan melibatkan sebuah syarikat yang mempunyai anggaran jumlah pekerja 2000 orang, maka 50% daripadanya akan dibenarkan bekerja iaitu kurang lebih 1000 orang. Kita bayangkan andainya kesemua atau hampir 56,000 syarikat/permohonan individu diluluskan? Tak ke akan ramai manusia atas jalan. Dan pada masa yang sama Polis dan Tentera masih teruskan sekatan jalanraya (sehingga semalam 835 sekatan jalanraya telah diadakan di seluruh negara), tentu tugas mereka akan menjadi lebih sukar ...

Aktiviti yang boleh dilakukan semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 26 Syaaban 1441H juga merupakan hari ke 33 kita menempuhi musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Ayuh kita sama-sama doakan semoga rantaian COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya dan PKP boleh dihentikan secepat mungkin. Ameen! Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah tak sampai seminggu saja lagi kita akan menempuhi bulan Ramadhan. Allahu cepat betul masa berlalu. Bulan yang sangat dinantikan oleh golongan muslim seluruh dunia. Kalau masa muda-muda dulu, bulan ini juga kami adik-beradik berlumba-lumba nak khatam Al-Quran, menu utama berbuka kami sekeluarga yang dipesan mengikut cita-rasa masing-masing ikut giliran hari dan seumpamanya. Namun, untuk suasana bulan Ramadhan tahun ini pasti akan berbeza dari sebelum-sebelumnya. Masjid dan surau di Selangor telahpun diarahkan tutup sehingga 31hb Mei. Sudah pasti tiada lagi solat tarawikh di masjid dan tiada solat hari raya. Di musim PKP ini juga akan membataskan kita untuk menziarahi sauda...

Harga Minyak Dunia TURUN tapi di Malaysia NAIK. APAKAH?!!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis walau diri dipenuhi dengan kesibukan hal dunia. Alhamdulillah dan syukur juga dengan secara tak rasminya Perodua mengumumkan pengeluaran model kereta terbaru mereka secara tak langsung tugasku mengemudi projek model tersebut untuk pembangunan unit shock absorber belakang telahpun menghampiri penghujungnya sebelum secara rasminya diserahkan kepada pihak pengeluaran (Production Team) selepas tiga bulan pertama mass production. Untuk pertama kalinya 100% reka bentuk luaran direka sendiri oleh Perodua tanpa mengadaptasikan reka bentuk dari negara luar yang lazimnya menggunakan model-model keluaran Daihatsu untuk pengeluaran model-model sebelum ini. Syabas Perodua! You are one step ahead. Untuk melihat sendiri model keluaran terbaru yang juga mengekalkan nama Myvi, boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang pada 9hb hingga 12hb November 2017. Now lets back to the main topic. Hari Rabu yang...

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...