Posts

Showing posts with the label Ukhuwah

Kemunculan Hanani dalam kehidupan Azam

Image
 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam pertama dariku, Nur Hanani binti Nik Mohd Hasyudeen, seorang insan yang baru muncul dalam kehidupan seorang jejaka bernama Nazrul Azam bin Aliasaa. Haha. Disebabkan blog ini kelihatan seperti tidak terusik semenjak beberapa bulan yang lalu, maka aku telah secara sukarelanya meminta izin untuk mencoret sepatah dua kata di laman blog ini. Lagipun bak kata suami, tujuan dia menulis di sini adalah untuk bacaannya nanti pada masa akan datang. Sekadar mencoret warna warni perjalanan kehidupan selagi nyawa masih dikandung badan. Inshaallah. Maka baiklah aku memperkenalkan diri aku. Haha. Nama diberi, Nur Hanani, anak ketiga kepada kedua orang tuaku, Nik Mohd Hasyudeen dan Sabanoon Mohamed. Aku dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Februari 1991. Aku dilahirkan di rumah kampung, disambut juga oleh bidan kampung. Maklumlah zaman dulu-dulu. Alhamdulillah, melalui kedua orang tuaku, aku diizin Allah untuk menjalani sebuah kehidupan pe...

Dari Jurutera ke Peniaga Gerai Makan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Beberapa minggu lepas aku dihubungi oleh sahabatku yang menginap di Pangsapuri Sunway Batu Caves, Selangor. Dia merupakan rakan sekelas masa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dahulu. 5 tahun sudah kami tempuhi dunia bermajikan di syarikat berbeza. Dia sebelum ini bekerja di salah sebuah syarikat pembekal untuk peralatan dalam industri Minyak & Gas sebagai Jurutera Rekabentuk. Malangnya pertengahan bulan Mei tempoh hari dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. So sekarang dia berjaya memulakan perniagaan membuka gerai makan tepi jalan. Setelah kira-kira hampir berbulan juga sebenarnya setiap kali lepak selalu berdiskusi perancangan dia untuk membuka gerai. Oh ya. Sebenarnya masa mula-mula dia bekerja dulu, memang dia dah tetapkan perancangan untuk hanya bekerja selama 5 tahun ...

Bersyukurlah kita tak kena VSS

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam aku terima satu panggilan dari seorang sahabatku. Dia merupakan rakan sekelas dalam batch dan kursus yang sama di UIA dahulu. Dia sekarang bekerja sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat pembekal dalam industri minyak dan gas. Aku diberitahu, baru saja dua hari yang lalu dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. Serius aku terkejut. Selalu sangat dengar syarikat-syarikat minyak dan gas ni ada 'retrench' pekerja. Tapi kali ini sahabat sendiri terkena. Katanya mungkin disebabkan gajinya agak tinggi dan skop kerjanya lebih kepada ujikaji projek yang mana projek dari syarikat-syarikat minyak dan gas pun semakin berkurang. Dia ada tanya sama ada syarikat aku ada buka recruitment baru. Malangnya, syarikat aku sekarang memang sedang freeze semua recruitment baru. Masin...

CINTA Bertepuk Sebelah Tangan

Image
[ MOHON BACA DALAM KEADAAN EMOSI YANG STABIL & POSITIF ] :D Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Masih diberi nikmat untuk menempuhi tahun baru. Selamat tahun baru buat semua sahabat-sahabat. Tahun baru. Azam baru. Alhamdulillah. Azam tahun lepas hampir kesemuanya terlaksana. Cuma tahun ini misi tak seperti tahun lepas. Tahun lepas bak kata orang nak 'all out'. Itu yang sampai ke tiga negara menjelajah, lima gunung ditawan bagai. Haha. Alhamdulillah. Diberi peluang untuk merasai kesemua pengalaman yang aku kira sangat manis bila terkenang kembali saat dan detik itu. Syukur juga aku dokumentasikan kesemua kisahnya di dalam laman ini sekurang-kurangnya bila rindu akan saat itu mampu untuk menyelak kembali helaian memori terdahulu. Sejak belakangan ini seringkali aku terserempak dengan posting-posting sahabat yang diuji. Yang paling kerap ialah diuji dengan kekecewaan umpama 'cinta bertepuk sebelah tangan'. Kekadang aku terfikir, dengan menghebahkan kisah ke...

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...

Rinjani 2015 dalam Kenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Tengah-tengah tekun membelek post-post terdahulu, tetiba terserempak dengan blog sahabat se-UIA. Post yang sekian lama ditulis dan pending yang akhirnya terpublish beberapa hari yang lalu. Post yang sangat mengembalikan nostalgia setahun yang lalu. 12 June 2015. Misi pendakian kami berempat menawan puncak Rinjani. MasyaAllah rindu sangat momen tu. Saat pertama kali aku berjinak dengan dunia pendakian. Gunung pertama aku daki. Saat pertama aku rasa peritnya untuk menghabiskan pendakian 2 hari 1 malam. Saat pertama kali juga aku bermalam di atas gunung diselubungi kesejukan yang rasanya seolah tembus hingga ke tulang sum-sum. Di saat paginya terasa bahangnya seolah matahari pacak berada di atas kepala. Di sebelah malamnya berbumbungkan bintang-bintang yang berkelipan membentuk buruj yang bermacam bentuk. Serius rindu sangat! Bersama adik dan dua orang sahabat, Arif, Ami dan Ned. Kalau bukan kerana Ned mengupdate post beliau berkaitan trip tersebut, mungkin mem...