Posts

Showing posts with the label Syawal

1 Syawal 1441H di musim PKPB

Image
Assalamualaikum w.b.t. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca dan pelawat setia laman Jejak Musafir sejak ianya diwujudkan pada tahun 2009. Walaupun aku tahu dah tak ramai yang membacanya, infact mungkin tiada langsung kecuali diri ini. Disebabkan motif laman ini diwujudkan pun hanyalah sekadar simpanan memori lama yang suka untuk aku coretkan sebagai tatapan aku dan mungkin anak cucu aku di kemudian hari. Maklumlah, kalau nak tulis dalam buku, potensi buku itu hilang akan ada. Kalau nak mengingat dan sampaikan secara lisan, tentulah tidak. Bila umur dah meningkat ke tua, pasti ingatan aku pun makin hilang. Kalau nak simpan di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter pula, aku sangat tak gemar publisiti termasuk bila nak kena layan komen-komen dari semua kenalan. Bukan berniat untuk sombong atau ibarat katak di bawah tempurung, tapi keadaan aku sekarang tak mengizinkan untuk aku berhada...

4 Syawal 1437H | Majlis Penyerahan Bendera Selangor SUKMA 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. selesai menghadiri salah satu program wajib menjelang kejohanan Sukan Malaysia SUKMA di Sarawak yang akan diadakan pada hujung bulan ni. Majlis Penyerahan Bendera Selangor untuk Kontinjen Selangor ke SUKMA Sarawak 2016. Program bermula seawal 930 pagi bertempat di Dewan Serbaguna MPAJ AU 2 Keramat. Sesi rehearsal diadakan selepas semua atlit tiba memenuhi ruangan dalam dewan. Dari perarakan masuk VVIP Sultan Selangor, Raja Muda Selangor, Tunku Laksamana Selangor dan Dato' Menteri Besar Selangor ke dalam dewan hinggalah keberangkatan sultan meninggalkan majlis. Majlis dijalankan penuh dengan protokol dan adat-istiadat istana. Selesai saja raptai, kami dilepaskan hampir setengah jam untuk bersarapan di luar dewan sebelum dipanggil semula masuk untuk persediaan majlis sebenar. VVIP dan dif kehormat semuanya tiba lebih kurang jam 11 pagi. Mereka diarak masuk diiringi pasukan pemegang bendera dan muzik iringan. Setibanya sultan di kerusi b...

3 Syawal 1437H | Mengimbau Kenangan Raya Semasa Kecil

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 3 Syawal 1437H. Raya tahun ini agak hambar sikit sebab tak beraya di kampung halaman. So, tak dapat jumpa sanak saudara bergambar bebanyak. Hanya penuh gambar family sendiri je dalam album handphone ni. Haha. Apepun still bersyukur sebab masih diberi ruang dan peluang untuk berada di pangkuan keluarga tercinta di hari lebaran yang hanya disambut dua kali setahun ni. Alhamdulillah. Sebab tak balik kampung? Ayah tak berapa nak sihat. Adik pula baru saja menimang cahaya mata pertama. So kami ambil keputusan untuk hanya beraya di KL saja. Kalau ada sesiapa yang nak datang beraya boleh la roger-roger dan pm tepi. Hehe. #TeamRayaKL Dan hari ini pula dah kena pulang ke rumah di Ukay Perdana dari rumah utama kami di Bandar Tasik Puteri Rawang. Dengan kata lainnya, mood raya kami dah berakhir la kot. Mak ayah pula akan berangkat ke Terengganu malam ini untuk memenuhi undangan bisan mereka, mertua adikku untuk menghadiri walimah anak sulung mereka juga merangkap ...

JOM! Tunaikan Zakat Fitrah 1437H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Tahun ini lagi sekali berpeluang menunaikan zakat fitrah sendiri atas titik peluh sendiri bekerja. Zakat fitrah untuk Selangor dan WP Kuala Lumpur tahun ini nampaknya maintain seperti tahun lepas, RM7. Dan kali ini aku bayar di kaunter sekitar Masjid India masa tengah sibuk mencari songket dan baju kurta raya. Dan kali ini juga aku buat pembayaran menerusi saluran MAIWP. Bila fikir-fikir balik sebenarnya aku sepatutnya bayar menerusi MAIS sebab aku mencari rezeki di Selangor bukan WPKL. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, kita diafdalkan untuk tunaikan zakat fitrah di tempat kita mencari rezeki sebab semua rezeki yang kita cari di tempat tersebut ada bahagian fakir miskin yang duduk di kawasan itu. Mungkin pengajaran untuk aku supaya tak diulangi untuk tahun-tahun mendatang. InsyaAllah. Jom kita revise sikit ilmu umum berkaitan zakat fitrah. Mana tahu boleh jadi sumber rujukan untuk tahun-tahun akan datang. Kaedah pembayaran Zakat Fitrah : Kaed...

1 Syawal 1437H | 6 Julai 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Selesai sudah hari pertama Syawal dirai bersama keluarga tercinta. Seperti biasa rutin kami di pagi raya, bersiap sedia berjubah baru dan mengalas perut sebelum melangkah keluar menuju ke Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang. Seusai solat sunat eidul fitri, kami terus bersiap sedia untuk family photo shoot dan menjamah lemang nasi himpit dan kek lapis Sarawak yang sudah lama terhidang dari pagi tadi. Tapi tahun ni agak sedih sikit disebabkan tiada kelibat hidangan feveretku, rendang tok gara-gara penyakitku yang tak membenarkan aku untuk menjamah makanan yang berunsurkan daging merah. Huhu. Juadah di pagi 1 Syawal 1437H Selesai solat sunat eidul fitri Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang Seusai solat sunat eidul fitri terus berphoto shoot satu family Aktiviti kami diteruskan selepas solat zuhur. Memenuhi undangan rumah terbuka keluarga mertua abangku di Taman Melawati. Lama juga rasa tak berlegar sekitar Taman Melawati. Al-maklum...

Suasana Malam 1 Syawal 1437H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Syawal 1437H buat semua umat islam seluruh dunia dan khususnya buat semua pengunjung setia blog ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan hingga hari ini untuk bertemu kembali di 1 Syawal dalam kemeriahan orang menyambut Aidil Fitri dan pengakhiran bulan Ramadhan yang aku kira berlalu agak pantas tahun ini. Seperti biasa, rutin malam raya kami sekeluarga. Cuma disebabkan tahun ini abang sulungku tak beraya di hari pertama Syawal bersama kami, tiada anak-anak buah yang hyperactive; Ikhlas, Ayyash dan Arham, maka tiadalah aktiviti bermain bunga api seperti tahun lepas. Agak hambar malam raya kali ini. Tambahan dengan ketiadaan adik yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama lahir pada pagi tadi jam 5.25 pagi ketika kita semua bersahur untuk kali terakhir. Namun aktiviti wajib aku untuk setiap malam raya ialah mengisi duit raya dalam angpow raya. Disebabkan tahun ini hanya beraya di KL, so tak perlu banyak sangat angpow raya sebab takde melawat sa...

Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2016 / 1437H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah secara rasminya semalam diumumkan tarikh Hari Raya Aidil Fitri untuk tahun 2016 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad. " Bismillahi rahmanir rahim. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 6hb Julai 2016 . Sekian Wassalamualaikum warhmatullah. " p/s: Yeay esok Raya! Yang tak bayar zakat fitrah tu jangan lupa tunaikan. Yang rasa berhutang puasa tu jangan lupa ganti semula dalam bulan Syawal nanti. Ade rezeki dapat berkat pahala Puasa 6 sekali. Apepun, aku nak mengucapkan : SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN Wallahualam.

1 Syawal 1436H / 17 Julai 2015

Image
[Post 1 Syawal 1436H] Alhamdulillah. Setiap tahun aku cuba untuk tak ketinggalan untuk mengupdate suasana dan aktiviti kami sekeluarga di pagi satu Syawal. Bukan untuk bermegah dengan keseronokan kami menyambut Syawal tapi untuk mendokumentasikan segala cerita-cerita indah dalam hidup ini dengan catitan dalam laman ini. Hanya sebagai ruangan untuk satu hari nanti menjadi tatapan masa depan yang mungkin pada ketika itu aku mungkin sudahpun berpunya atau berada jauh dengan keluarga. Alhamdulillah, untuk sambutan syawal kali ini kami 4 beradik berjaya berhimpun. Kami tiga beradik (Ainaa, Azam & Arif) bersama abang sulung kami, Nazrul Amir (Yop), Yong dan tiga orang anak buahku, Ikhlas, Ayyash dan Ikhlas. Seronok tengok bila mak ayah seronok bila anak-anak mereka berhimpun di malam raya. Tambahan pula bila cucu-cucu mereka yang hyper active pun turut bersama. Aktiviti malam raya seperti biasa bila ada kehadiran Ikhlas dan Ayyash iaitu main bunga api. Seronok sebenarnya tengok budak-bud...

Selamat Tinggal RAMADHAN, Selamat Datang SYAWAL!

Image
Allahu Akbar x3 walilla hilham.. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Selesai sudah sebulan aku menunaikan rukun islam ke-3 yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Dua tahun lepas berpuasa ketika berpraktikal di ITSB, Bukit Beruntung, tahun lepas berpuasa ketika bertraining program AICE di Cyberaya dan kali ni alhamdulillah berpuasa ketika aku sudahpun bermajikan. Tiga tahun berpuasa di suasana dan keadaan yang agak berbeza. Alhamdulillah dapat juga tempuhi dengan baik. First time experience berpuasa semasa bekerja ni, so suka untuk aku kongsikan rutin aku seharian tika bekerja. Agak membosankan tapi sekurang-kurangnya masa untuk aku cari rezeki ada dan masa untuk ingat Allah pun ada. 0400H - Bangun qiamulail 0500H - Sahur 0600H - Solat Subuh 0700H - Bersiap-siap untuk ke tempat kerja 0800H - Office hour bermula 1015H - Rehat sesi pertama - solat Dhuha (15 min) 1215H - Rehat sesi kedua - Qailullah (50 min) 1515H - Rehat sesi ketiga - ke cafe untuk ambil botol air soft drink free! 1740H - End ...

Beraya di TERATAK Coach Habizan

Image
Assalamualaikum. Barisan duduk : Acap, Coach Habizan, Aku, Arep, Ishkandar, Ibnu Barisan berdiri : Eqin, Syida, Angah, Anep Tiada di dalam gambar : Soufikh Alhamdulillah. Selesai lagi satu open house yang dirancang secara adhock. Dengan kekuatan ahli seramai 10 orang terdiri daripada pesilat2 UiTM, UIAM, UPNM dan SMKWMS2. Pergi beraya di rumah Coach Habizan Othman. Merupakan satu2nya coach silat seni berpengaruh diperingkat universiti. Memiliki jajahan takluk sebanyak 3 pasukan universiti dan satu pasukan negeri yakni Selangor. Mempunyai kepakaran dalam bidang silat seni. Juga merupakan bekas pesilat negara dan pernah memenangi tempat ketiga dalam acara Jurus Tunggal Putera di Kejohanan SEA Games dulu. Ok. Dah cukup kot puji. Nak tahu lebih boleh tanya beliau sendiri. Haha. Berlokasikan sebuah apartment yang baru saja didiami oleh beliau di Damansara. Hmm. Tak pasti la pulak nama apartment tu apa. Yang aku tahu, sampai jer terus makan. Haha. Yang penting landmarknya terletak berdekatan...