Suasana Malam 1 Syawal 1437H
Assalamualaikum w.b.t.
Salam 1 Syawal 1437H buat semua umat islam seluruh dunia dan khususnya buat semua pengunjung setia blog ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan hingga hari ini untuk bertemu kembali di 1 Syawal dalam kemeriahan orang menyambut Aidil Fitri dan pengakhiran bulan Ramadhan yang aku kira berlalu agak pantas tahun ini.
Seperti biasa, rutin malam raya kami sekeluarga. Cuma disebabkan tahun ini abang sulungku tak beraya di hari pertama Syawal bersama kami, tiada anak-anak buah yang hyperactive; Ikhlas, Ayyash dan Arham, maka tiadalah aktiviti bermain bunga api seperti tahun lepas. Agak hambar malam raya kali ini. Tambahan dengan ketiadaan adik yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama lahir pada pagi tadi jam 5.25 pagi ketika kita semua bersahur untuk kali terakhir.
Namun aktiviti wajib aku untuk setiap malam raya ialah mengisi duit raya dalam angpow raya. Disebabkan tahun ini hanya beraya di KL, so tak perlu banyak sangat angpow raya sebab takde melawat saudara mara yang ada budak-budak.
Dan kehadiran seorang lagi anak buah yang tersayang, Nur Salma telah memeriahkan suasana malam raya keluarga kami. Dengan kerenah budak ini yang suka sangat merengek. Nasib baik comel, geram rasa pipi tu Pak Uda nak cubit-cubit. Kalau anak sendiri mungkin dah buat kot. Haha.
Dan tengahari tadi sebelum kami mula bertapak di rumah Rawang, sempat melawat adik aku bersama isterinya di Hospital Ampang. Dah jadi ayah dah adik aku ni. Cepat betul masa berlalu. Tak sempat nak sambut raya berdua, dah terus bertiga. Jangan lupa bayar zakat sudah.

Alhamdulillah. Syukur masih diberi kesempatan beraya di pangkuan keluarga walau tak semeriah dahulu. Zaman cepat betul berubah. Dahulunya, meriah dengan suasana orang main mercun, takbir raya berkumandang di TV dan rumah ke rumah juga persediaan masakan rendang ketupat dan lemang untuk keesokan paginya. Namun kini, semuanya seolah seperti hari biasa. Mungkin disebabkan ahlinya pun makin berkurang, maka moodnya pun tak sampai. Apa pun alhamdulillah.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Wallahualam.
Comments
Post a Comment