Posts

Showing posts with the label Friends

Dari Jurutera ke Peniaga Gerai Makan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Beberapa minggu lepas aku dihubungi oleh sahabatku yang menginap di Pangsapuri Sunway Batu Caves, Selangor. Dia merupakan rakan sekelas masa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dahulu. 5 tahun sudah kami tempuhi dunia bermajikan di syarikat berbeza. Dia sebelum ini bekerja di salah sebuah syarikat pembekal untuk peralatan dalam industri Minyak & Gas sebagai Jurutera Rekabentuk. Malangnya pertengahan bulan Mei tempoh hari dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. So sekarang dia berjaya memulakan perniagaan membuka gerai makan tepi jalan. Setelah kira-kira hampir berbulan juga sebenarnya setiap kali lepak selalu berdiskusi perancangan dia untuk membuka gerai. Oh ya. Sebenarnya masa mula-mula dia bekerja dulu, memang dia dah tetapkan perancangan untuk hanya bekerja selama 5 tahun ...

Barakallah Dinie, Ma Housemate!

Image
Assalamualaikum w.b.t. " Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair " Sahabat merangkap housemateku, Dinie Akmal bin Shaari dan Aida Putri Semoga Allah memberkati hidup kalian dan kekalkan hubungan hingga ke syurga insyaAllah. Amin ya rabbal 'alamin! Lokasi Akad Nikah : Masjid Subang Perdana Masa : 9.00am Lokasi Walimah Sebelah Perempuan : Dewan Bunga Matahari, Subang Bestari Masa : 11.00am Tarikh : 6th April 2019 Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan di Kuala Kangsar pada 13th April 2019. Semoga dipermudahkan segala urusan dan majlis berjalan lancar. Amin! Oh ya! Sehari selepas majlis tempoh hari, pengantin lelaki telah ditahan wad di Hospital Shah Alam akibat paras demam yang mendadak hampir mencecah 40 degree. Allahu. Alhamdullilah, semalam dah discharge dan telah diberi MC selama seminggu untuk berehat di rumah. Sementara menunggu majlis sebelah keluarga beliau pula. Semoga Allah melimpa...

CINTA Bertepuk Sebelah Tangan

Image
[ MOHON BACA DALAM KEADAAN EMOSI YANG STABIL & POSITIF ] :D Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Masih diberi nikmat untuk menempuhi tahun baru. Selamat tahun baru buat semua sahabat-sahabat. Tahun baru. Azam baru. Alhamdulillah. Azam tahun lepas hampir kesemuanya terlaksana. Cuma tahun ini misi tak seperti tahun lepas. Tahun lepas bak kata orang nak 'all out'. Itu yang sampai ke tiga negara menjelajah, lima gunung ditawan bagai. Haha. Alhamdulillah. Diberi peluang untuk merasai kesemua pengalaman yang aku kira sangat manis bila terkenang kembali saat dan detik itu. Syukur juga aku dokumentasikan kesemua kisahnya di dalam laman ini sekurang-kurangnya bila rindu akan saat itu mampu untuk menyelak kembali helaian memori terdahulu. Sejak belakangan ini seringkali aku terserempak dengan posting-posting sahabat yang diuji. Yang paling kerap ialah diuji dengan kekecewaan umpama 'cinta bertepuk sebelah tangan'. Kekadang aku terfikir, dengan menghebahkan kisah ke...

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...

Rinjani 2015 dalam Kenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Tengah-tengah tekun membelek post-post terdahulu, tetiba terserempak dengan blog sahabat se-UIA. Post yang sekian lama ditulis dan pending yang akhirnya terpublish beberapa hari yang lalu. Post yang sangat mengembalikan nostalgia setahun yang lalu. 12 June 2015. Misi pendakian kami berempat menawan puncak Rinjani. MasyaAllah rindu sangat momen tu. Saat pertama kali aku berjinak dengan dunia pendakian. Gunung pertama aku daki. Saat pertama aku rasa peritnya untuk menghabiskan pendakian 2 hari 1 malam. Saat pertama kali juga aku bermalam di atas gunung diselubungi kesejukan yang rasanya seolah tembus hingga ke tulang sum-sum. Di saat paginya terasa bahangnya seolah matahari pacak berada di atas kepala. Di sebelah malamnya berbumbungkan bintang-bintang yang berkelipan membentuk buruj yang bermacam bentuk. Serius rindu sangat! Bersama adik dan dua orang sahabat, Arif, Ami dan Ned. Kalau bukan kerana Ned mengupdate post beliau berkaitan trip tersebut, mungkin mem...