1 Syawal 1437H | 6 Julai 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Selesai sudah hari pertama Syawal dirai bersama keluarga tercinta. Seperti biasa rutin kami di pagi raya, bersiap sedia berjubah baru dan mengalas perut sebelum melangkah keluar menuju ke Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang. Seusai solat sunat eidul fitri, kami terus bersiap sedia untuk family photo shoot dan menjamah lemang nasi himpit dan kek lapis Sarawak yang sudah lama terhidang dari pagi tadi. Tapi tahun ni agak sedih sikit disebabkan tiada kelibat hidangan feveretku, rendang tok gara-gara penyakitku yang tak membenarkan aku untuk menjamah makanan yang berunsurkan daging merah. Huhu.

Juadah di pagi 1 Syawal 1437H

Selesai solat sunat eidul fitri

Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang

Seusai solat sunat eidul fitri terus berphoto shoot satu family

Aktiviti kami diteruskan selepas solat zuhur. Memenuhi undangan rumah terbuka keluarga mertua abangku di Taman Melawati. Lama juga rasa tak berlegar sekitar Taman Melawati. Al-maklum, 20 tahun pernah menetap di sana sebelum berpindah ke Ukay Perdana. Banyak juga perubahan yang berlaku.

Dan sambutan tahun ini juga agak seronok dan meriah disebabkan kehadiran keempat-empat anak buahku ini. Nurul Ikhlas, Nazrul Ayyash, Nazrul Arham dan Nur Salma. Seronok betul tengok gelagat budak-budak ini. Kita ini pula, layankan aje. Hampir terlupa seorang lagi yang baru saja dilahirkan pada 30 Ramadhan yang lalu. Nama masih belum diisytiharkan secara rasmi. Kita nantikan bersama.

Bersama Salma

Bersama Ayyash dan Ikhlas

Persinggahan seterusnya ialah rumah keluarga mertua adikku pula di UNITEN Bangi. Adikku tak berkesempatan untuk beraya bersama kami disebabkan baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya dan akan terus menetap di rumah mertuanya sementara isterinya pantang. Dan ikutkan perancangan, kami berhajat melawatnya esok. Namun disebabkan seawal esok pagi Walid dan Uminya akan berangkat ke Terengganu untuk persiapan walimah abang sulungnya di sana, kami terus menukar perancangan untuk melawatnya malam ini juga. Alhamdulillah sempat bertemu dan beramah mesra bersama mereka sebelum mereka berangkat esok. Dan dapat juga akhirnya bertemu kami lima beradik. Dah cukup full kuorum. Baru best bergambar satu family. Makin bertambah ahli keluargaku. Dapat pula anak buah baru ini membuatkan bilangan anak buahku terkini ialah 5 orang kesemuanya. Alhamdulillah. Terasa tua pula bila makin bertambah anak buah ini. Haha.

Masjid UNITEN, Bangi. Bapa mertua adikku, Ust Dr. Dzulkefly merupakan Imam merangkap Pengarah Masjid UNITEN juga salah seorang Pensyarah di UNITEN.

Kami sekeluarga. Kini 14 orang kesemuanya. 3 down, 2 to go. But when will it be? Jeng jeng jeng! Tahun depan agaknya bertambah bilangan ke berapa ya? :P

Bersama keluarga mertua adikku. Adik beradiknya ada 7 orang kesemuanya. Tapi 4 daripadanya dah berangkat ke Terengganu untuk persiapan majlis walimah abang sulungnya di sana.

Sebelum bergerak pulang, kami singgah di Kedai Mamak sekitar pekan Taman Melawati untuk mengalas perut anak buahku yang sudah terbiasa dinner dengan makanan berunsurkan nasi. Selesai saja makan, kami terus bergerak pulang dan tiba di rumah sekitar jam 11 tengah malam dalam keadaan penat dan letih. Majoritinya tidur sepanjang perjalanan. Alhamdulillah. Lama rasanya tak aktif beraya di hari pertama Syawal. Selalunya hanya melawat kubur dan melawat satu rumah sahaja. Terima kasih Allah atas peluang ini. Syukur. 

Wallahualam.

Comments