Posts

Showing posts with the label Pencak Silat

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...

Mesyuarat Agong Khas PSSGM Gombak 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bermula dengan kelab srisuper, aku memulakan kembali karier silat gayongku. Tapi seperti pernah aku ungkapkan sebelum ini, niat hanya untuk menjadi pemudah cara dan membantu apa yang patut. Alhamdulillah. Hasil dari penyerahan surat di atas 5 orang penama wakil dari kelab srisuper kepada S/U Agong PSSGM Induk untuk mengusulkan supaya diadakan Mesyuarat Agong Khas PSSGM Cawangan Gombak, maka terlaksana sudah program tersebut pada 28hb Sept yang lepas bertempat di Dewan SMK Tun Perak, Rawang. Dan pada malam yang sama juga telah diadakan Mesyuarat Agong Khas untuk cawangan daerah Petaling di tempat yang sama. Alhamdulillah. Perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar yang dipengerusikan oleh S/U Agong PSSGM Induk, Pn Mariam Bujang. Dan program bermula sekitar 950pm disebabkan bilangan yang hadir masih belum mencukupi seperti yang termaktub dalam perlembagaan PSSGM iaitu kehadiran hendaklah minimum separuh dari bilangan kesemua ahli pertubuhan cawangan yang berda...

Travel Planning 2016 Updated!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Sekian lama nak mencari mood menulis akhirnya ada timbul sikit malam ini. Dah terasa selalu sangat mengupdate berkaitan Sukan Olimpik Rio 2016, so malam ini terasa nak berceloteh sikit untuk mengupdate diri yang tak berapa nak sedar penuh dengan komitmen bila menghampiri hujung tahun ini. Suka untuk aku kongsikan travel planning aku sepanjang tahun ini. Baru saja update. Maaf sebab destinasi dan aktivitinya disulitkan atas faktor tertentu. Sebenarnya nak kata busy tu takdelah busy sangat. Cuma seperti tarikh-tarikh yang tertera di atas memang telahpun dibook untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu ikutkan masih free. Cuma ada terkadang adhock program yang timbul menyebabkan jadualku semakin padat. Tambahan pula sekarang sudah mula terikat dengan komitmen silat. Yes. Dulu pernah berhajat untuk 'cuci tangan' dari dunia silat. Mungkin ada juga dalam kalangan sahabatku yang binggung dan pelik bila melihat aku kembali aktif dala...

Silat Seni Selangor di SUKMA Sarawak 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hajat nak menulis berkaitan permusafiranku ke bumi kenyalang tempoh hari terbantut dek kerana terlalu panjang nak diceritakan dan mungkin memakan masa yang agak lama untuk menyunting supaya penulisannya nampak kemas dan mudah difahami. Lantas aku hanya ingin mencoretkan serba serbi tentang port folio ku semasa berada di sana. Port folioku selaku Pembantu Jurulatih Silat Seni. Tak lain tak bukan memastikan atlit-atlit silat seni bersedia sepenuhnya dan dapat mempersembahkan yang terbaik pada malam saat mereka berjuang. Untuk pertandingan silat seni SUKMA kali ini dijalankan berdasarkan sistem pool yang mana penyertaan kesemua negeri untuk sesuatu kategori itu dibahagikan kepada pool A dan pool B. Dan pemenang markah tiga pasukan yang tertinggi untuk setiap pool akan meneruskan misi ke pusingan akhir untuk merebut kilauan emas, perak dan gangsa. Untuk pusingan pool satu kategori dari team silat seni Selangor telah kecundang dan gagal meneruskan misi iaitu kateg...