Posts

Showing posts with the label Gayong Malaysia

Mesyuarat Agong Khas PSSGM Gombak 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bermula dengan kelab srisuper, aku memulakan kembali karier silat gayongku. Tapi seperti pernah aku ungkapkan sebelum ini, niat hanya untuk menjadi pemudah cara dan membantu apa yang patut. Alhamdulillah. Hasil dari penyerahan surat di atas 5 orang penama wakil dari kelab srisuper kepada S/U Agong PSSGM Induk untuk mengusulkan supaya diadakan Mesyuarat Agong Khas PSSGM Cawangan Gombak, maka terlaksana sudah program tersebut pada 28hb Sept yang lepas bertempat di Dewan SMK Tun Perak, Rawang. Dan pada malam yang sama juga telah diadakan Mesyuarat Agong Khas untuk cawangan daerah Petaling di tempat yang sama. Alhamdulillah. Perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar yang dipengerusikan oleh S/U Agong PSSGM Induk, Pn Mariam Bujang. Dan program bermula sekitar 950pm disebabkan bilangan yang hadir masih belum mencukupi seperti yang termaktub dalam perlembagaan PSSGM iaitu kehadiran hendaklah minimum separuh dari bilangan kesemua ahli pertubuhan cawangan yang berda...

Majlis Perlimau, Ujian Kenaikan Bengkong dan Perasmian SRISUPER 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Rasa bebanan dan tanggungjawab tu dah reda sikit setelah selesainya misi Tekad Juara di Sarawak tempoh hari. Namun, misi seterusnya menanti untuk minggu seterusnya. Majlis Perlimau Tapak, Ujian Kenaikan Bengkong, Majlis Penyampaian Bengkong dan Perasmian Kelab SRISUPER. 6th Ogos 2016. Sebelum itu sedikit pengenalan mengenai Kelab SRISUPER. Kelab SRISUPER adalah merupakan satu pakatan atau gabungan gelanggang silat PSSGM untuk tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Sri Gombak, SMK Sungai Pusu dan SMK Tun Perak. Kesemua gelanggang PSSGM sekolah tersebut kini dipimpin oleh barisan gurulatih di bawah seliaan Cikgu Fairuz dan bernaungkan di bawah Cikgu Halim. Antara barisan gurulatih yang menerajui Kelab SRISUPER ini ialah : 1. Cikgu Fairuz (Pengetua SRISUPER | SMK Sri Gombak) 2. Cikgu Ihsan (NYDP SRISUPER | SMK Tun Perak) 3. Cikgu Yasir (SMK Sri Gombak) 4. Cikgu Faiz (SMK Tun Perak) 5. Cikgu Nazrul (SMK Tun Perak) 6. Cikgu Zulqarnain (SMK Sri Go...

Iftar Gayong-Mates 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah masuk ke malam 15 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Dan seperti biasa bila Ramadhan makin tiba ke penghujung, makin banyaklah aktiviti berukhuwah diadakan. Beriftar sekali. Dan di sinilah peluang sahabat-sahabat yang lama tak bersua, yang menghilangkan diri, yang dah beranak pinak busy dengan anak-anak untuk bertemu kembali bertegur sapa dan saling mengupdate status kerjaya dan life memasing. Alhamdulillah. Permulaan sesi iftar jam'ie tahun ini bermula dengan keluarga SSGMC UIA PJ. Dengan berlokasikan Restoran Santai Place bersebelahan dengan Kubur menghala ke Batu 12, Gombak. Antara yang menghadirkan diri : 1. Raja dan pasangan 2. Shukri dan pasangan 3. Marzuq dan pasangan 4. Arif dan pasangan 5. Solihin, pasangan dan anak-anak 6. Ijud, pasangan dan anak 7. Azam 8. Saifuddin 9. Nazri a.k.a. Ayie 10. Sufian a.k.a. Pian Tiga pasangan bakal menjadi ibu dan bapa, dua pasangan bakal diijab kabulkan, dan tiga orang lagi masih...

Nostalgia Kembali. TAHNIAH Tun Perak!

Image
Assalamualaikum. Seronok pulak hari ni bila lihat senior-senior team Sg Pusu 2002-2012 rancak bersembang. Menimbulkan kembali nostalgia lama. Serius rasa sebak ada. Rasa seronok ada. Rasa macam nak undur masa balik. Haha. Antara hasil perbincangan yang menarik perhatianku dalam group whatsapp kami yang rancak hampir 2 jam bersembang kisah lama. 1) Tahun pertama pasukan kita mewakili Selangor 2003, tahun terakhir 2013. 2) Juara Kebangsaan pertama dalam sejarah - Zul, Meor & Faiz. 3) Orang pertama kena lempang dalam gelanggang - Hafiz. 4) Orang pertama buat iklan sabun LUX dalam gelanggang - Solo 2002. 5) Orang pertama tak dapat placing dalam game - Zul. 6) Orang pertama tidur dalam bas masa kebangsaan 2003 - Azmi. 7) Pesilat pertama mewakili Malaysia (AUG) - Nazrul & Hanif. 8) Orang pertama 'belot' dalam dunia persilatan - Nisa. 9) Orang pertama patahkan hulu parang Ckg Samat - Lalek. 10) Pesilat pertama main Jurus Tunggal - Faiz. 11) Pesilat pertama mian buah jurus tung...

Kursus dan Ujian PSSGM (K) Selangor 2014

Image
Assalamualaikum. Entah kenapa malam ni tetibe takde mood nak tidur. Rasa nak bersengkang mata online jer. Tapi takde jugak website-website yang best nak diselongkar. Dan pengakhirannya, diri ini memilih untuk berceloteh di kala family ku semua dah lebuh dibuai mimpi. Kali ni topik perbincangan mengenai GAYONG. Dahulunya aku sangat aktif bergayong. Bermula dari sebelum aku menceburkan diri dalam sukan pencak silat. Giat turun gelanggang ke gelanggang, menuntut dengan cikgu-cikgu yang mempunyai kepakaran masing-masing. Sampai tahap dalam seminggu lima gelanggang aku turun menuntut. Setakat ni paling jauh menuntut di gelanggang Jengka, Pahang. Tapi, sejak aku giat dalam sukan pencak silat, kegiatan GAYONG ku dah mula terabai. Kejohanan demi kejohanan aku tempuhi dan alhamdulillah semuanya berpulangkan pingat di leher. Warnanya pun alhamdulillah majoritinya emas. Dan sekarang bila aku berpendirian untuk menggantungkan baju dalam sukan pencak silat, terasa jauh pulak ketinggalan dengan saha...

PSSGM Tun Perak

Image
Assalamualaikum. Tetibe terdetik nak berkongsikan sikit mengenai gelanggang silat yang baru secara official aku terajui bersama sahabat-sahabat seperlatihanku, Cg Ihsan dan Cg Faris. Sorang senior aku dan sorang junior aku. Rasanya boleh teka yang mana satu junior yang mana satu senior. Haha. Gombak - Selangor - Malaysia   Faris - Ihsan - Nash Gelanggang latihan di SMK Tun Perak, Rawang. Gelanggang atas nama Mohd Ihsan Ab Rahim iaitu ketua gurulatih gelanggang ni. Nak cerita pasal latar belakang silat Cg Ihsan ni sangat banyak dan mantap. Peluang dan pencapaian beliau yang aku kira antara terhebat ialah bermusafir menuntut ilmu gayong bersama-sama anak-anak gayong FRANCE di sana. Berpeluang mempelajari beberapa seni mempertahankan diri orang France. Sangat beruntung beliau. Alhamdulillah, tahun ni baru jer selesai latihan pertama dijalankan pada Ahad yang lepas. Walaupun kedatangannya tak memberangsangkan tapi at least permulaan yang dah cukup baik untuk gelanggang ni. Harap komitm...