Posts

Showing posts with the label Ramadhan

1 Syawal 1441H di musim PKPB

Image
Assalamualaikum w.b.t. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca dan pelawat setia laman Jejak Musafir sejak ianya diwujudkan pada tahun 2009. Walaupun aku tahu dah tak ramai yang membacanya, infact mungkin tiada langsung kecuali diri ini. Disebabkan motif laman ini diwujudkan pun hanyalah sekadar simpanan memori lama yang suka untuk aku coretkan sebagai tatapan aku dan mungkin anak cucu aku di kemudian hari. Maklumlah, kalau nak tulis dalam buku, potensi buku itu hilang akan ada. Kalau nak mengingat dan sampaikan secara lisan, tentulah tidak. Bila umur dah meningkat ke tua, pasti ingatan aku pun makin hilang. Kalau nak simpan di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter pula, aku sangat tak gemar publisiti termasuk bila nak kena layan komen-komen dari semua kenalan. Bukan berniat untuk sombong atau ibarat katak di bawah tempurung, tapi keadaan aku sekarang tak mengizinkan untuk aku berhada...

17 Ramadhan 1441H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Hari ini ada tiga peristiwa penting untuk aku kongsikan di sini. Peristiwa pertama nya adalah hari ini merupakan hari yang telah lama aku rancang untuk membayar zakat fitrah. Syukur sebab tak terlupa al-maklum usia makin meningkat alhamdulillah akhirnya terlunas juga niat dan untuk pertama kalinya dibuat secara atas talian. Sedikit perkongsian flow untuk pembayaran zakat fitrah secara atas talian seperti di bawah. Untuk kes aku ialah pembayaran dibuat kepada pihak Zakat Selangor. Kalau kaedah pembayaran untuk selain daripada Selangor bolehlah rujuk kepada post aku yang terdahulu (boleh klik SINI untuk mendapatkan kaedah pembayaran mengikut negeri). Ada juga mereka yang masih bingung di mana sebenarnya mereka perlu bayar zakat fitrah ini. Sama ada di negeri tempat mereka bekerja atau di negeri kampung halaman mereka. Boleh rujuk pendapat Senator Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan sekarang sebagai Menteri di Jabat...

Isu UAS dikatakan sindir UEL

Image
Assalamualaikum w.b.t. Habis kecoh di semua laman media sosial tentang Ustaz Abu Syafiq (UAS) yang didakwa menyindir Ustaz Ebit Lew (UEL) kerana usaha kebajikan yang dijalankan oleh UEL membantu golongan memerlukan sambil dirakam dan dipamerkan dalam media sosial. Sebelum apa-apa, lets go back to when it all started.. Sebenarnya isu ini bermula bila UAS memuat naik status kat laman facebook beliau. Kalau diperhatikan, memang jelas status beliau bersifat general. Tidak langsung memetik nama sesiapa secara spesifik. Namun, status tersebut telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan netizen sehingga beliau menerima banyak kecaman dan kritikan di media sosial. Disebabkan terlampau banyak kecaman dan spekulasi, beliau pun tampil memberi penjelasan tentang status tersebut. Sumber : FB Bintang Hitam Studios Antara kenyataan UAS dalam video di atas : "...tetapi isunya pada yang kedua iaitu pergi memberi sumbangan yang sikit tu, beras, gula dan sedik...

Selamat Datang Ramadhan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan tahun ini. InsyaAllah pengalaman pertama aku menyambut Ramadhan dan mungkin Syawal seorang diri tanpa keluarga di sisi disebabkan penguatkusaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hari ini sudahpun masuk ke hari yang ke 38. Dah macam duduk perantauan pun ada. Haha. Sedikit input-input penting untuk aku kongsikan dari perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin semalam : 1. PM mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan beberapa peringatan berkaitannya. 2. Menzahirkan kesyukuran hasil jihad memerangi Covid-19 berjaya mencatatkan penurunan bilangan kes-kes baharu dan peningkatan jumlah pesakit sembuh yang ketara. 3. Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan terhadap pelajar yang masih berada di kampus untuk  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tak lama lagi dan kerajaan sedang menimbang untuk membe...

Kutipan Zakat Fitrah 1441H/2020M semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Frequently Asked Question (FAQ) perkongsian dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) berkaitan pelaksanaan kutipan zakat fitrah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini 1441H/2020M pula bak kata CEO Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tuan Haji Saipolyazan Mat Yusop ketika sidang media di Bangunan Zakat Selangor, Seksyen 13 di Shah Alam tadi LZS menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam Selangor tahun ini sebanyak RM7 seorang kekal seperti tahun sebelumnya selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Namun seperti biasa ada galakan bagi mereka yang berkamampuan untuk membayar sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/beras jepun/beras merah. Sumber : Harian Metro Al-maklum kita berada dalam musim PKP sepanj...

Suasana Malam 1 Syawal 1437H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Syawal 1437H buat semua umat islam seluruh dunia dan khususnya buat semua pengunjung setia blog ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan hingga hari ini untuk bertemu kembali di 1 Syawal dalam kemeriahan orang menyambut Aidil Fitri dan pengakhiran bulan Ramadhan yang aku kira berlalu agak pantas tahun ini. Seperti biasa, rutin malam raya kami sekeluarga. Cuma disebabkan tahun ini abang sulungku tak beraya di hari pertama Syawal bersama kami, tiada anak-anak buah yang hyperactive; Ikhlas, Ayyash dan Arham, maka tiadalah aktiviti bermain bunga api seperti tahun lepas. Agak hambar malam raya kali ini. Tambahan dengan ketiadaan adik yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama lahir pada pagi tadi jam 5.25 pagi ketika kita semua bersahur untuk kali terakhir. Namun aktiviti wajib aku untuk setiap malam raya ialah mengisi duit raya dalam angpow raya. Disebabkan tahun ini hanya beraya di KL, so tak perlu banyak sangat angpow raya sebab takde melawat sa...

Bom Bunuh Diri Gegarkan Tiga Kota Arab Saudi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dunia hari telah digemparkan dengan insiden berdarah dan bersifat terrorist yang mana tiga kota Arab Saudi telah di jadikan sasaran untuk insiden bom bunuh diri dalam sehari. Tiga kota tersebut ialah Jeddah, Qatif dan yang terbaru adalah di Madinah. Di Jeddah seorang pengebom nekad melancarkan serangan berdekatan Konsulat Amerika Syarikat Jeddah dan mengakibatkan dua orang petugas keamanan konsulat cedera. Manakala di Qatif pula mereka meletupkan bom kereta berdekatan Masjid Syiah, Masjid Syeikh Faraj Al-Umran dan tiada sebarang angka korban dilaporkan. Dan yang terkini insiden bom bunuh diri berlaku di parkir sekitar Masjid Nabawi menjelang Maghrib ketika orang ramai berbuka puasa. 4 anggota keselamatan terkorban, 5 orang cedera dan beberapa kereta terbakar. Insiden di Kawasan Parkir Masjid Nabawi, Madinah Insiden berdekatan Konsulat Amerika Syarikat Jeddah Dan kesemua insiden tersebut masih dalam siasatan tapi dipercayai merupakan tindakan d...

Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2016 / 1437H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah secara rasminya semalam diumumkan tarikh Hari Raya Aidil Fitri untuk tahun 2016 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad. " Bismillahi rahmanir rahim. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 6hb Julai 2016 . Sekian Wassalamualaikum warhmatullah. " p/s: Yeay esok Raya! Yang tak bayar zakat fitrah tu jangan lupa tunaikan. Yang rasa berhutang puasa tu jangan lupa ganti semula dalam bulan Syawal nanti. Ade rezeki dapat berkat pahala Puasa 6 sekali. Apepun, aku nak mengucapkan : SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN Wallahualam.

Sirih Pulang ke Gagang - Majlis Iftar UHBO 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah masih diberi peluang dan ruang untuk berada di penghujung bulan Ramadhan kali ini. Masih berbaki 3 hari lagi termasuk hari ini sebelum menjelang Syawal. Tapi entah kenapa rasa laju semacam masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan yang ke 28. Mungkin sebab sekarang sudah bekerjaya. Weekdays sibuk dengan kerja yang mana dahulunya banyak meluangkan masa bersama Al-Quran tika masih bergelar student. Kekadang terasa diri ini tak adil. Kenapa masa dulu aku mampu luangkan penghujung Ramadhan untuk beriktikaf di masjid, qiamulail di masjid, baca Al-Quran khatam sebelum Syawal menjelang dan banyak lagi. Kenapa aku harus persalahkan nikmat yang Allah kurniakan yakni kerjaya aku sebagai penyebab kurangnya aku beribadah kepada-NYA? Astaghfirullah. Semalam bersamaan 2hb Julai selesai sudah salah satu program tahunan wajib team silat seni selangor, program menghimpunkan semua senior, alumni dan bekas anak didik di bawah tunjuk a...

Post Ramadhan #7 - Senario di Bazar Ramadhan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Baru saja azan Subuh berkumandang. Alhamdulillah walau terlelap awal semalam masih dibangunkan untuk menunaikan solat malam dan bersahur di hari-hari terakhir Ramadhan ini. Pada mulanya memang hajatku sepanjang bulan ini untuk menulis 1 post 1 hari. Sebagai alternatif untuk memastikan aku sentiasa menulis dan memperbaiki tahap penulisanku dari masa ke semasa. Tapi tak terlunas juga hajat tu bila semalam terlelap awal. Haha. Sebagai pengganti untuk post semalam, suka untuk aku kongsikan hasil kegiatan monolog dalamanku semasa mencari juadah berbuka semalam di Bazar Ramadhan Shah Alam berdekatan I-City Shah Alam. Macam biasa setiap hari aku akan keluar pejabat bergerak pulang sekitar jam 6.15 petang dan akan singgah di mana-mana bazar berdekatan masa dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebenarnya sejak minggu terakhir ini baru bermula kegiatan memburu juadah di Bazar ni. Sebelum ini boleh kata setiap hari akan berbuka di surau belakang rumah. Antara sebabny...

Post Ramadhan #3 - Gen Y

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 21 Ramadhan 1437H! Alhamdulillah diberi kesempatan untuk jejakkan kaki ke fasa terakhir Ramadhan yakni fasa pembebasan dari api neraka dan fasa ini juga merupakan fasa yang dinantikan dan terletak padanya lailatul qadar. Moga kita istiqamah untuk beribadah sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan ini insyaAllah. Kebetulan petang ini ada masa terluang untuk membelek mukabuku ku dan terserempak dengan satu post yang dishare oleh sahabat. Satu post hasil penulisan Vivy Yusof dari website beliau www.proudduck.com yang bertajuk Gen Y. Satu penulisan yang sangat membuka minda kita. Berikut adalah antara point yang diketengahkan dalam post beliau (klik SINI ) : 1) We're big complainers and we skew our thoughts to only think about us. 2) We have a huge sense of entitlement. And we don't know why we're entitled. But we just are. 3) We are impatient and we get bored easily. We want to be rich or successful like yesterday. 4) We cannot be scolded. E...