Di Pagi Aidilfitri..Pabila Takbir Bergema..



Assalamualaikum.


Allahu Akbar x3
La ilahaillallahu Allahu Akbar
Allahu Akbar wa lillahil hamd...


Bergemanya takbir raya tanda keseronokkan umat Islam meraikan Aidilfitri yang dinanti2kan. Pagi Raya. Suasana yang berlainan di rasai oleh setiap keluarga. Ade yang berpakaian baru. Ade yang berpakaian baju raya tahun lepas. Tapi, keluarga aku pulak.......hmm..


Pagi tadi, bertolak menunaikan solat Aidilfitri awal. Jam 750 pagi. Gara2 rungutan ibuku yang selalu mempunyai masalah mencari saf pilihan hati. Haha. No komen. Jam 840 pagi, iqamah dilaungkan sejurus menunaikan solat raya berjemaah. Khutbah yang sangat menarik di dengar disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Amin. Aku pun tak kenal beliau. Hehe.


bila lapar, sume nampak SEDAP..bila kenyang sume nampak......err..:P


Agenda yang di nanti2kan oleh kami sekeluarga. Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, pulang ke rumah untuk menikmati juadah lemang dan nasi himpit. Disusuli dengan sesi penggambaran satu keluarga dan penyampaian duit raya, diselit juga bersama sesi bermaaf2an. Hehe.


Nah..haha..


say 'PEACE'!! 1..2..Shoot!


freestyle!


"Ayah! Maaf sekiranya ade terbuat silap.."


"Mak! Maaf sekiranya terbanyak kerenah.."


Sekadar perkongsian saat2 keseronokan di pagi Aidilfitri. Sekian.


Wallahualam.


Comments

Post a Comment