Ragam 3 Beradik

Assalamualaikum.


Aku > Nazrul Azam | Mahasiswa UIAM
Adek aku > Nazrul Arif | Mahasiswa UIAM
Kakak aku > Nurul Ainaa | Mahasiswi MMU
Gambar sorang2 tak perlu letak la yer. Kang ade yang nak no. telefon, susah pulak aku dibuatnye. Woha!


Sejak kecil lagi kami bertiga dah rapat. Diasuh bersama. Dibesarkan bersama. Dididik bersama. Tidur bersama. Oppss. Tu mase kecik la yek. Cuma mandi jer tak bersama. Hehe. Dahulunya pernah bergaduh hingga tak bertegur sapa melebihi seminggu. Selalu bertengkar antara satu sama lain. Namun, kami tetap rapat. Kami tetap lancang bergurau bersama sehingga kini. Bila tiga kepala bergabung, IDEA GILA bakal tercetus. Rapatnye kami. Sehinggakan pernah berpakat untuk mengadakan majlis Walimah serentak pada tarikh yang sama bertiga-tiga bersama pasangan hidup masing2. Tapi tu dulu la. Sekarang ni dah susah sikit. Sebab : Jodoh. Haha.


Bak kata pepatah, air yang dicincang tak akan putus sekalipun gune pedang laser milik Obi Wan Kinobi (Hero Star Wars). Hehe.














Selingan gambar kami bertiga di pagi Aidilfitri. Walaupun kameraman nye antara kami bertiga jugak. Dapat jugak bergambar bertiga dengan bantuan ayah aku sebagai kameraman sementara. Haha. Kredit to AYAH!




Cuba cincang air ni. Kalau dapat, confirm masuk Genius World Records sebab berjaya mencincang air. Haha. Nabi Musa jer setahu aku yang ade rekod membelah air (lautan). Tu pun kerana ade izin dari-NYA.


Wallahualam.


Comments

Post a Comment