Terasa Jemu Nak Update

Assalamualaikum.

Aishh..
Kenapalah diri ini terasa malas nak menulis. Semakin hari semakin jemu untuk menulis dan menghiasi blog kesayanganku ini. Huhu. Idea memang melimpah-ruah dalam kepala tapi malangnya tanganku enggan untuk menunjukkan simptom-simptom meluahkannya menerusi penulisan. Huh~

Argghh..
Tangan malas, itu dia punya pasallah. Takde kena-mengena dengan hobi aku yakni mengupdate blog. Sekarang ni biar aku coretkan secara ringkas mengenai semua idea atau topik yang ada dalam kepala otakku sekarang ini.

1) Perayaan Aidil Adha aku di kampung halaman (17/11)

- Cakap kampung halaman, macam nun jauh jer dari Kuala Lumpur. Namun, hakikatnya hanya terletak di Rawang. Haha. Perayaan kali ini memang jauh sekali semeriah perayaan aidil fitri dan semeamngnya jauh berkali-kali semeriah perayaan hari raya tahun-tahun lalu. Mungkin sudah ditakdirkan perayaan Aidil Adha tahun ini, Allah nak turunkan musibah kat family aku dan semestinya ada hikmah disebalik kejadian.

*Yang pertama, pelan nak pergi solat sunat Aidil Adha kat surau berhampiran rumah. Namun, disebabkan solat sunat Aidil Adha di surau tersebut dijalankan terlalu awal (tak sempat nak solat) menyebabkan kami sekeluarga terpaksa bergegas ke Masjid yang terletak agak jauh dari kediaman kami. Tapi, alhamdulillah sempat juga kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidil Adha.

*Yang kedua, dalam perjalanan kami sekeluarga pulang ke rumah setelah menunaikan solat sunat Aidil Adha dengan menaiki sebuah kereta berjenama Honda Odyssey, tayar kiri sebelah hadapan kereta tersebut telah pancit disebabkan terlanggar lopak jalan yang agak besar. Terpaksalah, kami sekeluarga keluar dari kereta tersebut untuk proses penukaran tayar. Huhu.

..tayar pancit!!..

..dalam proses ditukar..

..jengx3 tayar spare (kecil betol)..

..hero dipagi raya..comel tak x3..tngk la siapa pak uda dia..haha..anak buah aku..

*Yang ketiga, pada awal perancangannya setelah menunaikan solat sunat Aidil Adha, kami sekeluarga berniat untuk pergi melawat kubur nenek, rumah mak saudara di Selayang dan rumah bisan di Wangsa Maju. Tapi disebabkan masa tak mengizinkan dan juga mungkin disebabkan tayar yang pancit tadi, hanya sempat untuk melawat rumah bisan saja itu pun dengan menaiki dua buah kereta iaitu Perodua Viva (milik abang aku) dan Perodua Myvi (milik mak aku). Dan selepas tu adik, ayah dan aku terus menuju ke kedai tayar untuk menggantikan tayar yang pancit tadi dengan tayar yang baru. Huhu. Sedang-sedang taukeh kedai tayar itu menggantikan tayar, tetibe ayah aku dapati dua tayar bahagian depan kereta yang kami naiki iaitu Perodua Myvi tersebut juga mengalami masalah dan terpaksa digantikan juga. Alih-alih banyak pula duit yang terpaksa dikeluarkan atas faktor keselamatan. Setelah selesai proses penukaran tayar, kami pun bertolak pulang ke Rawang. Dalam perjalanan, tetibe tayar yang baru saja digantikan tadi pancit. Kelihatan di tayar tersebut ada kesan potongan alat yang tajam seolah-olah dihiris sebilah pisau. Oleh sebab itu, kedai tayar tadi terbebas dari sebarang tuduhan atau dakwaan. Ayah aku pun dengan penuh sabarnya menggantikan tayar tersebut dengan tayar yang baru di kedai tayar berdekatan. Boleh kata dengan hanya mengganti tayar saja dah menelan hampir RM1000. Gila betul.

..di rumah bisan parent aku..

..tayar spare jugak..baru jer lepas gelak tengok kereta myvi org lain guna tayar spare cam ni..tngk2 kereta sendiri pun guna..haha..

..mula2 tengah nak try pam angin cek punca masalah tayar ni..

..rupe2nyer bocor..ade kesan potong..mungkin jalan teruk agaknye..huhu..tayar yg baru dibeli (line pun tak hilang lagi) tak sampai setengah jam tapi rosak cam tu jek..

*Yang keempat, sebenarnya pada malam nya aku ada satu perjumpaan di Gombak. Tapi disebabkan orang yang menghandle perjumpaan tersebut tak dapat hadirkan diri atas sebab kematian kenalan rapat, perjumpaan tersebut pun terpaksa ditangguhkan. Mungkin itulah hikmahnya.

2) Sehari Tak Keluar Rumah (18/11)

-Fuh. Jarang juga aku sehari memerapkan diri di dalam rumah. Online dan menonton tv dah jadi macam hobi aku pula. Disebabkan diri ini terasa malas gila nak keluar rumah, aku lunch makan dua paket Mee Sedaap saja. Haha. Memang pemalas betul. Namun pada lewat petangnya, kawasan rumah aku diserang hujan ribut kilat hampir sejam lamanya. Aku pula mula terasa cemas pabila kelihatan air dikawasan luar rumah mula bertakung dan mula menunjukkan simptom-simptonm nak banjir. Tandas aku pula mulai banjir disebabkan saluran paip air di rumah aku yang tersumbat. Dengan ditemani guruh dan kilat yang sabung-menyabung. Coverage maxis dan celcom yang terputus dan line astro yang terpotong menyebabkan aku mulai bimbang dikhuatiri akan berlaku banjir. Terdetik dalam hatiku perasaan menyesal mendiami rumah apartment ditingkat bawah. Huhu. Selepas beberapa minit, alhamdulillah hujan mulai reda, air yang bertakung diluar rumah mulai surut.

3) Ke Rumah Cikgu Selamat (18/11)

-Selepas hujan ribut reda, aku dan Raja mengambil keputusan untuk tetap melawat Cikgu Selamat dirumahnya yang terletak di Padang Jawa walaupun terasa dah terlewat untuk menghadiri majlis tahlil anaknya yang selalunya bermula selepas maghrib. Tiba dirumahnya lebih kurang jam 1000 malam. Kelihatan ramai tetamu dah pulang dan hanya ada dua orang anak gayong dari UiTM Shah Alam sedang berbual dengan beliau. Kami pun joinlah sekaki. Hehe. Bermacam-macam topik dan isu-isu gayong khususnya diketengahkan antara murid-murid dan sifunya. Haha. Sehingga jam menunjukkan pukul 235 pagi, Cikgu Selamat mulai menguap menunjukkan simptom mengantuk menyebabkan kami mengambil langkah untuk beransur pulang. Huhu. Macam-macam input kami perolehi sepanjang berbual dengan beliau. Itulah untungnya jika sentiasa berada bersama guru-guru lama gayong. Kata-kata yang tak putus terucap dari mulut beliau adalah 'Saya tak pandai tapi saya paham'.

Aku rasa setakat ini saja dulu. Kalau tulis pepanjang pun bukan orang suka baca pun. Silap-silap diri sendiri pun tak terbaca. Haha. Sebelum aku mengakhiri penulisan kali ini, rasanya masih tak terlewat untuk penulis mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!!!

kepada semua muslim-muslim diluar sana dan khusus kepada pengunjung wadah 'Rintihan Qalbi'. Wallahualam.

Comments

  1. nak berguru mmg cam ni..
    sbb slalu time ujung2 tu bru ckgu kongsi ilmu2..
    tp mmg rugi la tak g..
    mcm2 kitorg dpt yg tak leh btau korg..
    hehe..
    jeles2..
    haha..

    ReplyDelete
  2. nak berguru mmg cam ni..
    sbb slalu time ujung2 tu bru ckgu kongsi ilmu2..
    tp mmg rugi la tak g..
    mcm2 kitorg dpt yg tak leh btau korg..
    hehe..
    jeles2..
    haha..

    ReplyDelete

Post a Comment