Trip to China 2019 - Shanghai

Assalamualaikum w.b.t.

[ Post tertunda yang sekian lama dalam draft mode. Akhirnya terdetik juga untuk publishkan setelah berjaya mengorek kembali memori lama untuk dicoretkan di sini. Agak panjang berjela. Sekadar simpanan memori untuk rujukan diri sendiri di masa mendatang. ]

Alhamdulillah. Seperti yang tertitip diruangan tajuk entri, insyaAllah kali ini aku ingin berkongsi kurang lebih sedikit pengalaman pengembaraanku ke China tahun lepas. Kalau sebelum ini, aku kerap mengembara ke Jepun atas tuntutan kerja untuk projek Perodua. Kali ini pula adalah untuk projek Proton pula.

Detail pengembaraan kami :

Lokasi lawatan : Chunxiao Geely Manufacturing Plant dan Hwaway Technologies Co. Ltd.
Motif lawatan : Diskusi teknikal bersama jurutera Geely dan Hwaway
Masa lawatan : 20hb - 24hb Jan 2019
Penerbangan : Malaysia Airlines (MAS)
Bersama : Bos bernama Hoh Kim Yong

Ok. Disebabkan negara kunjungan kami kali ini berbeza sikit dengan sebelum ini kerana China mewajibkan VISA. Dan nak apply visa pula memerlukan beberapa dokumen penting antaranya :
- Borang Visa Application yang telah lengkap diisi
- Passport
- Surat pengesahan dari syarikat di China menyatakan hasrat kami untuk ke sana. (Invitation letter) Make sure ada cop rasmi dari syarikat tersebut! Takde cop company, tak laku.
- Surat pengesahan dari syarikat kami menyatakan syarikat akan menghantar kami ke sana untuk sekian sekian. (Company letter mentioned purpose of visit)
- 2 keping gambar berukuran 48mm x 33mm berlatar belakangkan warna putih. Sekeping lekatkan kat borang. Lagi sekeping hanya kepilkan sahaja di borang untuk kegunaan pihak Visa Service Center.

Dah cukup semua dokumen itu baru boleh bertandang di Chinese Visa Application Service Center beralamat seperti di bawah :

Chinese Visa Application Service Center
Level 5 & 6,
Hampshire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kami apply visa hari Rabu (16hb Jan), hari Jumaat (18hb Jan) dah siap. Alhamdulillah. Walaupun kena bayar extra RM100/person purposely for Rush Fee macam yang dinyatakan dalam resit, at least satu benda wajib dah selesai. Total VISA Application cost kami ialah RM510 untuk dua orang. Seorang RM255. Now our next preparation is for our design proposal presentation. Yes itu sebenarnya motif utama kami ke sana iaitu untuk membentangkan design shock absorber by APM which is slightly different from Geely design.

Resit Visa Application kami yang menelan kos sebanyak RM510 untuk dua orang.

Now lets see how our journey begin.

Tanggal 20hb Jan bersamaan hari Ahad, penerbangan aku berlepas pada jam 8.55 pagi. Sekitar jam 5.00 pagi aku dah bergerak dari rumah. Macam biasa, parent aku sentiasa setia menghantar dan mengambil sesiapa sahaja anaknya yang akan ke KLIA untuk keluar negara. Singgah sarapan di Ali Maju berdekatan KLIA pada jam 6.00 pagi. Alas perut sementara menunggu sarapan di atas flight dan terus rush ke KLIA. Tiba di KLIA sekitar jam 6.40 pagi. Terus bergegas ke toilet, wrapping bag dan beratur untuk check in di kaunter. Selesai sahaja check in, kami singgah di kiosk Roaming Man untuk mendapatkan pocket wifi yang aku sewa untuk 5 hari. Lantas terus masuk menuju ke gate pelepasan yang sudah tertulis di tiket penerbangan kami. Dah lama sebenarnya tak naik di KLIA ni. Sepanjang bertahun-tahun traveling yang lepas mostly semua naik di KLIA2. So, di KLIA ini kena ambil train untuk ke gate pelepasan kami iaitu Gate C12. Seusai tiba berhampiran dengan Gate C12, terus aku mencari surau untuk menunaikan solat subuh. Alhamdulillah sempat walau dihujung waktu. Tak tenang hati dari tadi selagi tak selesaikan kewajipan.

Tiket penerbangan dan visaku. Diblurkan atas faktor keselamatan. Gambar diambil ketika selesai menunaikan solat subuh.

Selesai saja solat subuh, aku terus menanti di gate C12. Seusai dibuka aku terus beratur bila kelihatan ramai mula mengeremuni gate tersebut. Biasanya di KLIA2 sebelum tiba di gate pelepasan, semua akan melalui pemeriksaan kastam di mana kita akan diminta untuk scan semua barang, kalau ada laptop hendaklah dikeluarkan dan yang pakai tali pinggang kena tanggalkan. Tapi di KLIA, pemeriksaan kastam dijalankan betul betul sebelum memasuki gate pelepasan. Untuk itu tak memakan masa sangat di KLIA untuk kita kejar masuk sampai ke gate pelepasan dengan syarat kita masuk scan passport menggunakan auto-gate. Kalau scan passport pun kena beratur tetap memakan masa jugak tu.

View pesawat dari tempat menunggu gate C12. Sementara menunggu bossku yang berpeluang melantak sarapan di Premium Lounge (kelebihan disebabkan menggunakan kad kredit melebihi had tertentu).

Hidangan sarapan nasi lemak dalam pesawat. Baru nak viral ala chef wan 'nasi lemak telanjang' bila takde kelihatan ikan bilis dan kacang. Bila dah habis makan baru sedar ada plastik bawah roti. Rupanya ikan bilis dan kacang diasingkan dalam plastik. Aduhai. Macam manalah boleh tak sedar.

Selepas beberapa minit selesai menikmati sarapan, mereka hidangkan pula ais krim dan kacang. 

View dari tingkap pesawat tempat dudukku.

Mendarat lebih kurang jam 2.10 petang di Pudong Shanghai International Airport. Mengisi borang imigresen (arrival card) macam biasa dan beratur melewati gate imigresen. Sedang beratur tiba-tiba baru tersedar tertinggal topi di tempat isi borang imigresen tadi. Toleh ke belakang kelihatan beratur dah mula panjang. Aduhai dalam hati rasa tak tenang. Topi beli kat Korea kot yang tertinggal tu. Terus berlari untuk mendapatkan topi tu. Then, terpaksa mula beratur kembali di bahagian belakang sekali. Maka bosku terpaksa tunggu aku di lokasi pungutan bagasi. Haha.

Arrival card yang wajib diisi untuk melepasi gate imigresen. Kalau pi jepun, borang imigresen ini selalunya diagihkan semasa di atas pesawat untuk diisikan.

Selesai saja memungut bagasi, aku terus bawa keluar roaming man dan online. Alhamdulillah. Syukur kakak ada rekomen pocket wifi roaming man ni. Line dia terbaik! Bateri boleh tahan 12 jam. Nak charge pulak cepat je naik. Setengah jam charge boleh naik sampai separuh bateri which boleh tahan 6 jam. Seriusly recommended! Ok untuk sepanjang pengembaraan kami di China, lets the picture decribe the moments. Untuk makluman, hari pertama sahaja kami berpeluang berlegar legar di pekan Shanghai kerana hari seterusnya hingga ke hari terakhir fully packed with schedule.

Pocket rocketman kami. Eh. Pocket wifi roaming man kami sepanjang berada di China. Hanya menelan kos RM115 untuk 5 hari (RM23 per day). Boleh hotspot ke maksimum 5 users pada satu masa. Nak ON just hold main button sampai ada menyala warna hijau. Nak tengok berapa tinggal bateri, just tekan main button sekali. Overall really satisfied.

Baru keluar dari balai ketibaan Shanghai Pudong Airport. Bos sedang galak menelefon driver taxi. Aku? Sibuk berselfie. Haha.

Our transport for one day. Destinasi pertama kami dari Shangai Pudong Airport ke pekan Shanghai. Dan di sebelah malam pula dari pekan Shanghai terus ke Iyara Sea View Apartment di Ningbo. About 3 jam setengah juga perjalanan kami. Nasib baik kereta best. New model Honda Odyssey.

Bersama bossku. Beliau mula kerja di APM pada tahun yang sama aku lahir. Kau bayangkan berapa lama dah dia mengadap absorber berpuluh tahun. Nasib baik sporting boleh layan selpie sentiasa. Haha.

Kami diturunkan di sekitar Shanghai New World Hotel. Dari sini aku terus pasang gps untuk mencari masjid yang berdekatan. Dekat 1km lebih juga kami berjalan kaki sambil disapa suhu sekeliling yang mencecah 8 degree. Sejuk bak ang!

Akhirnya tiba juga di Fuyou Road Mosque. Masjid ini sahaja yang paling hampir dari lokasi kami diturunkan teksi tadi. Kebetulan terletak bersebelahan shopping mall, maka bos aku ambil peluang berlegar-legar sekitar kawasan itu sementara menunggu aku selesai menunaikan solat jamak qasar.

Salah satu lokasi wajib yang aku akan lawati bila mengembara terutama negara-negara bukan islam ialah masjid dan suraunya. Kagum melihat bagaimana Islam dipraktiskan dalam keadaan minoriti.

Selesai saja solat tadi terus aku google untuk mencari kedai makanan halal yang berhampiran. Namun, agak kecewa jarak dari masjid tersebut paling dekat lebih kurang 1.3 kilometer. Maka berjalanlah kami melewati Shanghai Old Street.

Kedai makanan halal pilihan sebab ini sahaja yang paling dekat. Dajing Muslim Food And Drink Shop

 Nahh.. tak percaya 1.3km kan? Haha. Nampak macam dekat tapi berpeluh dan lenguh juga berjalan kaki.

Dibelakang itu ialah Xiaotaoyuan Mosque. Sebenarnya dah berniat nak solat isyak kat sana. Tapi agak jauh juga nak kena berjalan ke sana dan memandangkan kami juga agak rushing untuk ke lokasi seterusnya, terpaksalah memadamkan hasrat dan hanya mampu bergambar sahaja.

Bila telinga dah mula nak 'membeku' barulah sarung hoodie ni. Dapat lah feel acah merantau di negara salji musim sejuk. Haha.

Dalam perjalanan menuju ke tepi sungai area Waitan. View seberang yang menampilkan bangunan-bangunan berwarna-warni memang menarik perhatian diri ini untuk bergambar dengannya. Disungai ini pun ada disediakan perkhidmatan feri, tapi disebabkan kami agak mengawal masa dan kewangan sikit maka kami hanya mengambil angin dan view di sekitar tepi sungai sahaja.


Dalam kami sibuk bergambar dengan berlatar belakangkan beberapa menara di belakang tu, ada seorang lelaki berbangsa Cina tegur bos aku. Dia offer untuk membawa kami ke Shanghai World Financial Centre sebab dia merupakan salah satu ejen untuk membawa pelancong naik ke sana. Kosnya maaf sangat aku dah lupa. Bincang punya bincang akhirnya kami setuju sebab sepanjang hari ini kami hanya berjalan kaki saja sekitar bandar ni. Tak melawat secara spesifik tarikan yang ada di sini. So here we goes, Shanghai World Financial Centre (SWFC). Kami terus follow lelaki tersebut ke van dia. Rupa-rupanya mereka (ejen pelancong) ni memang ditugaskan untuk offer semua pelancong-pelancong di sekitar kawasan tersebut untuk di bawa naik ke SWFC. Ramai lagi rupanya bila kami semua dihimpunkan dalam satu bas. Bayaran diberikan setelah kami dihimpunkan untuk menaiki bas tersebut yang akan dibawa terus ke kaki bangunan SWFC.
 
 Sebahagian memori yang sempat dirakamkan sementara berada di SWFC observatory deck.








Di bawah ini pula adalah info-info yang kita perlu tahu berkaitan dengan bangunan SWFC ini.

The total gross floor area of the building is 381,600m2, which is equivalent to the total area of 53 standard soccer stadium with an area of 7,140m2.

In August 2009, Guiness World Records awarded the SWFC Observatory the title of the Highest Observation Deck. 474m observatory height.

 The building is covered by safety glass with a total area of 94,096m2. This is equivalent to a quarter of Japan's annual production of safety glass.

The building is designed with a combination of straight and curved lines and the curve is a part of two circles with a radius of 2,500 meters.

In June 2008, CTBUH awarded SWFC the title World's Tallest Building in the categories of "highest occupied floor" and "height to top of roof". 492m building height.

 712,300 tons of soil was removed to build the building, which is equivalent to the total weight of 10,960,000 people with an average weight of 65kg.

On the way turun bawah dari observatory deck at level 439m to lif at level 435m by using escalator. Dari lif baru akan terus turun ke bawah.

 Nahh. Baru saja keluar dari bangunan SWFC terus pandang atas. Cantik pulak angle nak snap gambar.

Berjalan-jalan di sekitar SWFC. Subhanallah cantik betul dikelilingi lampu-lampu yang kebiruan memeriahkan suasana di sekitar bandar tersebut.

Menanti teksi kami di bus stop betul betul berhadapan dengan SWFC. Sejuknya tak boleh nak bawak bincang dengan tambah angin sejuk sepoi sepoi gitu.


 Inilah pengangkutan kami sehari berlegar-legar sekitar bandar Shanghai dan mengambil masa lebih 3 jam perjalanan untuk tiba di depan hotel kami di Ningbo. Alhamdulillah. Sebaik naik sahaja kereta ini terus terlelap dek penat berjalan kaki berkilometer sekitar Shanghai. Sedar sedar saja dah sampai depan hotel. Hehe.

This is where we stay for 5 days here in Chunxiao. Sebenarnya hotel ini memang menjadi penginapan rasmi untuk warga Proton yang dihantar bekerja di Geely Chunxiao Manufacturing Plant untuk jangkamasa pendek.

Panjang berjela pula post kali ini. InsyaAllah setakat itu sahaja lokasi-lokasi yang sempat untuk kami lawati. Selepas pada ini hanya berulang-alik dari Geely Chunxiao Manufacturing Plant ke Iyara Sea View Apartment sahaja la dan berkaitan perihal kerja. Cumanya untuk hari keempat kami ada bermusafir lebih 3 jam untuk ke supplier Geely di sekitar  Zhuji City Zhejiang Province. InsyaAllah ada kesempatan akan bercerita sikit pengalaman bekerja dengan warga China di lain hari.

Wallahualam.


Comments