Bersyukurlah kita tak kena VSS
Assalamualaikum w.b.t.
Semalam aku terima satu panggilan dari seorang sahabatku. Dia merupakan rakan sekelas dalam batch dan kursus yang sama di UIA dahulu. Dia sekarang bekerja sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat pembekal dalam industri minyak dan gas.
Aku diberitahu, baru saja dua hari yang lalu dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja.
Serius aku terkejut. Selalu sangat dengar syarikat-syarikat minyak dan gas ni ada 'retrench' pekerja. Tapi kali ini sahabat sendiri terkena. Katanya mungkin disebabkan gajinya agak tinggi dan skop kerjanya lebih kepada ujikaji projek yang mana projek dari syarikat-syarikat minyak dan gas pun semakin berkurang. Dia ada tanya sama ada syarikat aku ada buka recruitment baru. Malangnya, syarikat aku sekarang memang sedang freeze semua recruitment baru. Masing-masing sedang usahakan untuk menstabilkan kedudukan kewangan syarikat. Maklumlah hampir dua bulan tak dibenarkan beroperasi disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tapi umum ketahui kita telahpun menyaksikan harga minyak dunia pernah jatuh ke paras yang paling teruk dalam sejarah disebabkan wabak COVID-19. Memang ketaralah semua syarikat-syarikat dalam industri minyak dan gas pasti akan terkena tempiasnya.
Kalau ikut syarikat aku (industri automotif) sendiri untuk survival company, potongan sebanyak 20-30% gaji dikenakan kepada mereka yang berpangkat Timbalan Pengurus Besar (Deputy General Manager) ke atas sahaja. Manakala untuk mereka yang berpangkat Pegawai (Officer) hingga Pengurus Kanan (Senior Manager) hanya dikenakan potongan 50% bagi elaun pengangkutan sahaja. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya gaji pokok masih masuk setiap bulan.
Itulah terkadang kita selalu mempertikaikan kesukaran bekerja bersama majikan yang teruk dan tak berperikemanusiaan sampai terpaksa kerja sehingga lewat malam. Tapi kekadang kita lupa, ada mereka yang lagi teruk terutama mereka yang komitmennya terbina hasil dari gaji dan elaun yang besar seperti kereta mewah dan rumah mewah terpaksa menerima VSS. Bayangkan kalau sebulan komitmen untuk bayar kereta dan rumah mewah pun boleh mencecah RM5000. Tiba-tiba dapat surat VSS dari syarikat, bagaimana agaknya hutang-hutang tersebut hendak dibayar. Belum kira komitmen isi rumah lagi. Maka untuk mereka yang diuji dengan majikan yang teruk, bersabarlah. Follow the flow. Sebab ramai lagi yang diuji jauh lagi hebat dari kita.
Wallahualam.
2.30pm
24 Ramadhan 1441H
Bandar Tasik Puteri
PKP/B Hari ke-61

Comments
Post a Comment