Posts

Showing posts with the label Puasa

1 Syawal 1441H di musim PKPB

Image
Assalamualaikum w.b.t. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca dan pelawat setia laman Jejak Musafir sejak ianya diwujudkan pada tahun 2009. Walaupun aku tahu dah tak ramai yang membacanya, infact mungkin tiada langsung kecuali diri ini. Disebabkan motif laman ini diwujudkan pun hanyalah sekadar simpanan memori lama yang suka untuk aku coretkan sebagai tatapan aku dan mungkin anak cucu aku di kemudian hari. Maklumlah, kalau nak tulis dalam buku, potensi buku itu hilang akan ada. Kalau nak mengingat dan sampaikan secara lisan, tentulah tidak. Bila umur dah meningkat ke tua, pasti ingatan aku pun makin hilang. Kalau nak simpan di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter pula, aku sangat tak gemar publisiti termasuk bila nak kena layan komen-komen dari semua kenalan. Bukan berniat untuk sombong atau ibarat katak di bawah tempurung, tapi keadaan aku sekarang tak mengizinkan untuk aku berhada...

Kutipan Zakat Fitrah 1441H/2020M semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Frequently Asked Question (FAQ) perkongsian dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) berkaitan pelaksanaan kutipan zakat fitrah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini 1441H/2020M pula bak kata CEO Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tuan Haji Saipolyazan Mat Yusop ketika sidang media di Bangunan Zakat Selangor, Seksyen 13 di Shah Alam tadi LZS menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam Selangor tahun ini sebanyak RM7 seorang kekal seperti tahun sebelumnya selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Namun seperti biasa ada galakan bagi mereka yang berkamampuan untuk membayar sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/beras jepun/beras merah. Sumber : Harian Metro Al-maklum kita berada dalam musim PKP sepanj...

Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2016 / 1437H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah secara rasminya semalam diumumkan tarikh Hari Raya Aidil Fitri untuk tahun 2016 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad. " Bismillahi rahmanir rahim. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 6hb Julai 2016 . Sekian Wassalamualaikum warhmatullah. " p/s: Yeay esok Raya! Yang tak bayar zakat fitrah tu jangan lupa tunaikan. Yang rasa berhutang puasa tu jangan lupa ganti semula dalam bulan Syawal nanti. Ade rezeki dapat berkat pahala Puasa 6 sekali. Apepun, aku nak mengucapkan : SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN Wallahualam.

Post Ramadhan #7 - Senario di Bazar Ramadhan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Baru saja azan Subuh berkumandang. Alhamdulillah walau terlelap awal semalam masih dibangunkan untuk menunaikan solat malam dan bersahur di hari-hari terakhir Ramadhan ini. Pada mulanya memang hajatku sepanjang bulan ini untuk menulis 1 post 1 hari. Sebagai alternatif untuk memastikan aku sentiasa menulis dan memperbaiki tahap penulisanku dari masa ke semasa. Tapi tak terlunas juga hajat tu bila semalam terlelap awal. Haha. Sebagai pengganti untuk post semalam, suka untuk aku kongsikan hasil kegiatan monolog dalamanku semasa mencari juadah berbuka semalam di Bazar Ramadhan Shah Alam berdekatan I-City Shah Alam. Macam biasa setiap hari aku akan keluar pejabat bergerak pulang sekitar jam 6.15 petang dan akan singgah di mana-mana bazar berdekatan masa dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebenarnya sejak minggu terakhir ini baru bermula kegiatan memburu juadah di Bazar ni. Sebelum ini boleh kata setiap hari akan berbuka di surau belakang rumah. Antara sebabny...

Post Ramadhan #1 - Perancangan Allah Terbaik

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah. genap sudah 12 hari kita menunaikan ibadah puasa. Jejak sudah kita ke fasa kedua bulan Ramadhan yakni fasa pengampunan. Moga Allah selitkan setiap masa dan ketika supaya kita punyai peluang untuk sentiasa memohon keampunan kepada-Nya atas dosa-dosa kita di masa lampau. Untuk perkongsian hari ini, insyaAllah berkaitan MERANCANG. Sebelum itu suka untuk aku berkongsi sedikit kisahku sebagai seorang engineer yang sedikit sebanyak telah merubahku dalam meniti kehidupan harian. Mungkin ini perubahan positif atau mungkin boleh jadi negatif. Namun ia terletak pada situasi dan kerangka sudut pandangan pembaca. Dahulunya aku seorang atlit ketika menuntut di UIAM. Kehidupanku ketika itu sangat berbeza. Hidup penuh dengan disiplin. Seawal 7 pagi sudah mula berlari. Kelas tak pernah ponteng. Tepat jam 5 petang selepas asar akan terpacak di trek stadium untuk meneruskan aktiviti fitness. Sebelah malamnya pula berlqtih sehingga lewat malam. Sebelum tidur akan mene...

Salam Nuzul Quran 1433H

Image
Assalamualaikum. Salam Nuzul Quran untuk semua. Hari ni diisytiharkan CUTI AM sempena menyambut ketibaan tarikh dan memperingati peristiwa bersejarah dalam tamadun Islam yakni tarikh turunnya mukjizat besar Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran. 17 Ramadhan 1433H bersamaan 6 Ogos 2012. Ayuh tingkatkan amalan kita. Perbanyakkan membasahi lidah kita mengungkapkan kalimah2 yang terkandung dalam Al-Quran. Kerana ianya bukan sahaja menambahkan pahala kita tapi ia juga dapat menenangkan hati kita. Percayalah. Hati manusia yang keras umpama batu sungai sekalipun dapat dilembutkan dengan alunan ayat2 suci al-Quran. Don't judge a book by its cover! Sekadar renungan bersama. Wallahualam.

14 hari telah berlalu | #14Ramadhan

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. 14 hari telah berlalu. Kini sudah tiba di fasa pertengahan Ramadhan yakni fasa pengampunan. Cepat betul masa berlalu. Terasa macam semalam je baru mula berpuasa. Short Semester Kebetulan pulak Ramadhan tahun ni jatuh pada pengajian semester pendekku. Tak macam tahun lepas. Sebulan Ramadhan berada di kampung halaman. Untuk pengajian semester pendek kali ini, aku hanya berpeluang untuk mengambil satu subjek iaitu subjek majoring terakhir yang sepatutnya aku selesaikan untuk second year. Manufacturing Process. Subjek yang agak simple tapi memerlukan kekuatan ingatan yang sangat2 jitu. Segala pengisian sewaktu kuliah boleh kata majoritinya tak masuk exam. Buku teks satu2nya sumber untuk skor subjek ni. Minggu depan dah kena submit assignment dan report. Minggu lagi satu pula dah final exam. Masa yang semakin suntuk untuk aku study. Harap sempat untuk aku membuat persediaan yang secukupnya sebelum kedatangan 13 Ogos nanti. Insyallah. Pencak Silat Setelah ham...

Transformasi Bi'ah Ramadhan

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa sehingga Ramadhan kedua ni. Puasaku kali ini penuh dengan latihan dan study. Selection yang bakal diadakan pada minggu ketiga puasa. Midterm yang akan diadakan pada hari Khamis depan. Terkenang aku saat berpuasa di bumi UIA PJ satu ketika dulu. Biah yang terpelihara dan sentiasa bersama sahabat2 yang kerap mendekatkan diri dengan masjid. Bersama2 mereka menjalani aktiviti2 ibadah. Solat fardhu berjemaah di awal waktu di masjid. Bersama2 mendengar kuliah dan tazkirah yan disampaikan oleh ustaz jemputan. Dan macam2 lagi. Hatiku ketika itu sangat2 tenang. Seolah2 tiada langsung permasalahan yang menghantui jiwa ini. Mungkin itu yang telah dijanjikan Allah SWT. Dikala kita mendekatkan diri kepadanya dan sentiasa mengingatinya, Dia akan sentiasa menjaga kita. Namun, musafirnya aku ke bumi UIA Gombak, keadaan sekeliling dan biahnya telah berubah. Ikatan dan ukhuwah antara kami tak serapat dulu. Mungkin it...