14 hari telah berlalu | #14Ramadhan
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. 14 hari telah berlalu. Kini sudah tiba di fasa pertengahan Ramadhan yakni fasa pengampunan. Cepat betul masa berlalu. Terasa macam semalam je baru mula berpuasa.
Short Semester
Kebetulan pulak Ramadhan tahun ni jatuh pada pengajian semester pendekku. Tak macam tahun lepas. Sebulan Ramadhan berada di kampung halaman. Untuk pengajian semester pendek kali ini, aku hanya berpeluang untuk mengambil satu subjek iaitu subjek majoring terakhir yang sepatutnya aku selesaikan untuk second year. Manufacturing Process. Subjek yang agak simple tapi memerlukan kekuatan ingatan yang sangat2 jitu. Segala pengisian sewaktu kuliah boleh kata majoritinya tak masuk exam. Buku teks satu2nya sumber untuk skor subjek ni.
Minggu depan dah kena submit assignment dan report. Minggu lagi satu pula dah final exam. Masa yang semakin suntuk untuk aku study. Harap sempat untuk aku membuat persediaan yang secukupnya sebelum kedatangan 13 Ogos nanti. Insyallah.
Pencak Silat
Setelah hampir berbulan2 lamanya aku mendedikasikan diriku sebagai asst coach untuk kejohanan2 sebelum ini, kini telah tiba masa untuk aku mempersiapkan diriku sebagai atlit untuk sesi pemilihan skuad Universiti Malaysia untuk ke Kejohanan Silat Sukan Universiti Asia akhir tahun ni. Merupakan salah satu misi hidupku yang telah lama menjadi impianku. Namun, nak memulakan kembali rutin dan gaya hidup seorang atlit sangat2 memeritkan. Penyediaan dari aspek fitness, physical dan technique.
Rutinku di Ramadhan kali ini :
Sahur - Kurma 7 biji + Air Suam
Jogging - Pagi | Petang | Malam
Berbuka - Kurma 7 biji + teh O panas
Hujung minggu - Intensif Training (12am-430am)
Tak sangka. Pada mulanya ingatkan kedatangan Ramadhan dapat merehatkan diriku dari segala kesibukan duniawi, namun sebaliknya yang terjadi. Aku tetap ambilnya dari sudut positif. Mungkin dengan sibuknya aku dengan beraktiviti dapat menjamin masa2 lapang ku terisi dengan perkara yang berfaedah. Insyallah.
Di saat ku kesepian, laman inilah menjadi peneman dan tempatku lepaskan ape yang terbuku dalam sanubari.
Penulisan yang tak seberapa. Sekadar perkongsian. Selamat berbuka pada semua.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment