Lokasi Speedtrap. Edisi Raya 2012.
Salam 28 Ramadhan 1433H.
Alhamdulillah. Lagi 2 hari jer lagi dah menjelang 1 Syawal. Macam2 persiapan yang nak dibuat. Beli baju raya, ganti langsir rumah, masak rendang kawah, balut ketupat, isi sampul duit raya, dll. Semua tu dah boleh kata standard rutin bila tiba ambang 1 Syawal. Tak lupa juga yang pulang ke kampung halaman, yang bertolak awal tu bersyukurlah kerana kalian tak perlu untuk menempuhi trafik yang sangat sesak. Dan kepada yang dalam perjalanan mahupun yang akan bertolak beberapa ketika selepas ini, suka untuk aku kongsikan info mengenai lokasi speedtrap yang aku perolehi dari sahabatku.
favourite port polis pasang speedtrap. lepas pada jejambat or flyover.
**********
LOKASI PERANGKAP HAD LAJU SEMPENA ADILFITRI 2012 PLUS
Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
PLUS Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 –Km 249 (Persimpangan Seremban –Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
PLUS Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE:
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
KESAS:
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA):
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 –Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN:
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan).
**********
percayalah pada papan tanda ni. haha.
Kepada yang memandu tu, harap berhati2 dan berhemah. Ingatlah, jalanraya tu bukan kita seorang jer yang guna. Jangan kerana kita, yang lain tersiksa. Sekadar ingatan dan pesanan bersama. Dan di sini aku nak kongsikan satu tips bila kene tahan roadblock tapi tak kena saman. Simple dan mudah iaitu pasang lagu nasyid kuat2. Dijamin menjadi. Insyallah. yang penting ikhlaskan niat. Haha.
Wallahua'alam.
Raya pertama kat Rawang. Raya kedua balik kg kat perak. Balik hari jer. Pastu duk KL je cam biasa.
ReplyDelete