Bila Otak dah berkarat

Assalamualaikum.

Dan salam 19 Ramadhan 1433H. Esok dah masuk pengakhiran fasa kedua bulan Ramadhan yakni fasa pengampunan. Lepas ni kita akan memasuki fasa seterusnya iaitu fasa pembebasan api neraka. Harap semakin kita menghampiri penhujung Ramadhan, semakin hati kita dekat dengan masjid, semakin hati kita kerap menyebut nama Allah, semakin kerap kita beribadah di malam hari mengharapkan keberkatan dari-NYA. Renungan bersama sebagai pembuka post kali ni.

Otak dah berKARAT. Yaa. Itulah yang terjadi kat aku sekarang. Maaf, secara zahirnya memang takde dalam fakta sains yang membuktikan bahawa otak manusia boleh berkarat. Namun hakikatnya yang menjadi qiasnya disitu ialah ilmu yang terkandung dalam otak manusia itu sendiri.

Bahasa Arab | Bahasa Al-Quran | Bahasa Syurga

Kebetulan dua semester telah pun berlalu dimana kedua orang tuaku berminat dan telah mengambil keputusan untuk menuntut ilmu bahasa Al-Quran. Berlokasikan UIAM. Dengan pengisian 3 kelas seminggu dan berustazkan pensyarah2 'foreigner'. Sangat2 kagum dengan semangat mereka walaupun hakikatnya dalam usia mereka yang menjadi faktor utama sukar untuk mereka mengadaptasikan diri dalam dunia hafal-menghafal ni. Namun jelas terpancar semangat mereka untuk mendalami ilmu bahasa akhirat ni. Alhamdulillah.

Namun, senario di rumah berubah. Kalau sebelum ini mereka banyak menghabiskan masa menonton tv, beribadah dan menjalankan rutin harian seperti biasa, kini rutin mereka ditambahkan dengan satu lagi slot yakni sesi mengulangkaji dan menghafal vocab2 Bahasa Arab. Dan kekadangnya yang menjadi sumber rujukannya ialah aku.

haa. tang ni bila ditanya, naseb baik masih boleh dijawab. haha.

Aku pula, setelah berakhirnya dunia sekolah menengahku dahulu, terhentilah sudah pengajianku dalam dunia Bahasa Arab. Dengan berlatarbelakangkan Gred A2 dalam subjek Bahasa Arab Tinggi SPM 2007 dulu, sekurang2nya dapat juga aku membantu mereka sedikit demi sedikit walaupun hakikatnya beratus2 vocab Arab yang aku hafal dulu telahpun lenyap dari memoriku. Seriusly sangat2 terasa rugi. Hajat dihati ingin menyambung kembali permusafiran menuntut ilmu Arab ini namun atas kekangan masa dan kesibukan yang ku alami sekarang menjadi benteng untuk aku terus ke arah hajatku itu.

"Ya Allah, andainya aku masih berpeluang menuntut ilmu2 bahasa syurgaMU itu, engkau permudahkanlah jalan untuk aku ke arah itu. Amiin. "

Sekadar pengisian di pagi hari.

p/s : Goodluck kepada parentku yang akan menduduki final exam dalam kursus Bahasa Arab Intermediate pada hari Khamis ni. Moga diberi kemudahan dalam menjawab nanti. Anakmu ini sentiasa mendoakan kejayaan supaya mengiringi bersama kalian nanti. Insyallah.

Wallahualam.

Comments