Posts

Showing posts with the label Working Life

Dari Jurutera ke Peniaga Gerai Makan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Beberapa minggu lepas aku dihubungi oleh sahabatku yang menginap di Pangsapuri Sunway Batu Caves, Selangor. Dia merupakan rakan sekelas masa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dahulu. 5 tahun sudah kami tempuhi dunia bermajikan di syarikat berbeza. Dia sebelum ini bekerja di salah sebuah syarikat pembekal untuk peralatan dalam industri Minyak & Gas sebagai Jurutera Rekabentuk. Malangnya pertengahan bulan Mei tempoh hari dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. So sekarang dia berjaya memulakan perniagaan membuka gerai makan tepi jalan. Setelah kira-kira hampir berbulan juga sebenarnya setiap kali lepak selalu berdiskusi perancangan dia untuk membuka gerai. Oh ya. Sebenarnya masa mula-mula dia bekerja dulu, memang dia dah tetapkan perancangan untuk hanya bekerja selama 5 tahun ...

Politik yang tak berkesudahan & pengajarannya

Image
 Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Tahniah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas kemenangan kalian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. GRS adalah terdiri daripada gabungan 3 buah parti iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Banyak sebenarnya kita dapat pelajari sebagai orang luar (orang yang tak terlibat dalam politik Sabah) daripada ketegangan politik di Sabah sejak beberapa bulan yang lepas. Antaranya yang dapat aku coretkan di sini ialah :  1. Serapat mana kita dengan seseorang sebagai kawan, ketahuilah selagi dia adalah insan yang bergelar manusia, dia pasti akan ada potensi untuk menjadi musuh kita. Dan atas sebab itu, serapat mana kita dengan seseorang jangan sesekali berkongsi kisah peribadi terutama yang negatif dengan mereka melainkan kita pasti perkongsian tersebut andai si dia menjadi musuh kita satu hari nanti tak akan menyebabkan aib kita tersebar dan dijadikan modal untuk menjatuhkan kita di kemudian hari. Da...

Bersyukurlah kita tak kena VSS

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam aku terima satu panggilan dari seorang sahabatku. Dia merupakan rakan sekelas dalam batch dan kursus yang sama di UIA dahulu. Dia sekarang bekerja sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat pembekal dalam industri minyak dan gas. Aku diberitahu, baru saja dua hari yang lalu dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. Serius aku terkejut. Selalu sangat dengar syarikat-syarikat minyak dan gas ni ada 'retrench' pekerja. Tapi kali ini sahabat sendiri terkena. Katanya mungkin disebabkan gajinya agak tinggi dan skop kerjanya lebih kepada ujikaji projek yang mana projek dari syarikat-syarikat minyak dan gas pun semakin berkurang. Dia ada tanya sama ada syarikat aku ada buka recruitment baru. Malangnya, syarikat aku sekarang memang sedang freeze semua recruitment baru. Masin...

Trip to China 2019 - Shanghai

Image
Assalamualaikum w.b.t. [ Post tertunda yang sekian lama dalam draft mode. Akhirnya terdetik juga untuk publishkan setelah berjaya mengorek kembali memori lama untuk dicoretkan di sini. Agak panjang berjela. Sekadar simpanan memori untuk rujukan diri sendiri di masa mendatang. ] Alhamdulillah. Seperti yang tertitip diruangan tajuk entri, insyaAllah kali ini aku ingin berkongsi kurang lebih sedikit pengalaman pengembaraanku ke China tahun lepas. Kalau sebelum ini, aku kerap mengembara ke Jepun atas tuntutan kerja untuk projek Perodua. Kali ini pula adalah untuk projek Proton pula. Detail pengembaraan kami : Lokasi lawatan : Chunxiao Geely Manufacturing Plant dan Hwaway Technologies Co. Ltd. Motif lawatan : Diskusi teknikal bersama jurutera Geely dan Hwaway Masa lawatan : 20hb - 24hb Jan 2019 Penerbangan : Malaysia Airlines (MAS) Bersama : Bos bernama Hoh Kim Yong Ok. Disebabkan negara kunjungan kami kali ini berbeza sikit dengan sebelum ini kerana China mewajibkan VISA. Dan...

Sektor yang dibenarkan beroperasi semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telahpun meluluskan kebanyakan sektor untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Dan sektor terbabit adalah seperti di bawah : Sebenarnya aku tak berapa setuju kerajaan meluluskan beberapa sektor untuk kembali beroperasi semasa PKP ini. Bayangkan setakat 19 April 2020, lebih 56,000 permohonan sudah diterima oleh pihak MITI [ Sumber ]. Itu baru permohonan sahaja. Kalau satu permohonan melibatkan sebuah syarikat yang mempunyai anggaran jumlah pekerja 2000 orang, maka 50% daripadanya akan dibenarkan bekerja iaitu kurang lebih 1000 orang. Kita bayangkan andainya kesemua atau hampir 56,000 syarikat/permohonan individu diluluskan? Tak ke akan ramai manusia atas jalan. Dan pada masa yang sama Polis dan Tentera masih teruskan sekatan jalanraya (sehingga semalam 835 sekatan jalanraya telah diadakan di seluruh negara), tentu tugas mereka akan menjadi lebih sukar ...

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...

Terlelap sewaktu memandu - ACCIDENT!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Asyik post berkaitan travel, terasa macam bosan pulak. InsyaAllah untuk kali ini saja berkongsi saat terubat rindu ini bila kenderaan pacuan empat roda kesayanganku Ms. WPP telah pun dibenarkan pulang dari 'hospital' gara-gara eksiden yang berlaku 3 minggu yang lalu. Sebenarnya tak ramai yang tahu tentang insiden kemalangan yang aku alami tempoh hari. Suka untuk aku ceritakan serba serbi apa yang sebenarnya berlaku hari tersebut. Dan jujurku katakan puncanya memang tak lain tak bukan atas kesilapan dan kecuaian diri sendiri. Kisahnya bermula bila aku baru saja pulang dari outstation kerja selama 2 minggu ke Jepun pada hari Jumaat 21 oktober 2016. Penat dan letih usah nak dikata. Badan lesu. Rasa macam dah penat nak travel. Entah macam mana saat aku letih semasa flight on the way pulang ke Malaysia itu tetiba terdetik dalam hati "rasa malas dah nak travel jejauh lepas ni. Penat!". Dan weekend tersebut aku memang terperap dalam rumah dengan...

Final Destination : Universal Studio Japan | Part III

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Permusafiran demi permusafiran. Akhirnya berakhir jugak untuk tahun ini. Mungkin. Haha. Now lets continue our journey, the last part of my business trip to Japan. Untuk episod kali ini adalah pengembaraan kami menjelajah Jepun di saat tugasan sudah selesai di bumi Daihatsu. Hari terakhir kami bertugas pada 19 Oktober bersamaan hari Rabu. Maka kami mula meninggalkan bumi Omihachiman pada pagi Khamis dengan mengambil JR train menuju ke Shin-Osaka. Untuk perjalanan kali ini, destinasi yang telah dipersetujui ialah Universal Studio Japan (USJ). Dari Shin-Osaka kami mengambil train Midosuji Line menuju ke Nagahoribashi dan keluar melalui exit 2 berjalan 100m dan terus tiba di Nest Hotel Osaka Shinsaibashi. Kami hanya keep luggage dan terus kembali ke station dan menuju ke Ogimachi Station dengan menggunakan subway Sakaisuji Line. Di Omigachi, kami keluar dan berjalan dalam 15 minit untuk ke Temma Station. Menaiki JR terus ke Universal City Statio...