Posts

Showing posts with the label Osaka Trip 2016

Kembara Jepun 1.0

Image
Assalamualaikum. Hajat pada mulanya ingin menulis dokumentasi penuh permusafiranku ke negara matahari terbit, tapi disebabkan kekangan masa dan tenaga, terpaksa ku ringkaskan seringkas ringkasnya. Mungkin hanya sekadar simpanan untuk rujukan pada masa mendatang. Kot lepas ni melawat lagi sekali bersama orang yang tersayang atau geng lain pulak. InsyaAllah. Berikut adalah itinerary ringkas sepanjang kami berada di sana. Day 1 (Wednesday | 13th Jan 2016) - Up Garage - Dotonburi - Shinsaibashi Day 2 (Thursday | 14th Jan 2016) - Osaka Castle - Umeda Building Day 3 (Friday | 15th Jan 2016) - Kobe Harborland - Shin-Kobe Ropeway - Nunobiki Herb Garden - Glass House Day 4 (Saturday | 16th Jan 2016) - Kyoto - Kiyomizudera Temple - Chionin Temple - Gion - Kinkaku-Ji Temple Day 5 (Sunday | 17th Jan 2016) - Himeji Castle - Nipponbashi Perjalanan kami menjelajah tempat-tempat yang dinyatakan di atas bermula sekitar jam 9 pagi dan bergerak pulang sebelum jam 5 petang setiap hari. Masa yang singkat d...

Travelog Osaka 2016 - Day 1

Image
Travelog : Osaka Trip 2016 Day 1 (12.01.2016) Penerbangan kami dijadualkan akan berlepas pada jam 0030H. Kami tiba di tempat menunggu sekitar sejam awal dari pintu Gate P4 dibuka. Dalam tempoh menunggu, kami isikan waktu dengan menunaikan solat isyak dan cubaan mencari sedikit bekalan untuk mengalas perut namun gagal disebabkan kosnya yang agak tinggi. Maka bermuram durjana lah perut kami yang kosong dan penuh dengan kandungan Hydrchloric Acid. Sebaik sahaja Gate P4 dibuka, kami memberi peluang golongan warga emas dan wanita untuk beratur dahulu dan selepas lebih 10 minit barulah kami bangkit mengatur langkah menuju ke barisan yang semakin memendek untuk melepasi gate P4. Kelihatan kebanyakan penumpang sudah bersiap sedia dengan pakaian sejuk masing-masing dan ada juga yang semangat memakainya sebelum masuk ke pesawat lagi. Betul excited nak merasa musim sejuk atau mungkin sebab keadaan badan yang tak biasa dengan tahap kesejukan kurang dari 10 degree. Selepas memberi passport serta bo...