Posts

Showing posts with the label COVID-19

1 Syawal 1441H di musim PKPB

Image
Assalamualaikum w.b.t. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca dan pelawat setia laman Jejak Musafir sejak ianya diwujudkan pada tahun 2009. Walaupun aku tahu dah tak ramai yang membacanya, infact mungkin tiada langsung kecuali diri ini. Disebabkan motif laman ini diwujudkan pun hanyalah sekadar simpanan memori lama yang suka untuk aku coretkan sebagai tatapan aku dan mungkin anak cucu aku di kemudian hari. Maklumlah, kalau nak tulis dalam buku, potensi buku itu hilang akan ada. Kalau nak mengingat dan sampaikan secara lisan, tentulah tidak. Bila umur dah meningkat ke tua, pasti ingatan aku pun makin hilang. Kalau nak simpan di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter pula, aku sangat tak gemar publisiti termasuk bila nak kena layan komen-komen dari semua kenalan. Bukan berniat untuk sombong atau ibarat katak di bawah tempurung, tapi keadaan aku sekarang tak mengizinkan untuk aku berhada...

Bersyukurlah kita tak kena VSS

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam aku terima satu panggilan dari seorang sahabatku. Dia merupakan rakan sekelas dalam batch dan kursus yang sama di UIA dahulu. Dia sekarang bekerja sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat pembekal dalam industri minyak dan gas. Aku diberitahu, baru saja dua hari yang lalu dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. Serius aku terkejut. Selalu sangat dengar syarikat-syarikat minyak dan gas ni ada 'retrench' pekerja. Tapi kali ini sahabat sendiri terkena. Katanya mungkin disebabkan gajinya agak tinggi dan skop kerjanya lebih kepada ujikaji projek yang mana projek dari syarikat-syarikat minyak dan gas pun semakin berkurang. Dia ada tanya sama ada syarikat aku ada buka recruitment baru. Malangnya, syarikat aku sekarang memang sedang freeze semua recruitment baru. Masin...

17 Ramadhan 1441H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Hari ini ada tiga peristiwa penting untuk aku kongsikan di sini. Peristiwa pertama nya adalah hari ini merupakan hari yang telah lama aku rancang untuk membayar zakat fitrah. Syukur sebab tak terlupa al-maklum usia makin meningkat alhamdulillah akhirnya terlunas juga niat dan untuk pertama kalinya dibuat secara atas talian. Sedikit perkongsian flow untuk pembayaran zakat fitrah secara atas talian seperti di bawah. Untuk kes aku ialah pembayaran dibuat kepada pihak Zakat Selangor. Kalau kaedah pembayaran untuk selain daripada Selangor bolehlah rujuk kepada post aku yang terdahulu (boleh klik SINI untuk mendapatkan kaedah pembayaran mengikut negeri). Ada juga mereka yang masih bingung di mana sebenarnya mereka perlu bayar zakat fitrah ini. Sama ada di negeri tempat mereka bekerja atau di negeri kampung halaman mereka. Boleh rujuk pendapat Senator Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan sekarang sebagai Menteri di Jabat...

Selamat Datang Ramadhan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan tahun ini. InsyaAllah pengalaman pertama aku menyambut Ramadhan dan mungkin Syawal seorang diri tanpa keluarga di sisi disebabkan penguatkusaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hari ini sudahpun masuk ke hari yang ke 38. Dah macam duduk perantauan pun ada. Haha. Sedikit input-input penting untuk aku kongsikan dari perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin semalam : 1. PM mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan beberapa peringatan berkaitannya. 2. Menzahirkan kesyukuran hasil jihad memerangi Covid-19 berjaya mencatatkan penurunan bilangan kes-kes baharu dan peningkatan jumlah pesakit sembuh yang ketara. 3. Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan terhadap pelajar yang masih berada di kampus untuk  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tak lama lagi dan kerajaan sedang menimbang untuk membe...

Isu Pelarian Rohingya

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini sahaja penuh di dada-dada media sosial berkaitan dengan isu pelarian rohingya. Sumber di bawah adalah hasil penulisan dari saudara Khairul Azri di profile facebook beliau : (sebenarnya kesemuanya ada 8 point tapi hasil pembacaan aku mendapati ada beberapa point yang mana sumbernya telahpun didelete oleh empunya facebook terbabit. Maka yang tinggal hanyalah point-point yang bersumber sahaja.) Berikut adalah senarai kenapa posting anti-Rohingya meletup dalam kalangan warganet Malaysia sejak semalam berserta sumber untuk rujukan : 1. Bot warga asing mendarat di sekitar Langkawi, TUDM dan APMM menahan bot pelarian Rohingya dari Bangladesh yang membawa 200-500 pelarian dan diarahkan keluar dari perairan Malaysia berikutan kebimbangan virus Covid19 dan di kala Malaysia sendiri tengah sibuk menangani Covid19, tekanan yang diberikan kepada kerajaan untuk menerima pelarian ini telah menimbulkan ketidaksenangan hati rakyat Malaysia. Dilaporkan 32-6...

Sektor yang dibenarkan beroperasi semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telahpun meluluskan kebanyakan sektor untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Dan sektor terbabit adalah seperti di bawah : Sebenarnya aku tak berapa setuju kerajaan meluluskan beberapa sektor untuk kembali beroperasi semasa PKP ini. Bayangkan setakat 19 April 2020, lebih 56,000 permohonan sudah diterima oleh pihak MITI [ Sumber ]. Itu baru permohonan sahaja. Kalau satu permohonan melibatkan sebuah syarikat yang mempunyai anggaran jumlah pekerja 2000 orang, maka 50% daripadanya akan dibenarkan bekerja iaitu kurang lebih 1000 orang. Kita bayangkan andainya kesemua atau hampir 56,000 syarikat/permohonan individu diluluskan? Tak ke akan ramai manusia atas jalan. Dan pada masa yang sama Polis dan Tentera masih teruskan sekatan jalanraya (sehingga semalam 835 sekatan jalanraya telah diadakan di seluruh negara), tentu tugas mereka akan menjadi lebih sukar ...

Kutipan Zakat Fitrah 1441H/2020M semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Frequently Asked Question (FAQ) perkongsian dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) berkaitan pelaksanaan kutipan zakat fitrah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini 1441H/2020M pula bak kata CEO Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tuan Haji Saipolyazan Mat Yusop ketika sidang media di Bangunan Zakat Selangor, Seksyen 13 di Shah Alam tadi LZS menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam Selangor tahun ini sebanyak RM7 seorang kekal seperti tahun sebelumnya selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Namun seperti biasa ada galakan bagi mereka yang berkamampuan untuk membayar sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/beras jepun/beras merah. Sumber : Harian Metro Al-maklum kita berada dalam musim PKP sepanj...

Aktiviti yang boleh dilakukan semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 26 Syaaban 1441H juga merupakan hari ke 33 kita menempuhi musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Ayuh kita sama-sama doakan semoga rantaian COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya dan PKP boleh dihentikan secepat mungkin. Ameen! Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah tak sampai seminggu saja lagi kita akan menempuhi bulan Ramadhan. Allahu cepat betul masa berlalu. Bulan yang sangat dinantikan oleh golongan muslim seluruh dunia. Kalau masa muda-muda dulu, bulan ini juga kami adik-beradik berlumba-lumba nak khatam Al-Quran, menu utama berbuka kami sekeluarga yang dipesan mengikut cita-rasa masing-masing ikut giliran hari dan seumpamanya. Namun, untuk suasana bulan Ramadhan tahun ini pasti akan berbeza dari sebelum-sebelumnya. Masjid dan surau di Selangor telahpun diarahkan tutup sehingga 31hb Mei. Sudah pasti tiada lagi solat tarawikh di masjid dan tiada solat hari raya. Di musim PKP ini juga akan membataskan kita untuk menziarahi sauda...