Posts

Showing posts with the label Family

Kemunculan Hanani dalam kehidupan Azam

Image
 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam pertama dariku, Nur Hanani binti Nik Mohd Hasyudeen, seorang insan yang baru muncul dalam kehidupan seorang jejaka bernama Nazrul Azam bin Aliasaa. Haha. Disebabkan blog ini kelihatan seperti tidak terusik semenjak beberapa bulan yang lalu, maka aku telah secara sukarelanya meminta izin untuk mencoret sepatah dua kata di laman blog ini. Lagipun bak kata suami, tujuan dia menulis di sini adalah untuk bacaannya nanti pada masa akan datang. Sekadar mencoret warna warni perjalanan kehidupan selagi nyawa masih dikandung badan. Inshaallah. Maka baiklah aku memperkenalkan diri aku. Haha. Nama diberi, Nur Hanani, anak ketiga kepada kedua orang tuaku, Nik Mohd Hasyudeen dan Sabanoon Mohamed. Aku dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Februari 1991. Aku dilahirkan di rumah kampung, disambut juga oleh bidan kampung. Maklumlah zaman dulu-dulu. Alhamdulillah, melalui kedua orang tuaku, aku diizin Allah untuk menjalani sebuah kehidupan pe...

1 Syawal 1441H di musim PKPB

Image
Assalamualaikum w.b.t. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca dan pelawat setia laman Jejak Musafir sejak ianya diwujudkan pada tahun 2009. Walaupun aku tahu dah tak ramai yang membacanya, infact mungkin tiada langsung kecuali diri ini. Disebabkan motif laman ini diwujudkan pun hanyalah sekadar simpanan memori lama yang suka untuk aku coretkan sebagai tatapan aku dan mungkin anak cucu aku di kemudian hari. Maklumlah, kalau nak tulis dalam buku, potensi buku itu hilang akan ada. Kalau nak mengingat dan sampaikan secara lisan, tentulah tidak. Bila umur dah meningkat ke tua, pasti ingatan aku pun makin hilang. Kalau nak simpan di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter pula, aku sangat tak gemar publisiti termasuk bila nak kena layan komen-komen dari semua kenalan. Bukan berniat untuk sombong atau ibarat katak di bawah tempurung, tapi keadaan aku sekarang tak mengizinkan untuk aku berhada...

17 Ramadhan 1441H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Hari ini ada tiga peristiwa penting untuk aku kongsikan di sini. Peristiwa pertama nya adalah hari ini merupakan hari yang telah lama aku rancang untuk membayar zakat fitrah. Syukur sebab tak terlupa al-maklum usia makin meningkat alhamdulillah akhirnya terlunas juga niat dan untuk pertama kalinya dibuat secara atas talian. Sedikit perkongsian flow untuk pembayaran zakat fitrah secara atas talian seperti di bawah. Untuk kes aku ialah pembayaran dibuat kepada pihak Zakat Selangor. Kalau kaedah pembayaran untuk selain daripada Selangor bolehlah rujuk kepada post aku yang terdahulu (boleh klik SINI untuk mendapatkan kaedah pembayaran mengikut negeri). Ada juga mereka yang masih bingung di mana sebenarnya mereka perlu bayar zakat fitrah ini. Sama ada di negeri tempat mereka bekerja atau di negeri kampung halaman mereka. Boleh rujuk pendapat Senator Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan sekarang sebagai Menteri di Jabat...

Peninggalan Arwah >> Susur Galur Keluargaku

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini sudah masuk hari ke lapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Semoga kita semua akur dengan arahan kerajaan untuk berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP ini InsyaAllah. Sementara dalam kebosanan mengharungi hari-hari me'reput' di rumah sendiri, kebetulan ada terserempak dengan post lama yang dikongsikan kembali dalam ruangan facebook "IIUM Confessions - BM". Tajuk confession tersebut adalah "Peninggalan Arwah". Aku boleh jamin hampir majoriti penuntut UIA mahupun follower-follower tegar IIUM Confession pasti sudah pun mengkhatamkan ke empat-empat episod Peninggalan Arwah tersebut. Suka untuk aku kongsikan linknya di sini. Peninggalan Arwah I : klik [ SINI ] Peninggalan Arwah II : klik [ SINI ] Peninggalan Arwah III : klik [ SINI ] Peninggalan Arwah IV : klik [ SINI ] Banyak pengajarannya hasil dari pembacaan kesemua episod di atas. Kaedah penceritaan yang agak thrill. Aku suka kaedah penceritaan dan...

1 Syawal 1440H / 5 Jun 2019

Image
Assalamualaikum w.b.t. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Laa ilahaillahu Allahu akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd. Gema takbir di pagi raya sambil diiringi dendangan lagu raya menerusi peranti adikku telah memecah kesunyian kami di pagi aidil fitri. Alhamdulillah tahun ni berpagi raya berempat beradik. Bersama keluarga abang sulung bersama 5 orang anaknya dan adik bongsu bersama seorang heronya. Tahun ini juga tahun kedua kami beraya di KL disebabkan rumah kami di Rawang tak sempat disiapkan sepenuhnya dek serangan anai-anai yang semakin mengganas. Tangga seluruhnya dijadikan santapan mereka juga pintu dapur. Dahsyat juga. Seperti rutin biasa, bersiap dan mengalas beberapa butir lemang sekadar memenuhi sunnah nabi yang mengamalkan santapan beberapa biji kurma sebelum keluar menunaikan solat sunat aidil fitri. Masjid dan surau di seluruh Selangor telahpun diumumkan akan memulakan solat sunat aidil fitri seawal 8.30 pagi. Kami menunaikan solat sunat aidil fitri di Masjid Ukay P...

Petronas Twin Towers Skybridge Tour

Image
Assalamualaikum w.b.t. [Post Tertunda - 10 Dec 2017] Alhamdulillah. Terlalu lama rasanya tak mengupdate sesuatu dalam ruangan ini. Al-maklum setiap kali nak menulis mesti ada saja yang menghalang. Moga pembukaan tahun baru ini dapat mengembalikan momentum aku menulis. InsyaAllah. Sekadar perkongsian aktiviti aku dua minggu yang lalu. Haa. Nampak tak sebenarnya dah siap beratur dah post nak ditulis dan direncanakan dalam laman ni. Cuma tak tertulis saja dan majoritinya disebabkan mood untuk menulisnya tak berkunjung tiba. Kalau tahun 2014 aku pernah diberi peluang untuk menjejakkan kaki di puncak menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, Dubai. Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk jejakkan kaki di puncak menara berkembar tertinggi di dunia pula iaitu mercu tanda Kuala Lumpur di mata dunia, Menara Berkembar KLCC. 27 tahun hidup di KL, inilah baru pertama kali jejakkan kaki ke sini. Aku percaya ramai lagi sebenarnya yang begitu. Dan yang paling best dapat bawa bersama...