Posts

Showing posts with the label Dubai Trip 2014

Kembara Dubai 2014 | Part II : Al-Ain

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dalam pengembaraanku bersama kakakku merantau beribu batu jauh dari rumah semata-mata untuk mencari pengalaman di negara orang. Dubai. Negara yang tak asing dari pemodenan yang sangat pesat. Dahulunya hanya perkampungan nelayan tapi sekarang sudah menjadikan sektor pelancongannya sebagai sumber pendapat utama negaranya. Wajar dijadikan contoh ikutan dari sudut permodenannya. Tulisan kali ini adalah sambungan dari kisah yang telah ku catitkan pada bulan Julai tahun lalu berkaitan permusafiranku di bumi Arab. Rujuk post [SINI] . Cuma kali ini penekananku terhadap misi penjelajahan kami di bumi Al-Ain yang mana merupakan salah satu wilayah dalam United Arab Emirates (UAE). Permusafiran kali ini bersama dengan abangku dan isterinya. Syukur juga sebenarnya bila ada abang yang masih bekerja di sini. Sebab katanya ikutkan kalau nak merasa semua yang ada di sini (Dubai) memang susah kalau hanya berbekalkan fulus yang sedikit. Dan aku ketika itu pula sedang menganggur...

Kembara Dubai 2014 | Part I

Image
[Post Tertunda : Kembara Dubai 2014] Alhamdulillah. Genap 10 bulan sudah aku meninggalkan bumi Dubai. Pengalaman pertama aku bermusafir bersama kakakku ke luar negara tanpa keluarga di sisi semasa pergi dan pulang. Pengembaraan yang telah lama dirancang oleh kami tiga beradik namun ada saja halangan bila nak dilaksanakan. Alhamdulillah, walaupun tanpa adikku, perancangan ini terlaksana jua. Maka, kembaralah kami dua beradik menaiki pesawat MAS ke sana pada tanggal 9th September 2014. Pengembaraan kami ke sana selama 3 minggu di bumi Dubai disambut oleh abangku yang telah bermastautin selama hampir 3 tahun di sana. Segala makan minum dan lawatan di sana semuanya disponsor oleh abangku, hanya duit tiket flight dan ole-ole saja yang kami guna duit sendiri. Syukur sangat dipermudahkan dalam urusan kewangan. Al-maklum, first time melawat tempat orang. Excitednya lain macam. Terasa setiap ketika dan waktu nak snap gambar menerusi handphone dan GoPro. Sangat merindui saat itu namun s...