Final Destination : Universal Studio Japan | Part III
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Permusafiran demi permusafiran. Akhirnya berakhir jugak untuk tahun ini. Mungkin. Haha. Now lets continue our journey, the last part of my business trip to Japan. Untuk episod kali ini adalah pengembaraan kami menjelajah Jepun di saat tugasan sudah selesai di bumi Daihatsu. Hari terakhir kami bertugas pada 19 Oktober bersamaan hari Rabu. Maka kami mula meninggalkan bumi Omihachiman pada pagi Khamis dengan mengambil JR train menuju ke Shin-Osaka.
Untuk perjalanan kali ini, destinasi yang telah dipersetujui ialah Universal Studio Japan (USJ). Dari Shin-Osaka kami mengambil train Midosuji Line menuju ke Nagahoribashi dan keluar melalui exit 2 berjalan 100m dan terus tiba di Nest Hotel Osaka Shinsaibashi. Kami hanya keep luggage dan terus kembali ke station dan menuju ke Ogimachi Station dengan menggunakan subway Sakaisuji Line. Di Omigachi, kami keluar dan berjalan dalam 15 minit untuk ke Temma Station. Menaiki JR terus ke Universal City Station. Station yang terletak betul-betul di sebelah pintu masuk Universal Studio Japan. Di sini ada disediakan perkhidmatan loker iaitu di Universal City station dan juga di luar kaunter masuk ke USJ. Cas dikenakan ikut saiz loker. Setibanya kami di sana, perut mula mengeroncong. Terus kami berlegar mencari kedai makan untuk lunch. Alhamdulillah, ada juga kedai Udon kelihatan di luar kawasan USJ. Harganya pun tak terlalu mahal. Boleh kata standard price iaitu sekitar JPY600+.
Selesai saja pekena Udon with shrimp, terus kami bergegas ke kaunter masuk USJ untuk membeli tiket. Harga tiket agak cekik darah iaitu JPY7400 seorang termasuk tax. Tapi fikirkan ini mungkin kali terakhir kami datang ke sini, kami teruskan saja hajat untuk masuk ke sini. Seharian kami habiskan masa di dalam taman tema di sini. Antara tempat yang berjaya kami masuki memerlukan kami untuk beratur minimum satu jam setiapnya. Agak lenguh dan mental juga sangat memenatkan. Tapi apakan daya, nak pastikan ianya berbaloi dengan harga tiket, redah saja.
Kebetulan juga disebelah malamnya ada sambutan Halloween Night. Habis bersepah di jalanan 'zombie-zombie' yang cuba takutkan orang. Barulah aku tahu macam mana keadaan negara barat sambut halloween night bila dah experience sendiri depan mata. Sikit lagi nak naik tangan bila asyik digertak dengan gergaji elektronik besar bersama bunyinya. Ehey! Haha.
Disebabkan tiketnya agak mahal, maka selagi tak tutup selagi itulah kami akan menghabiskan masa masuk seberapa banyak aktiviti yang ada di dalam sana. Sehingga jam berdetik tepat pukul 9.00 malam, baru kami bersama beratus orang yang lain berpusu-pusu keluar dari USJ. Ada juga yang mengambil peluang bergambar di globe 'Universal' besar di luar halaman USJ. Cantik juga bila ditambah dengan lighting waktu malam gini.
Kami terus beredar meninggalkan USJ dengan menaiki train seperti mana kami datang ke sini. Universal City - Temma - Omigachi - Nagahoribashi. Di luar Temma Station ada kelihatan kedai Udon/Soba yang masih buka (walaupun hakikatnya sedang kemas untuk tutup), tanpa segan silu terus kami masuk dengan muka penuh kelaparan. Haha. Alhamdulillah, mak cik kedai itu masih terima kami sebagai pelanggan terakhir beliau. Sempat kami mengalas perut Udon dan Soba sebagai santapan makan malam kami yang dihabiskan tak sampai 15 minit. Al-maklum, mak cik itu awal-awal lagi sudah kata 'hurry' masa mula-mula masak. Haha. Selesai mengenyangkan diri, terus kami bergerak ke Nest Hotel Shinsaibashi dan check-in.
Keesokannya, kami sarapan dan check out sekitar jam 11 pagi. Disebabkan flight jam 4.35 petang, kami ambil peluang berlegar-legar sekitar Shinsaibashi untuk last minit shopping kalau masih ada barang yang belum dibeli. Disebabkan takde sangat barang nak beli, akhirnya terserempak juga dengan topi pilihan hati di kedai Canterbury New Zealand. Harganya agak mahal, tapi sebab hati dah berkata 'ya'. Maka 'ya' kan saja. Haha. Tepat jam 12.45 tengahari, baru kami bergerak bersama bagasi hampir 40kg semuanya menuju ke Kansai International Airport dengan menaiki Sakaisuji Line dari Nagahoribashi ke Tengachaya dan tukar ke Nankai Line JR terus menuju ke Kansai Airport. Tiba di airport sekitar jam 2.30 petang. Masih punyai 2 jam sebelum flight berlepas. Terus aku menuju ke kaunter wrapping untuk wrapping bag yang akan masuk kargo dan check-in. Kos wrapping hanya JPY800. Selesai saja check-in terus aku menuju ke Information Counter untuk tanyakan lokasi Prayer Room. Ianya terletak di tingkat 3 masuk ikut laluan belakang Uniqlo. Baru ku tahu kewujudan surau di sini.
Kami berlepas dari KIX lebih kurang jam 4.50 petang dan selamat mendarat di KLIA2 lebih kurang jam 10 malam. Alhamdulillah. Trip kali ini agak padat dengan aktiviti sightseeing. Agak memenatkan tapi seronok. Memang passionku lebih kepada scenery, enjoy and historic. Yang pasti I'm not a 'shopping' person. Haha. Till then Japan, hope we will meet again next year.
Wallahualam.
Alhamdulillah. Permusafiran demi permusafiran. Akhirnya berakhir jugak untuk tahun ini. Mungkin. Haha. Now lets continue our journey, the last part of my business trip to Japan. Untuk episod kali ini adalah pengembaraan kami menjelajah Jepun di saat tugasan sudah selesai di bumi Daihatsu. Hari terakhir kami bertugas pada 19 Oktober bersamaan hari Rabu. Maka kami mula meninggalkan bumi Omihachiman pada pagi Khamis dengan mengambil JR train menuju ke Shin-Osaka.
Untuk perjalanan kali ini, destinasi yang telah dipersetujui ialah Universal Studio Japan (USJ). Dari Shin-Osaka kami mengambil train Midosuji Line menuju ke Nagahoribashi dan keluar melalui exit 2 berjalan 100m dan terus tiba di Nest Hotel Osaka Shinsaibashi. Kami hanya keep luggage dan terus kembali ke station dan menuju ke Ogimachi Station dengan menggunakan subway Sakaisuji Line. Di Omigachi, kami keluar dan berjalan dalam 15 minit untuk ke Temma Station. Menaiki JR terus ke Universal City Station. Station yang terletak betul-betul di sebelah pintu masuk Universal Studio Japan. Di sini ada disediakan perkhidmatan loker iaitu di Universal City station dan juga di luar kaunter masuk ke USJ. Cas dikenakan ikut saiz loker. Setibanya kami di sana, perut mula mengeroncong. Terus kami berlegar mencari kedai makan untuk lunch. Alhamdulillah, ada juga kedai Udon kelihatan di luar kawasan USJ. Harganya pun tak terlalu mahal. Boleh kata standard price iaitu sekitar JPY600+.
Selesai saja pekena Udon with shrimp, terus kami bergegas ke kaunter masuk USJ untuk membeli tiket. Harga tiket agak cekik darah iaitu JPY7400 seorang termasuk tax. Tapi fikirkan ini mungkin kali terakhir kami datang ke sini, kami teruskan saja hajat untuk masuk ke sini. Seharian kami habiskan masa di dalam taman tema di sini. Antara tempat yang berjaya kami masuki memerlukan kami untuk beratur minimum satu jam setiapnya. Agak lenguh dan mental juga sangat memenatkan. Tapi apakan daya, nak pastikan ianya berbaloi dengan harga tiket, redah saja.
Pintu Masuk Universal Studio Japan
The Wizarding World of Harry Porter
Jurassic Park
Space Fantasy The Ride
Chucky's Horror Factory
Kebetulan juga disebelah malamnya ada sambutan Halloween Night. Habis bersepah di jalanan 'zombie-zombie' yang cuba takutkan orang. Barulah aku tahu macam mana keadaan negara barat sambut halloween night bila dah experience sendiri depan mata. Sikit lagi nak naik tangan bila asyik digertak dengan gergaji elektronik besar bersama bunyinya. Ehey! Haha.
Kami terus beredar meninggalkan USJ dengan menaiki train seperti mana kami datang ke sini. Universal City - Temma - Omigachi - Nagahoribashi. Di luar Temma Station ada kelihatan kedai Udon/Soba yang masih buka (walaupun hakikatnya sedang kemas untuk tutup), tanpa segan silu terus kami masuk dengan muka penuh kelaparan. Haha. Alhamdulillah, mak cik kedai itu masih terima kami sebagai pelanggan terakhir beliau. Sempat kami mengalas perut Udon dan Soba sebagai santapan makan malam kami yang dihabiskan tak sampai 15 minit. Al-maklum, mak cik itu awal-awal lagi sudah kata 'hurry' masa mula-mula masak. Haha. Selesai mengenyangkan diri, terus kami bergerak ke Nest Hotel Shinsaibashi dan check-in.
Kami berlepas dari KIX lebih kurang jam 4.50 petang dan selamat mendarat di KLIA2 lebih kurang jam 10 malam. Alhamdulillah. Trip kali ini agak padat dengan aktiviti sightseeing. Agak memenatkan tapi seronok. Memang passionku lebih kepada scenery, enjoy and historic. Yang pasti I'm not a 'shopping' person. Haha. Till then Japan, hope we will meet again next year.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment