Terlelap sewaktu memandu - ACCIDENT!
Assalamualaikum w.b.t.
Asyik post berkaitan travel, terasa macam bosan pulak. InsyaAllah untuk kali ini saja berkongsi saat terubat rindu ini bila kenderaan pacuan empat roda kesayanganku Ms. WPP telah pun dibenarkan pulang dari 'hospital' gara-gara eksiden yang berlaku 3 minggu yang lalu. Sebenarnya tak ramai yang tahu tentang insiden kemalangan yang aku alami tempoh hari. Suka untuk aku ceritakan serba serbi apa yang sebenarnya berlaku hari tersebut. Dan jujurku katakan puncanya memang tak lain tak bukan atas kesilapan dan kecuaian diri sendiri.
Kisahnya bermula bila aku baru saja pulang dari outstation kerja selama 2 minggu ke Jepun pada hari Jumaat 21 oktober 2016. Penat dan letih usah nak dikata. Badan lesu. Rasa macam dah penat nak travel. Entah macam mana saat aku letih semasa flight on the way pulang ke Malaysia itu tetiba terdetik dalam hati "rasa malas dah nak travel jejauh lepas ni. Penat!". Dan weekend tersebut aku memang terperap dalam rumah dengan hajat nak recover dari penat yang berpanjangan.
Dan pada hari Isninnya bersamaan 24hb Oktober 2016, aku dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat di Perodua Rawang di sebelah paginya. Bertolak dari APM Port Klang sekitar jam 9.15 pagi. Dan tiba di Perodua sekitar jam 10.25 pagi. Meetingnya bermula lebih kurang jam 10.30 pagi di bangunan Vendor Engineering Department, Perodua Rawang. Bila dah kata meeting, confirm akan ada banyak preparation lagi-lagi berkaitan dokumentasi projek yang kami sedang jalankan.
Dan selesai saja mesyuarat tersebut, seperti biasa aku akan lunch di sekitar Perodua sebelum kembali ke APM. Dan keesokannya syarikatku pula akan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Daihatsu Motor Corp. (DMC) Japan dan Perodua. Agak kelam kabut dibuatnya untuk menyiapkan apa yang patut. Ditambahnya dengan badan yang masih letih. Entah kenapa rasa dah spend sehari dekat rumah tapi masih rasa tak bermaya. Kurang vitamin mungkin. Dan sewaktu aku dalam perjalanan pulang dari Perodua menuju ke APM Port Klang, aku tersangat mengantuk. Dua tiga kali terlelap seketika tapi aku masih bimbangi persediaan untuk attend customer visit dari DMC/Perodua yang mana banyak lagi perlu dipersiapkan, maka aku tetap teruskan memandu. Habis tampar cubit urut semua cara aku buat semata-mata untuk mengelakkan diri terasa mengantuk. Tapi masih tak berkesan. Nampak sangat tahap ngantuknya dah kritikal.
Nak dijadikan cerita, kurang beberapa kilometer saja lagi nak tiba di APM Port Klang, aku terlelap dan di saat aku buka saja pejaman mataku, bumper depan keretaku sudahpun ter'cium' sebuah kereta di hadapan. Terus aku lakukan brek kecemasan. Namun, aku gagal mengelak terus terlanggar kereta tersebut. Proton Waja. Sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang agak berumur. Aku berhentikan kereta terus menghelakan nafas lega kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku ke atas diriku. Cuma kereta sahaja yang agak teruk. Pengalaman pertama aku terlibat dengan kemalangan seperti ini.
Aku terus keluar dari kereta dan menegur pemandu teksi tersebut. Perkara pertama yang terluah sudah pasti permohonan maaf yang tak putus dan jaminan untuk aku bayar segala kerugian yang dia alami akibat kereta beliau yang menjadi mangsa langgaran aku. Tapi ikutkan kesan di bumper belakang kereta beliau tak seteruk keretaku. Di sebabkan kami hentikan kenderaan agak tengah-tengah jalan, aku terus meminta untuk beliau teruskan sedikit ke hadapan dan berhenti di stesen bas supaya dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Al-maklum, orang Malaysia ini orang berhenti tepi jalan pun boleh jem.
Disebabkan ini pengalaman pertamaku, aku terus contact memberku yang pernah alami perkara yang sama di tempat yang sama. Katanya terus pergi balai polis berdekatan untuk buat laporan. Walaupun akan dikenakan saman, tapi sekurang-kurangnya kos pembaikan kereta tersebut 100% dapat dicover sepenuhnya oleh syarikat insuran. Dan selepas itu aku terus contact Ayahku untuk bertanyakan langkah yang sepatutnya aku lakukan disebabkan urusan insuran semua kereta keluargaku di bawah seliaan Ayahku saja. Makanya kata putus telah dibuat, langkah diteruskan dengan membuat laporan polis di balai polis berdekatan. Insiden berlaku di highway dari Klang menuju ke Port Klang berhadapan MBO. Kebetulan juga kawasan tersebut memang ramai orang yang buat tow truck. Means asalkan ada saja accident di kawasan tersebut, ada saja orang yang datang untuk offer servis tow. Tapi disebabkan segala bayaran melibatkan towing fully covered by insuran, aku 'ia'kan saja. Terus ke balai buat laporan dan seterusnya serahkan semua dokumen kenderaan dan diri (salinan gran, insuran, IC dan lesen) kepada orang yang uruskan tow kereta ku itu. Ganesh namanya. Beliau akan uruskan pembaikan keretaku yang akan dihantar ke bengkel Perodua Shah Alam. Kata beliau perlukan lebih kurang 10 hari untuk siap. Nasib baik aku pun bakal ke Sabah dan Korea seminggu selepas itu. Makanya, sekembalinya aku ke sini sepatutnya kereta tersebut telah pun siap dibaiki sepenuhnya.
Dan sekembalinya aku setelah bermusafir ke Sabah dan Korea yang memakan masa seminggu lebih, aku kembali bertugas seperti biasa pada 8hb November 2016. Namun berita keretaku siap atau tidak masih menjadi tanda tanya. Aku terus contact Ganesh untuk bertanyakan perihal status keretaku. Katanya masih memerlukan lebih kurang seminggu lagi. Aku sudah mula rasa ragu-ragu. Sebelum aku bercuti katanya hanya memerlukan masa 10 hari. Sedangkan jika nak dibilang dari hari berlakunya accident, memang sudah lebih dari 10 hari. Aku terus katakan yang aku ingin melihat sendiri status kereta tersebut di bengkel Perodua. Esoknya aku terus ke sana pada sebelah petang office hour. Atas kebenaran bos, aku pun pergi ke bengkel tersebut untuk melihat status keretaku. Alhamdulillah saat aku tiba, memang sudah kelihatan keretaku telahpun hampir siap. Hanya tinggal stage dikilatkan dan menunggu insuranku diapprove. Katanya mungkin minggu depan boleh dilepaskan. Dan pada hari Sabtu lepas, akhirnya keluar juga keretaku dari bengkel tersebut. Rindu juga aku bila saat aku kembali memandunya. Dah macam awek sendiri pun ada. Haha. Total kos pembaikan kereta ini hampir mencecah RM4000. Tapi sayang betul sebab retakan cermin depan dan foglight belah kanan mereka declare as old damage. Tak termasuk insuran covered. Huhu. Apepun kalau bukan kerana insuran cover, rasanya tak mampu jugak nak baiki kerosakan hasil accident ini. Thanks etiqa!
Apepun aku sentiasa percaya pada hikmah. Memang hari berlakunya kemalangan tersebut memang terasa hari yang malang buatku. Bayangkan, badan penat dan letih, accident, minyak kereta berkelip, bateri handphone habis, kerja di office banyak lagi tak settle dan esoknya ada visit penting dari company Jepun yang aku perlu entertain. Dan di saat itu aku tak mampu lakukan apa-apa langsung. Alhamdulillah. Mungkin hikmahnya niatku untuk menghimpun duit membaiki cat dan beberapa part bahagian depan kereta akhirnya Allah ganti dengan yang baru dan original dari kilang Perodua tanpa mengeluarkan duit sesen pun. Syukur. Tambahan lagi kini disebabkan insuranku dah kembali kepada nilai bayaran asal, masa yang tepat untuk aku menukar nama gran kereta tersebut ke atas namaku sendiri setelah genap 10 tahun atas nama emak saudaraku.
Apepun, pengajaran untuk diri juga. Dah mengantuk itu, jangan dipaksa sangat. Badan juga perlukan rehat. Otak pun perlukan rehat. Kerja nak diselesaikan takkan berkesudahan. InsyaAllah. Sekadar catatan untuk rujukan masa mendatang.
Wallahualam.
Asyik post berkaitan travel, terasa macam bosan pulak. InsyaAllah untuk kali ini saja berkongsi saat terubat rindu ini bila kenderaan pacuan empat roda kesayanganku Ms. WPP telah pun dibenarkan pulang dari 'hospital' gara-gara eksiden yang berlaku 3 minggu yang lalu. Sebenarnya tak ramai yang tahu tentang insiden kemalangan yang aku alami tempoh hari. Suka untuk aku ceritakan serba serbi apa yang sebenarnya berlaku hari tersebut. Dan jujurku katakan puncanya memang tak lain tak bukan atas kesilapan dan kecuaian diri sendiri.
Kisahnya bermula bila aku baru saja pulang dari outstation kerja selama 2 minggu ke Jepun pada hari Jumaat 21 oktober 2016. Penat dan letih usah nak dikata. Badan lesu. Rasa macam dah penat nak travel. Entah macam mana saat aku letih semasa flight on the way pulang ke Malaysia itu tetiba terdetik dalam hati "rasa malas dah nak travel jejauh lepas ni. Penat!". Dan weekend tersebut aku memang terperap dalam rumah dengan hajat nak recover dari penat yang berpanjangan.
Dan pada hari Isninnya bersamaan 24hb Oktober 2016, aku dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat di Perodua Rawang di sebelah paginya. Bertolak dari APM Port Klang sekitar jam 9.15 pagi. Dan tiba di Perodua sekitar jam 10.25 pagi. Meetingnya bermula lebih kurang jam 10.30 pagi di bangunan Vendor Engineering Department, Perodua Rawang. Bila dah kata meeting, confirm akan ada banyak preparation lagi-lagi berkaitan dokumentasi projek yang kami sedang jalankan.
Dan selesai saja mesyuarat tersebut, seperti biasa aku akan lunch di sekitar Perodua sebelum kembali ke APM. Dan keesokannya syarikatku pula akan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Daihatsu Motor Corp. (DMC) Japan dan Perodua. Agak kelam kabut dibuatnya untuk menyiapkan apa yang patut. Ditambahnya dengan badan yang masih letih. Entah kenapa rasa dah spend sehari dekat rumah tapi masih rasa tak bermaya. Kurang vitamin mungkin. Dan sewaktu aku dalam perjalanan pulang dari Perodua menuju ke APM Port Klang, aku tersangat mengantuk. Dua tiga kali terlelap seketika tapi aku masih bimbangi persediaan untuk attend customer visit dari DMC/Perodua yang mana banyak lagi perlu dipersiapkan, maka aku tetap teruskan memandu. Habis tampar cubit urut semua cara aku buat semata-mata untuk mengelakkan diri terasa mengantuk. Tapi masih tak berkesan. Nampak sangat tahap ngantuknya dah kritikal.
Nak dijadikan cerita, kurang beberapa kilometer saja lagi nak tiba di APM Port Klang, aku terlelap dan di saat aku buka saja pejaman mataku, bumper depan keretaku sudahpun ter'cium' sebuah kereta di hadapan. Terus aku lakukan brek kecemasan. Namun, aku gagal mengelak terus terlanggar kereta tersebut. Proton Waja. Sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang agak berumur. Aku berhentikan kereta terus menghelakan nafas lega kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku ke atas diriku. Cuma kereta sahaja yang agak teruk. Pengalaman pertama aku terlibat dengan kemalangan seperti ini.
Disebabkan ini pengalaman pertamaku, aku terus contact memberku yang pernah alami perkara yang sama di tempat yang sama. Katanya terus pergi balai polis berdekatan untuk buat laporan. Walaupun akan dikenakan saman, tapi sekurang-kurangnya kos pembaikan kereta tersebut 100% dapat dicover sepenuhnya oleh syarikat insuran. Dan selepas itu aku terus contact Ayahku untuk bertanyakan langkah yang sepatutnya aku lakukan disebabkan urusan insuran semua kereta keluargaku di bawah seliaan Ayahku saja. Makanya kata putus telah dibuat, langkah diteruskan dengan membuat laporan polis di balai polis berdekatan. Insiden berlaku di highway dari Klang menuju ke Port Klang berhadapan MBO. Kebetulan juga kawasan tersebut memang ramai orang yang buat tow truck. Means asalkan ada saja accident di kawasan tersebut, ada saja orang yang datang untuk offer servis tow. Tapi disebabkan segala bayaran melibatkan towing fully covered by insuran, aku 'ia'kan saja. Terus ke balai buat laporan dan seterusnya serahkan semua dokumen kenderaan dan diri (salinan gran, insuran, IC dan lesen) kepada orang yang uruskan tow kereta ku itu. Ganesh namanya. Beliau akan uruskan pembaikan keretaku yang akan dihantar ke bengkel Perodua Shah Alam. Kata beliau perlukan lebih kurang 10 hari untuk siap. Nasib baik aku pun bakal ke Sabah dan Korea seminggu selepas itu. Makanya, sekembalinya aku ke sini sepatutnya kereta tersebut telah pun siap dibaiki sepenuhnya.
Dan sekembalinya aku setelah bermusafir ke Sabah dan Korea yang memakan masa seminggu lebih, aku kembali bertugas seperti biasa pada 8hb November 2016. Namun berita keretaku siap atau tidak masih menjadi tanda tanya. Aku terus contact Ganesh untuk bertanyakan perihal status keretaku. Katanya masih memerlukan lebih kurang seminggu lagi. Aku sudah mula rasa ragu-ragu. Sebelum aku bercuti katanya hanya memerlukan masa 10 hari. Sedangkan jika nak dibilang dari hari berlakunya accident, memang sudah lebih dari 10 hari. Aku terus katakan yang aku ingin melihat sendiri status kereta tersebut di bengkel Perodua. Esoknya aku terus ke sana pada sebelah petang office hour. Atas kebenaran bos, aku pun pergi ke bengkel tersebut untuk melihat status keretaku. Alhamdulillah saat aku tiba, memang sudah kelihatan keretaku telahpun hampir siap. Hanya tinggal stage dikilatkan dan menunggu insuranku diapprove. Katanya mungkin minggu depan boleh dilepaskan. Dan pada hari Sabtu lepas, akhirnya keluar juga keretaku dari bengkel tersebut. Rindu juga aku bila saat aku kembali memandunya. Dah macam awek sendiri pun ada. Haha. Total kos pembaikan kereta ini hampir mencecah RM4000. Tapi sayang betul sebab retakan cermin depan dan foglight belah kanan mereka declare as old damage. Tak termasuk insuran covered. Huhu. Apepun kalau bukan kerana insuran cover, rasanya tak mampu jugak nak baiki kerosakan hasil accident ini. Thanks etiqa!
Apepun, pengajaran untuk diri juga. Dah mengantuk itu, jangan dipaksa sangat. Badan juga perlukan rehat. Otak pun perlukan rehat. Kerja nak diselesaikan takkan berkesudahan. InsyaAllah. Sekadar catatan untuk rujukan masa mendatang.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment