Dari Jurutera ke Peniaga Gerai Makan

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa minggu lepas aku dihubungi oleh sahabatku yang menginap di Pangsapuri Sunway Batu Caves, Selangor. Dia merupakan rakan sekelas masa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dahulu. 5 tahun sudah kami tempuhi dunia bermajikan di syarikat berbeza. Dia sebelum ini bekerja di salah sebuah syarikat pembekal untuk peralatan dalam industri Minyak & Gas sebagai Jurutera Rekabentuk. Malangnya pertengahan bulan Mei tempoh hari dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja.

So sekarang dia berjaya memulakan perniagaan membuka gerai makan tepi jalan. Setelah kira-kira hampir berbulan juga sebenarnya setiap kali lepak selalu berdiskusi perancangan dia untuk membuka gerai. Oh ya. Sebenarnya masa mula-mula dia bekerja dulu, memang dia dah tetapkan perancangan untuk hanya bekerja selama 5 tahun dan selepas pada itu akan memulakan perniagaan gerai makan sendiri. Yes 5 tahun. Tak sangka betul-betul nampaknya Allah SWT melunaskan impiannya walaupun COVID-19 menjadi asbabnya.

So kebetulan beberapa minggu lepas, dia ada mengajak aku keluar lepak dan mengeteh berdiskusi perihal masa depan. Dan pada masa yang sama dia ajak aku ke gerainya. Rupanya beberapa hari lepas sejurus selepas dia tutup gerainya untuk hari yang ke 4 beroperasi, kawasan Gombak telah dituruni hujan lebat menyebabkan air bertakung di bahagian atas kanopinya. Disebabkan terlampau berat air yang bertakung di atas kanopi membuatkan tiang kanopi tersebut bengkok sehingga roboh separuh kanopinya. Kejadian tersebut sebenarnya tak disedari olehnya disebabkan semasa kejadian dia telahpun menutup gerainya terus menuju ke masjid berdekatan untuk solat Asar. Dan kebetulan di masjid ada seorang Pak Cik yang tinggal berdekatan menyapa dia mengatakan gerainya sudah roboh.

So hari tu aku berpeluang untuk membantu apa yang patut untuk setup kembali gerainya. Alihkan semua rangka dan kanopinya yang sudah rosak. Pasangkan set rangka dan kanopi yang baru. Seronok pula rasa dapat membantu member pasang khemah acah rasa feeling berniaga. Haha. Al-maklum, nak berniaga memang tak minat langsung. Tapi sampai sekarang tak dapat bayangkan kesemua persiapan untuk membuka kedai, menyediakan makanan, membuat air, layan pelanggan semua dibuatnya seorang diri setiap hari selama seminggu masa tu. Betul nampak kegigihan dia nak berniaga. Untuk itu aku sangat salute. Good job bro!

So inilah keadaan khemah bila sudah selesai setup semua. Alhamdulillah, sejam juga nak settle semua ni termasuk kemaskan semua peralatan dalam khemah tu sambil diperhatikan oleh jiran rumah seberang dari khemah kami ni. Haha. Lokasinya teramatlah molek.


Alang-alang dah post kat sini, untuk mereka yang berada di sekitar Gombak, boleh lah jemput datang lunch kat sini. Gerai makan ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Ahad dari pukul 11.00am hingga 4.00pm. Lokasinya boleh tekan link di bawah atau copy dan paste location tu dalam Google Map.

3°13'40.5"N 101°41'08.7"E
Batu Caves, Selangor, Malaysia
https://maps.app.goo.gl/BePtiqbH2mLxk6CCA

Dan untuk menunya pula boleh rujuk di bawah :


Semua menu ini adalah hasil air tangannya. Masakan pantai timur. Ore kelate la katakan. Aku sebagai kawan dia cukup bangga sebab dia berjaya memulakan langkah untuk berniaga. Kau bayangkan dekat 5 tahun kami bila lepak sekali sembang perihal masa depan, mesti dia ada selitkan impian dia untuk memulakan perniagaan gerai makanan. Alhamdulillah terlunas juga tahun 2020 ini. Aku doakan kau istiqamah dan berjaya insyaAllah.


Berjaya nampaknya semua kawan-kawan sebatch aku sekarang. Ada yang mencari rezeki sampai ke Jerman dan Dubai. Ada juga yang sudah sambung PhD. Ada juga yang sudah mula perjalanan untuk mendapatkan sijil Jurutera Profesional (Ir.). Belum kira yang dah kahwin dan beranak pinak lagi. Bangga dengan semua. Cuma biasalah. Bila kita perhatikan kejayaan kawan-kawan yang dahulunya pernah belajar sekelas, mengharungi kuiz dan exam sesama, tentulah rasa diri ini sangat jauh ketinggalan nak dibandingkan dengan mereka. Tapi ye lah kita tak tahu sejauh mana ujian yang mereka hadapi untuk mereka sampai ke tahap mereka sekarang kan. Moga aku juga berpeluang menjadi seperti mereka. Ameen.

Wallahualam.

11.00pm
13 October 2020
Bandar Botanic Klang

Comments