Masjid terbina
Assalamualaikum.
Dikesempatan ini ana nak mengucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU!!
buat sahabat sejurusan aku mase CFS IIUM PJ dulu yang sama2 mengambil bidang Asasi Kejuruteraan. Tapi bila beliau sambung degree kat gombak dah tukar ke kos ICT. But still ukhuwwah yang dulu masih terikat erat cuma mungkin setelah jejakkan kaki ke UIA Gombak ni atas faktor masing2 sibuk, dah tak berpeluang nak bersua. 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H telah telah menjadi detik bersejarah buat saudaraku Dziaulhaq bersama pasangannya pabila berjaya mendirikan 'masjid' yang akan bertahan hingga ke akhir hayat, Insyallah.
Maaf juga kerana tak berpeluang untuk menghadiri walimah enta. Jarak yang beratus kilometer (Kedah) menjadi penghalang aku untuk kesana dan juga disebabkan musim raya ni. Sibuk beraya bersama sanak saudara dan menerima jemputan rumah terbuka dari sahabat2 yang tinggal dalam kawasan. Apepun ana nak mengucapkan sekali lagi selamat mendirikan rumah tangga dan semoga bahagia hingga ke anak cucu.
Bersabda Rasulullah SAW, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'.(H.R.Bukhari & Muslim)
Wallahualam.
Comments
Post a Comment