Tentang Diri

Assalamualaikum.

Insyallah, hari ini aku ingin berkongsi sikit ilmu yang aku baru tahu sebentar tadi. Huhu.

Di sini terdapat lima objek yang akan aku keutarakan dan bila mana korang dengar nama objek tersebut, korang diminta untuk sebutkan apa yang terlintas di fikiran korang ketika itu. Sebenarnya, member aku baru saja tanya aku tadi. Kire aku nak kongsi jawapan aku sekalilah. Hmm..

Lima Objek tersebut ialah :-

1) Anjing
2) Kucing
3) Tikus
4) Kopi
5) Laut

Jawapan aku pulak :-

1) Garang
2) Comel
3) Kotor
4) Pahit
5) Gelora

Penerangan maksud tersiratnya pula :-

1) Anjing melambangkan sifat diri kita. Ia bermaksud aku ini seorang yang garang. Mungkin kot. Tapi aku prefer orang kata aku bengis. Haha.

..ini serigala ke anjing ek? takpe lah..janji beliau garang..hekhek..

2) Kucing melambangkan sifat bakal isteri kita. Bermaksud insyallah bakal isteri aku nanti comel. Tak sabar aku nak tunggu siapakah gerangan beliau yang dimaksudkan. Hehe :P

..comel gila kucing ni..huhu..

3) Tikus pula melambangkan sifat musuh kita. Bermaksud perbuatan atau tingkah laku musuh kita yang kotor/hina/zalim terhadap kita. Tapi setakat ini aku tak nampak lagi kelibat musuh aku. Hmm. Tapi tak tahulah kalau ada musuh dalam selimut. Ini kena check selimut aku masa tidur takut-takut ada pula musuh dalam selimut aku. Haha. LoLz.

..memang nampak macam penjahat..haha..

4) Kopi pula melambangkan keadaan apabila kita bersetubuh dengan bakal isteri kita. Ini yang slack nya. Aku cakap pahit pulak. Aku pun tak tahu nak gambarkan macam mana. Haha.

..geng kopi pahit..

5) Laut melambangkan perjalanan kehidupan kita. Macam aku, gelora bermaksud kehidupan yang bakal aku lalui banyak halangan/dugaan/ujian yang Allah turunkan dimana di situ dapat melatih aku bersikap sabar. Insyallah. Huhu.

..laut yang bergelora..

Selain itu ada lagi satu soalan yang mana dapat menterjemahkan karakter kita. Yakni berikan 5 orang/insan yang korang betul-betul nak jumpa. Tak kesahlah kalau dia dah takde sekali pun. Aku pulak jawab :-

1) Rasulullah SAW
2) Khulafa' Ar-Rashyidin
3) Sultan Muhammad al-Fateh
4) Salahuddin al-Ayyubi
5) Saidina Hamzah

Penjelasannya pula :

Setiap karakter orang yang sangat-sangat kita ingin jumpe dapat menterjemahkan siapa diri kita. Pandai-pandailah faham sendiri. Hehe. Contohnya kalau nak ikutkan jawapan diatas, dapat menterjemahkan bahawa penulis seorang yang alim dan kuat mengamalkan hukum agama Islam. Tapi ni contoh jer tau.

Last but not least aku suka nak kongsi dengan korang semua beberapa lawak bodoh jugaklah yang aku dapat petik dari blog seorang hamba Allah masa aku tengah khusyuk blogwalking.

A: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
B: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV (barang) kau.

A: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
B: Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!

A: Semalam aku nampak hantu!
B: Uih! kau terkejut tak?
A: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
B: Mana kau tahu?
A: Aku tengok muka dia pucat semacam jer.

A: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu..
B: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali. campurkan semua markah, dapatlah 200 markah

A: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
B: Gula dah habis!
A: Yang kau pergi campur garam apasal?
B: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

A: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
B: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

A: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
B: Biasalah tu, "consulation fees".
A: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

A: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
B: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
A: Buat dono jer.

A: Aku ada AIDS? mana ada...
B: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu..

A: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
B: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

A: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
B: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

A: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
B: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

..Hahahahahhaahhaahhahaa...(ketawa terbahak2)..tengok..kucing pun reti ketawa..haha..

Eh3..aku pulak yang lebih. Tapi mula-mula aku baca memang lawak. Tapi bila dah selalu baca dah takde effect dah. Oklah. Setakat ni jer dulu untuk kali ini. Wassalam.

Comments