Sindiran Berguna buat Rakyat Malaysia..



Assalamualaikum.


Gambar terPILIH untuk renungan hari ini.





Pedas jugak dengar perbualan dua orang mamat SOMALIA kat atas ni kan. Tapi memang hakikat. Mereka menderita sehingga MAUT kebuluran di sana tapi kita di Malaysia satiap hari digemparkan dengan berita kematian akibat kemalangan. Sampai tahap bila orang mati kemalangan dah takde perasaan ape2 dah. Sebab ramai sangat. Boleh kata trend menjelang semua perayaan khususnya Aidilfitri.


Kalau tak nak jadi Trend, ikutilah langkah2 berikut :




8 Langkah Keselamatan Jalan Raya
1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa patuhi had laju yang telah ditetapkan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


p/s : banyak jugak post aku pasal trafik raya ni kan. Hmm. Takpelah. Selagi dapat menyedarkan pengguna jalan raya di luar sana. Aku tak kesah. Woha! :)


Wallahualam.


Comments

  1. senyap bahaya 2...boley wt cepat ngantuk..

    ReplyDelete
  2. tu mungkin tuk golongan isteri yang suke berleter kot. kang sakit ati n tension lagi bahaya bawak kereta dalam keadaan EMO. haha.

    ReplyDelete

Post a Comment