Aku dah agak dah...Haha :D
Assalamualaikum.
Haha. Tu jer yang mampu aku ungkapkan buat masa ni. Mana taknya, kalau dilihat post aku sebelum ni mengenai satu segmen cubaan berani mati aku selaku blogger baru yang tak berpengaruh langsung macam blogger2 otai kat luar sana. Aku dah memang agak dah confirm tak ramai join. Maklumlah, mungkin sebab blog aku ni takde lah famous macam blog orang lain. Tapi tak salah untuk mencuba kan.
Ok. Actually saje jer aku nak buat uji kaji sikit tentang trafik penyertaan segmen yang dianjurkan oleh blogger baru dan blogger lama. Yang aku rase mempengaruhi penyertaan yang agak ramai adalah disebabkan..
1. Follower
Series aku rase bilangan follower memainkan peranan penting kenape sesuatu segmen tu disertai oleh ramai blogger. Sebab ape? Sebab segala update mengenai segmen ini akan terus sampai ke pengetahuan orang yang MEMfollow tu. Senang cerite kalau bab marketing ni, sistem follower banyak main peranan. Besides, aku rasa blogger2 baru macam aku ni selalu cenderung untuk join segmen yang dibuat oleh blogger yang mempunyai follower yang ramai kerana mereka anggap blogger tersebut otai. Haha.
2. Segmen Bertindih
Maklumlah sekarang ni dah memang musim raya. Kalau duk himpunkan semua blogger yang giat bersegmen ni confirm ramai giler yang buat segmen pasal hari raya. Tak kesah la pasal makanan ke, kad raya ke, baju raya ke, etc. Mungkin orang dah bosan kot. Atau mungkin dah banyak sangat penyertaan. Lagi satu mungkin segmen yang kite buat ni, blogger2 otai dah buat menyebabkan penyertaan segmen blogger otai lebih diberi keutamaan untuk menjamin pengaliran trafik yang sesak. Woha!
3. Step yang meRumitkan
Mungkin jugak disebabkan step untuk menyertainya segmen tersebut agak merumitkan. Kalau blogger2 otai semua buat segmen yang steps nyer simple2 jek. Standard steps : Letak header blog > Jawab segmen > letak link kat komen entri. Tapi kalau blogger baru macam aku ni agak kalut sikit dalam menyenaraikan step2 untuk menyertai segmen ni kot. Haha.
4. Pengaruh
Kekadang kite tengok kalau blogger member join segmen blogger otai (e.g : Ben Ashaari), confirm ramai giler yang nak join jugak. Tak percaye? Tunggu segmen yang bakal dibuat oleh blogger Ben Ashaari lepas ni. Pastu korang tengok komen die berape ramai yang join. Then kau pilih salah satu blogger yang join tu, tengok pulak siapa komen entri mengenai segmen tu. Confirm ramai. Woha!
5. Trafik
Majoriti ramai orang nak join segmen pun sebab nak naikkan trafik blog dorang. Kalau blogger baru pulak tengah duk nak tambah follower jer lagi. Sebab tu la bile ade je segmen, terus nak join. Realiti.
Ok. Rasenye ade lagi. Hmm. Tapi cukup kot. So, lepas2 ni nampaknya aku kene giat la join segmen orang nampaknye kalau nak orang join segmen aku kan. Hehe. Anyway seperti yang aku janjikan. Disebabkan Segmen : KUIH RAYA kegemaran SAYA ialah.. hanya ada satu penyertaan jek. So, dengan ini aku isytiharkan beliau MENANG tanpa bertanding. Hoho.
Blogger bertuah yang telah menggembirakan hati penulis untuk seketika ialah..
Qasehsuchi82
..profile picture beliau..
..layout blog beliau..
link blog : http://qasehsuchi82.blogspot.com/
Thanks for participating. :)
p/s : Pendirian aku > blogger yang ade follower melebihi 500 dianggap blogger OTAI. Woha!
Wallahualam.
zayani : yeke? sori la ek. mgkn prob marketing sikit. hehe.
ReplyDeleteQaseh : yup. haha. sya pun first tyme gak.