Jom Bakar Lemang!
Assalamualaikum.
Aktiviti tahunan pabila menjelang malam raya pertama. Bakar LEMANG. Masak RENDANG. Untuk tahun ni, pertama kali membakar lemang di halaman rumah baru iaitu di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Takde lah baru sangat pun rumah ni. Dekat 3 tahun dah duk sini. Cuma tang membakar lemang ni first time la. Haha. Detik menunggu lemangku masak telah pun bermula sejak jam 11.00 malam tadi.
Yaa. Nak lemang, memang boleh dapat kat mana2. Lagi2 kalau malam raya. Pusing keliling pekan jer, confirm ketemu jugak kedai lemang. Tapi family aku pilih untuk membakarnye sendiri jugak. Mungkin nak rasa feel RAYA la kot. Hehe. Lagi satu sebab nak merasa LEMANG JAGUNG. Susah jugak nak dapat lemang jagung yang dijual di tepi2 jalan.
Alaa. Kesian tengok anak buah aku menunggu lemang masak. Tapi nak buat camne. Memang nak tunggu lemang masak ni bukannye kejap dik. Mahu berjam-jam lama. Sabar la yer. Hehe.
p/s : MOOD - terpaksa meng'online'kan diri sehingga jam 3.00 pagi gara2 menunggu lemang masak. Woha!
Wallahualam.
Comments
Post a Comment