MISI Lailatul Qadr berMULA!



Assalamualaikum.


Misi mencari Lailatul Qadr telah TIBA! Ayuh kite memperbanyakkan amalan dan bersama2 iktikaf di masjid sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan ni. Insyallah.




Aisyah r.a. berkata,
“Rasulullah ber’itikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan beliau bersabda, ‘Carilah malam qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.”
[HR Bukhari dan HR Muslim]


Malam ganjil, 21,23,25,27,29 Ramadhan merupakan MISI kite. Dan malam ni merupakan malam ke 23. Ape lagi. Jom la ke Masjid. Haiya ilal Masjid.


Teringat mase qiam kat Masjid Uia Gombak. Maklumlah mase tu baru first time qiam kat sana, rupanya orang2 Arab ni hanya bangun tunaikan solat sunat Tahajjud jek. Tapi ade la dekat 8 rakaat dorang buat. Kalau versi Orang Melayu punya Qiamulail mesti ade buat package solat tahajjud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih dan solat witir. Woha! Sekian.


p/s : Pergilah ke Masjid sementara kita masih berkemampuan untuk ke sana. Bangunlah malam tunaikan qiamulail sementara kita masih mampu lakukannya. Sedekahlah walau sebesar zarah sekalipun kerana Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar di bulan yang mulia ni.


Wallahualam.


Comments