PUDU SENTRAL berwajah baru!
Assalamualaikum.
Berhijrah. Bertukar Wajah. Setelah hampir 35 tahun beroperasi sejak 1976, baru2 ni telahpun siap dinaik taraf. Juga bertukar nama. PUDU SENTRAL. Itulah nama yang baru dirasmikan oleh PM kita semalam. Sedikit selingan gambar wajah lama dan baru PUDU SENTRAL atau dahulunya dikenali sebagai Hentian Puduraya.
DAHULU..
KINI..
Ok. Banyak PENAMBAHBAIKAN telah dijalankan. Antaranya :
- Mempunyai 3 kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu pada April 2010 yang lalu.
- Selain itu, dua tempat menunggu yang baru di tingkat satu turut disediakan iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin. Dahulunya tingkat satu ini menempatkan ruang makan dan gerai runcit.
- Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. (pengurangan). Hal ini kerana syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
- Terdapat penambahan mobiliti untuk untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan 2 unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
- Ia kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoren-restoren.
- Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
- Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.
surau di PUDU SENTRAL yang mampu menampung 400 jemaah
Alhamdulillah, dah ade surau yang selesa. Teringat lagi dulu, terkenang keadaan sesak dan suasana yang kurang selesa ketika menunaikan solat isyak di surau 'Hentian Puduraya'. Nak pergi tandas pun kene beratur panjang dengan kondisi mangkuk jamban yang kurang menyenangkan hati. Tapi sekarang ni...err..takde pulak gambar toilet BARU. Pak Cik Google tak habes upload lagi kot. Haha. Ok. Kalau nak tengok gambar kemudahan2 yang baru dinaik taraf di PUDU SENTRAL ni boleh lihat di SINI, SINI dan SINI.
“Selepas berfikir, saya memutuskan nama stesen Pudu ini ditukar kepada Pudu Sentral,”
Dato' Seri Najib Razak
-PM Malaysia-
p/s : mase aku dah tak naik bas, baru nak naik taraf. Woha!
Wallahualam.
Comments
Post a Comment