IMAM MUDA mengimami Tarawih..

Assalamualaikum.
(..IMAM MUDA = IMAM yang MUDA..bukan peserta Program Realiti IMAM MUDA tu yek..)



Alhamdulillah. Selesai menunaikan solat TARAWIH untuk kali yang terakhir Ramadhan ni. Insyallah. Berimamkan seorang HAFIZ muda di surau sementara yang dibina khusus untuk program ibadah di Bulan Ramadhan ni. Bertapak di Pangsapuri Sri Kayangan yang terletak di puncak Ukay Perdana.


Gambar selingan..
ni bukan Imam MUDA..tapi Imam KECIL..haha..


Seronok mendengar alunan ayat2 suci al-Quran yang didendangkan oleh dua orang IMAM MUDA di pangsapuri aku ni. Setiap malam mereka mengimami jemaah di sini. Tapi disebabkan Ramadhan kali ni aku giat merantau dari masjid ke masjid bagi merasai suasana Ramadhan di tempat orang, hanya berbekalkan 2 malam terakhir saja aku dapat meluangkan mase mengimarahkan jemaah di surau pangsapuri aku ni. Apepun, aku sangat bersyukur kerana masih diberi peluang.


Kekadang ade jugak aku terasa BANGGA dengan para IMAM MUDA di masjid2 kerana telah menjadi DUTA bagi golongan belia untuk memimpin jemaah. Bukan senang untuk berada di tempat mereka. Tapi tak mustahil untuk kita kecapi kalau kita usaha.


didiklah anak2 anda menjadi IMAM sejak dari kecil..kerana tak mustahil satu hari dia akan jadi salah seorang IMAM tanah air yang tersohor..


Teringat mase zaman sekolah dulu, pernah ditugaskan untuk menjadi Imam tarawih dan Bilal tarawih untuk jemaah pelajar2 asrama sekolah aku dulu. Baru aku tahu, di bangku sekolah lah kita nak mencuba semua benda. Jadi Imam. Jadi Bilal. Bagi tazkirah atau kuliah. Sound junior yang kerek. Hehe. dan macam2 lagi. Kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang.


p/s : hari ni malam ke 29! malam GANJIL. Jom Iktikaf dan Qiamulail kat masjid. :)


Wallahualam.


Comments