SKRK 3 : Adab Berbuka
Assalamualaikum.
Selamat petang semua. Penat jugak badan ni gara-gara tengahari tadi ligat berjalan2 disekitar pekan Rawang ni haa. Memang kelakar jugak, majoriti kedai2 yang berunsurkan makanan/minuman sumenye kosong jerk. Itu boleh tahan lagi, ni yang aku tengok pekerja die siap boleh tidoo sambil jaga kaunter ag tu. Agak2 la der~ Jaga la sikit reputasi kerja korang tu ek. Jangan salahkan Ramadhan. Kan boleh jer kite berzikir sambil tunggu customer datangkan. I mean customer bangsa cina ngan India lar. Kalau nak tunggu bangsa Melayu kene tunggu lewat sikit la mase berbuka nanti. Haha.
Insyallah, bercakap pasal makanan ni aku suka nak berkongsi sikit Adab-Adab Ketika Berbuka Puasa. Mungkin kalau kita baca, kita rasa sume tu kita dah tahu dan sedia maklum. Tapi, adekah kita amalkan adab2 tersebut.
**********
ADAB KETIKA BERBUKA :-
..teringat masa ligat berbuka di masjid masa duk CFS IIUM dulu..suasananya best kot..tapi yang lagi best dapat berjimat..haha..
1. Berbuka apabila masuk waktu Maghrib.
Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab RA, telah bersabda Rasulullah SAW : Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang berpuasa boleh berbuka.(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
2. Mendahulukan makan dari solat Maghrib.
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat maghrib, janganlah mendahulukan solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang). (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
3. Mempercepatkan waktu berbuka.
Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Manusia (Umat Islam) masih dalma keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka.(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
4. Berbuka dengan memakan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat.
..ruthaab..
Diriwayatkan dari Anas RA, ia berkata : Rasulullah SAW berbuka dengan memakan beberapa ruthaab sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.(Hadis riwayat Abu Daud & Al-Hakim)
5. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
Sabda baginda SAW : " Sesiapa yang menyediakan makanan bebuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)".(Hadis riwayat al-Baihaqi & Ibnu Khuzaimah)
6. Membaca doa berbuka puasa Doanya adalah seperti berikut :
"Allahumma laka sumtu,wa bika aamantu,wa 'a la rizqika afthartu,birahmatika ya arhamarr0himin.."Maksudnya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan Rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyanyang.
7. Tidak makan dengan sifat Tamak dan Gelojoh.
..takyah lah tamak sangat. buruk betol rupe nyer. Haha..
Kita seharusnya menghayati doa yang telah kita baca sebelum berbuka dimana kita dapat berbuka puasa atas Rahmat Allah dan apa yang dimakan adalah rezeki dariNya. Kita perlu bersyukur dengan pemberiannya. Sebaik-baiknyam makanlah sekadar yang perlu agar ianya tidak memudaratkan diri dan mengganggu kita menjalani ibadah pada sebelah malamnya.
8. Mengelakkan pembaziran dalam penyediaan juadah berbuka.
..aihh! kalau nak ikotkan hati memang nak beli jer sume makanan kat kedai ni, tapi beragak2 la der~ Ramadhan ade 30 hari. Kalau setiap hari beli camtu, tak muflis ker korang. Woha!
Kita pun sedia maklum bahawa salah satu hikmah kita difardhukan berpuasa adalah untuk berjimat cermat. Kita tidap seharusnya berbelanja besar semata-mata untuk membeli juadah berbuka. Adalah lebih afdhal kita peruntukkan sebahagiannya untuk bersedekah.
**********
Insyallah, semoga kita dapat mengamakan adab2 yang ada kat atas ni haa. Jangan duk sibuk nak berbukak jer tapi adabnya kita abaikan. Kan tak molek tu. Huhu.
p/s : "hari ni nak berbukak menu ape pulak yer? Hehe :P"
yuumm~ favourite juadah berbuka aku sejak dari kecil lagi.
Sabar yer. Lagi beberapa jam jer lagi ni. Haha.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment