Penutup Tirai Ramadhan 1432H



Asssalamualaikum.


Alhamdulillah. Tutup sudah tirai Ramadhan 1432H. Setelah diumumkan secara rasminya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.


"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011"




Berbuka style Western bak kata ayah aku. Trend family aku tiap kali penghujung Ramadhan, akan berbuka ala Western. Hajat pada mulanya nak berbuka makan Nasi Beriyani. Singgah restoran mamak petang tadi nak beli. Terkejut apabila dapat tahu RM11.50 untuk satu kepala. Mahal nyer~


Last2 plan makan Pizza selepas mendapat cadangan dari aku. Hehe. Satu family pekena PIZZA. Order take away untuk dapat Promosi Half Price.




Dah order semua. Macam biase tengok bil. Haaa! RM110.20. Woha!


p/s : semalam makan PIZZA untuk 2 kepala, RM45. hari ni makan PIZZA untuk 7 kepala, RM110. Giler betol. Naseb baek bulan puasa sekali jer setahun. Haha.


Wallahualam.


Comments