Rokok tak Rokok, Mati jugak akhirnye~
Assalamualaikum.
First of all, aku nak mintak maaf awal2 kepada golongan perokok2 tanah air kerana post kali ni memang dibuat khusus untuk golongan2 tersebut tapi diingatkan penulisan kali ini langsung tak bermotif untuk menimbulkan provokasi untuk mana2 pihak. Harap maklum yer.
Ok. Kejap tadi aku ade terserempak dengan satu status dalam fb. Bunyi nyer macam ni..
"camne nak cakap ek ,, ermm .. bile kite tegur orang yang hisap rokok cakap jangan la hisap , tak sayang diri ke ? then dorang mesti kate ,, alaaa kalau nak mati tu mati jugak .. betul ke statement ni ?? sebesalah pulak bile dengar .. cube korang terangkan mane yg terbaik ?? memang la sape nak mati tu mati jugak kalau da sampai ajal .. tapi salah ke kalau kite nak jage badan kite .. org yg duk sebelah yang tak hisap rokok tu lagi banyak effect die rite .. haizz ^..^"
-Anonymous-
Aku nak komen sikit la yek. Panas jugak aku bile dengar ade jugak golongan yang berpendirian seperti tu. Ok. Korang tahu tak merokok ni boleh membahayakan kesihatan atau nak senang cerite nye merokok ni boleh bawa maut kalau duk hisap setiap hari. Kita tahu yang rokok ni boleh bunuh kita. Tapi kenape kita still nak merokok jugak. Tak ke itu nama nyer BUNUH DIRI. yer la kan. Kita tahu bende tu boleh buat kite mati tapi kite still nak teruskan jugak. Tak gitu? :P
Lagi satu, dah nak BUNUH DIRI boleh pulak nak bawak orang lain sekali kan? :)
Fine! aku paham lah golongan yang try nak henti hisap rokok ni. Keturunan aku pun ade jugak sorang ni duk nak henti hisap rokok dulu. Bayangkan sebelum ni hisap berkotak2 sehari then tetibe jer esoknyer terus henti means langsung tak hisap sehari. Memang boleh jadi giler. Seharian duk bawah selimut mengigil cube tahan nafsu nak hisap jugak. Tapi lama kelamaan ade jugak kaedah lain yang menyebabkan akhirnye die dapat henti merokok. Done.
Ape yang aku nak sampaikan kat sini, memang lah ajal tu memang dah pasti. bak kata mamat kat atas ni haa "alaaa kalau nak mati tu mati jugak". Tapi kan, tahu tak Allah SWT mengharamkan syurga bagi golongan2 yang BUNUH DIRI ni. Tak percaye?
Hadits 90. (Shahih Muslim) Dari Syaiban ra., katanya dia mendengar Hasan ra, bercerita : “Masa dulu, ada seorang laki-laki keluar bisul. Ketika ia tidak dapat lagi menahan sakit, ditusuknya bisulnya itu dengan anak panah, menyebabkan darah banyak keluar sehingga ia meninggal. Lalu Tuhanmu berfirman : Aku haramkan baginya surga.” (Karena dia sengaja bunuh diri.) Kemudian Hasan menunjuk ke masjid sambil berkata, “Demi Allah! Jundab menyampaikan hadits itu kepadaku dari Rasulullah saw., di dalam masjid ini.”
Then yang ni pulak balasan yang Allah SWT bagi bile bunuh diri.
Hadits 88. (Shahih Muslim) Dari Tsabit bin Dhahhak ra, katanya Nabi saw., sabdanya : “Siapa yang bersumpah menurut cara suatu agama selain Islam, baik sumpahnya itu dusta maupun sengaja, maka orang itu akan mengalami sumpahnya sendiri. “Siapa yang bunuh diri dengan suatu cara, Allah akan menyiksanya di neraka jahanam dengan cara itu pula.”
Tak seram ker?
Ok. habes! kepada golongan yang hisap rokok kat luar sana. saja untuk aku kongsikan pendapat aku kat ruangan aku ni. just untuk tatapan dan renungan antum semua. insyallah. :)
p/s : sebenarnye semua point aku tulis kat atas ni khusus untuk 'mamat' tu jek. kepada yang makan cili dan tengah menderita pedas, aku mintak maap sangat tapi ayuh kite renung2kan kesannya. Sekian. :)
Wallahualam.
betul2..hrp kawan2 semua dpt berhenti merokok ni utk jage kesihatan dan sekaligus terhindar drpd kes bunuh diri..hik3
ReplyDeletelantak diaorg la.. yg penting aku dah tak merokok..
ReplyDeletehaha...
http://zulfattah.blogspot.com/
Merokok tu ibarat membakar duit..
ReplyDeleteSia-sia je beb..