Bantulah Saudara Kita Di Somalia!
Assalamualaikum.
Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia kerana memiliki negara yang amat jarang berdepan dengan bencana2 alam yang besar seperti kemarau panjang, letusan gunung berapi dll. Ok. Kalau kite lihat keadaan di Somalia sekarang, memang sangat2 memilukan. Keadaan kebuluran yang telah meningkatkan graph kematian secara mendadak. Anak sekecil 4-5 tahun yang di Malaysia ni hidup senang diberi segala permintaannya oleh ibubapa, tapi disana terpaksa tanggung kebuluran sehingga tak mampu untuk berbuat apa2. Mereka jugak umat islam seperti kita. Mereka jugak berkeluarga seperti kita. Apakah sumbangan kita kepada mereka selaku saudara seagama kita di sana? Renung2kan.
Di kesempatan ini, suka untuk aku katakan konglomerat media terbesar, Media Prima Berhad (Media Prima) dan anak syarikatnya, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) baru saja melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk membantu mangsa kebuluran di Somalia, semalam.
Orang ramai atau syarikat yang ingin menderma boleh menghulurkan sumbangan masing-masing menerusi akaun Maybank 514105-320757 atau datang sendiri ke Bahagian Kewangan NSTP di 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau menghantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd, dengan menulis Tabung Bencana NSTP-Media Prima di belakang cek.
Hanya untuk makluman, sehingga kini lebih RM800 000 berjaya dikumpulkan untuk membantu mangsa kebuluran di Somalia termasuk RM750 000 yang didermakan oleh Yayasan al- Bukhari, PGPF pulak mendermakan sebanyak RM50,000 dan selebihnya adalah sumbangan orang perseorangan.
Nak tahu lebih lanjut mengenai bencana yang melanda di negara berkulit gelap ni boleh klik SINI. Nak derma pun boleh kat situ.
p/s : tetibe terpanggil pulak aku nak buat satu post pasal Kemarau yang melanda Somalia ni. Sebagai sumbangan aku dalam mewar-warkan kepada yang lain yang lebih berkemampuan. Sekian.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment