Hafal dalam BELAJAR. Kesannya..
Assalamualaikum.
Artikel yang menarik untuk di kongsikan.
Teringat aku masa sekolah rendah dulu, bila dekat nak exam jer mesti duk menghafal jawapan pada soalan yang telah dibincangkan masa kelas sebelum2 tu. Haha. Kekadang ayat yang tulis dalam exam pun nak dibandingkan dengan jawapan buku teks, SEBIJIK! haha. Adakah itu di namakan proses pembelajaran? Woha!
Biaselah, masa otak kita masih mentah lagi, mentaliti seorang pelajar nak cemerlang kene menghafal apa yang dibelajarnya mase dalam kelas. Tapi kan adakah dengan menghafal, kita dapat faham konsep sebenar subjek tersebut. Mungkin jugak ia bergantung pada subjek yang kita ambil.
Ape beza kita MENGHAFAL atau MEMAHAMI dalam proses pembelajaran?
Kalau kita hafal, sebenarnya kita takkan faham ape yang kite hafal. Bila kita tak faham, ilmu tersebut tak lama berada dalam otak dan dada kita. Hanya untuk jangka masa pendek. Inilah selalu nyer terjadi pada golongan pelajar sekolah. Kekadang kita lihat result PMR dan SPM gempak straight A tapi bila masuk dunia Universiti, habis jatuh merudum result. Ade pulak yang sampai dah tension asyik failed jer memanjang sampai berhenti belajar then terus BEKERJA.
Tetapi sekiranya kita memahami ilmu tersebut, secara tak langsung kita akan menghafalnya. Kelebihan bila kita memahami ilmu tersebut, kalau kita terlupa, kita akan mudah untuk mengingatnya kembali. Tak percaya? Boleh try!
Pengalaman aku dalam kegiatan HAFAL-MENGHAFAL ni :
1. Mase sekolah dulu aku ambek subjek BAHASA ARAB TINGGI. Bila nak exam asyik duk menghafal vocab dan jawapan perbincangan dalam kelas. Bile exam, alhamdulillah dapat SKOR. Lepas exam dah banyak lupe. Sekarang? No komen! Haha. Sebab tak dipraktikkan.
2. Mase mengaji sekolah agama dulu. Ada part HAFAZAN. Pernah menghafaz kesemua surah dalam Juzu' Amma @ Juzu' 30 Al-Quran. Tapi mase tu jer la. Sebab kalau tak tasmi' depan ustazah mase tu, confirm tak dapat balek. Haha. Pengajaran? Fikir2kn.
3. Subjek MATEMATIK mase sekolah. Bila nak exam asyik duk menghafal formula2 ringkas yang confirm akan masuk exam. Bila exam, dapat SKOR! Siap jadi subjek favourite aku mase sekolah. Pernah impikan untuk menjadi GURU PAKAR dalam Matematik. Tapi bila masuk U, subjek Matematik paling aku BENCI! Haha. Sebab Matematik di universiti lebih kepada kreativiti kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Formula banyak. Cara pun banyak. Nak selesaikan, kene cari jalan sendiri. EH. Paham ker ape yang aku cakap ni? Hehe.
4. Giliran korang pulak.
Tapi kan, kiranye pelajar MEDIK tak kreatif berFIKIR la ek? Sebab kan banyak fakta dorang kene HAFAL. Haha. :P Tapi diingatkan, jangan nak samakan HAFAL Al-Quran dengan HAFAL dalam pembelajaran. Sebab kalau nak tunggu kita faham semua isi kandungan al-quran dulu baru hafal, aku rase sampai TUA pun belum tentu hafal. Woha!
p/s : Saya TAK PANDAI, tapi saya PAHAM! Tagline sepanjang zaman, Hehe.
Wallahualam.
linlon : takpe. kalu sekarang sambung U boleh jer nak pahamkan. cume ambek masa je.
ReplyDelete