Mencari yang SALAH membawa PADAH
Assalamualaikum w.b.t.
Tengah-tengah scroll timeline FB terserempak dengan video ni. Sangat deep maksudnya. Penuh dengan maksud tersirat. Jemput tonton dulu video di bawah.
Lumrah insan yang bernama Manusia. Sangat tertarik dengan benda negatif walau di sekelilingnya banyak yang positif. Sekadar sinopsis video di atas untuk mereka yang tak berapa nak laju line internetnya untuk tonton video tu.
Seorang cikgu mengajar anak murid dengan menulis di atas papan hitam :
8 x 1 = 7
8 x 2 = 16
8 x 3 = 24
8 x 4 = 32
8 x 5 = 40
8 x 6 = 48
8 x 7 = 56
8 x 8 = 64
8 x 9 = 72
8 x 10 = 80
Dan semua anak muridnya terus mentertawakan cikgunya kerana tersilap menulis jawapan untuk line pertama yang ditulisnya. '8 x 1 = 7'. Namun apa respon cikgunya?
Cikgunya sengaja jawab sebegitu untuk mengajar sesuatu kepada anak muridnya. Macam mana dunia zaman sekarang ini memperlakukan kita. Kesembilan-sembilan jawapan telah dijawab dengan betul tapi hanya satu saja jawapan yang salah. Namun yang dilihatnya tetap yang salah dan siap mentertawakan lagi. Begitulah juga yang terjadi pada zaman sekarang ni. Dalam banyak-banyak perkara baik yang kita lakukan, tapi bila sekali kita terbuat perkara buruk, habis dikecoh dan disumpah seranah akan perbuatan buruk kita seolah kita tak pernah buat sesuatu yang baik.
PERSEPSI. Siapa rasa dia boleh mengaku tak pernah buat silap aku rasa memang tak layak nak dipanggil manusia. Hanya Nabi Allah Muhammad saja maksum. Itu pun baginda tak pernah mengaku dirinya tak pernah buat silap. Zaman sekarang aku banyak perhatikan bila kita lihat seseorang pernah buat silap even bukan buat silap dengan kita, tapi persepsi kita terhadap dia terus berubah. Sebagai contoh, si A ada buat masalah dengan sahabat baik kita. Tapi tak semena-mena kita terus menunjukkan respon negatif terhadap si A padahal kita sebenarnya takde apa-apa isu pun dengannya. Ini bukan isu setia kawan. Tapi ini isu ukhuwah, persaudaraan dan sikap profesional. Jangan disebabkan kawan kita ada masalah dengan dia, kita turut serta menjadi batu api dalam pertelingkahan antara mereka berdua. Berdosa besar hukumnya. Menjadi penyebab putusnya silaturahim. Nak cium bau syurga memang tak dapat. Solusinya, berkawan seperti biasa. Kalau boleh selitkan unsur nasihat lagi bagus. Tapi kalau jenis yang keras kepala dan rasa cubaan nasihat kita akan lagi merosakkan ukhuwah, cukup sekadar itu. Teruskan dengan doa saja. Jangan sesekali kita nak cari kesilapan mereka untuk dipersalahkan. Tapi kalau niat kita untuk cari kesilapan supaya kita belajar untuk tak mengulanginya itu tak apa.
Dan sekadar nasihat juga untuk diri dan sahabat di luar sana. Jika yang menjadi punca pertelingkahan itu adalah ego orang yang lebih tua dari kita, jangan sesekali bertindak mengikut emosi. Dalam kita nak menegakkan sesuatu even kalau kita betul sekalipun, tapi cara teguran dan akhlak yang ditonjolkan tak kena, memang akan tetap jadi kesalahan kita. Sebab apa? Sebab dalam Islam hormat orang tua itu wajib selagi tak disuruhnya buat perkara yang bertentangan dengan akidah. Lagi-lagi kalau mereka itu adalah ibubapa atau guru kita. Yang dah banyak berkorban untuk kita. Sekali kita mengguris perasaan mereka, percayalah Allah takkan redha dengan apa yang kita buat. Kalau Allah tak balas kat dunia, di akhirat tetap menanti. Kalau tak kena kat kita, boleh jadi kena kat keturunan kita. Kita tak suka sikap ibubapa atau cikgu kita macam sekian sekian sebagai contoh, tak mustahil satu hari anak kita akan respon seperti itu terhadap kita bila mereka meningkat dewasa. Allah maha adil. Bertindaklah mengikut akal di atas landasan Islam.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment