Penjelasan Keluarga Kebumi TG Haron Din di US
Assalamualaikum w.b.t.
SUMBER : Dari Laman FB Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)
P/s : Kekadang aku tertanya kenapa kita terlampau obses dengan lokasi pengebumian. Seolah lawatnya kita setiap tahun (setiap hari raya lazimnya) di kubur tersebut mampu menghilangkan kesunyian arwah di dalam kubur. Walhal sebenarnya tidak ada pemutus antara arwah dengan kita walau di mana kita berada. DOA itu menjadi penghubung dan penyelamat utama semasa arwah di dalam kubur. DOA saja di mana-mana kita berada. Walau kita berdoa didepan kubur pun, hala tujunya tetap kepada-NYA. Ziarah kubur ini cuma akan bantu kita untuk mengingati saat kematian yang pasti kita akan kita tempuhi satu hari nanti. Bila, di mana, dan bagaimana? Allah saja yang tahu. Tugas kita hanya bersiap sedia sentiasa.
Suka untuk aku kongsikan satu hadis yang pernah dibacakan oleh Almarhum TG dalam keadaan menangis semasa kuliah dhuha beliau satu ketika dulu. -hasil perkongsian dari salah seorang anak murid beliau
Wallahualam.
SUMBER : Dari Laman FB Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)
Maafi kami ahli keluarga di Malaysia.
Maafi kami anak2 murid baba seluruh Malaysia dan serata dunia..
Maafi kami sahabat handai taulan yang akrab yang jauh mahupun yang dekat..
Maafi kami seluruh kepimpinan di tanah air..
Kami maklum yang baba disayangi ramai..Kami sedar, kami berkongsi baba dengan seluruh masyarakat yang turut sayangkan baba.
Sesungguhnya...
Kami tidak akan izinkan sesiapa pun menyakiti jasad baba..
Tidak masa hayatnya
Dan tidak juga masa baba telah dijemput menemuiNya.
Berat sungguh keputusan yang terpaksa kami ambil untuk semadikan jasad baba di bumi asing bagi kami ini.Ketentuan Allah tidak dapat kami sanggah dan bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.
Tiga perkara yang sentiasa Allah jadikan teka teki penuh hikmah dalam bab kematian kita… 1) Bila 2) Dimana 3) Bagaimana
Bila masa dan ketikanya..
Mana tempat Allah pilih untuk menjemput kita kembali..
Bagaimana caranya...
Cuba kita tarik nafas sejenak dan bayangkan, jika tubuh badan itu milik kita.. Tika hidup ni, setakat...nak cucuk amik darah secoet pun pikir dua kali, apalagi jika perlu ditoreh ,tebuk sana sini hidup2 tanpa bius....takut sakit….penakut pahitt..Maka ,masa kita sudah tidak mampu mewakili kita sendiri,tiada suara untuk menyampaikan hasrat kita..agak2 kita nak izin ka, jika ada yang nak meremuk redamkan batang tubuh kita.Ada sesiapa yang berani jamin ka, tika itu kita dah tidak merasai sakit?
Semasa hayat baba..teringat suatu ketika.., nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin.. Ini kan pulak berejam2 malah berhari2 dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui 'embalm' yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf....Tak sakit? Siapa kata tak sakit? Siapa berani jamin kita tak merasa sakit tika tu? Tiada siapa yang melalui ajal maut dan kembali menceritakan bahawa jenazah tidak merasai sakit.
(Apa2 pun kami menghargai usaha pihak kerajaan terutama Dato' Seri Zahid Hamidi yang bersusah payah membantu aturkan pesawat persendirian.. Terima Kasih.. Sangat2 kami hargai dan tersentuh.Kami sekeluarga merakamkan penghargaan atas keperihatinan Dato' Seri yang bersusah payah bertanya khabar dan menelefon sendiri mama . Juga berkali2 bercakap sendiri dengan Balin jarak jauh melalui telefon.)
Kami 5 beradik termasuk mama sepakat, bulat dan tekad untuk menyemadikan baba disini.Banyak kali kuliah dan pesanan baba…Perlu disimpan dimana tempat Malaikat datang menjemputnya..Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang , tapi jangkamasa 7 hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya.
Hatta jika tanya hati kecil saya yang memang mementingkan diri sendiri, tentunya saya mahu baba dekat bersama-sama kita..Biar ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita. Biar kita mampu ziarah hari-hari..Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali..Biar ada depan mata.Itu kehendak kita..dan saya rasa..juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.Tapii…adakah keputusan itu tepat untuk baba?..Menyegerakan pengendalian dan penyelenggaraan jenazah juga dituntut syara’.Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah !!!..Pantaskah kita melanggar perintah Allah atas alasan darurat dan menyiksa baba semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu kita?.
Maafi kami seluruh rakyat Malaysia..
Kesemua ini pun milik Allah.. Seluruh isi bumi hatta langit galaksi ni milik Allah..Bumi Amerika ni pun milik Allah...
Kalau pun kita ditakdirkan sampa ajal di Mekah atau mana2 bumi bertuah pada perkiraan kita, tapi... hidup kita..Nauuzubilahhh.. Apa lagi yang jenis mulut tak da insuran tuh.. Jangan nak harap sangat mana2 tempat yg kita pilih untuk tanam kita, bole bagi ekspress tiket atau special treatment VIP. Kemuliaan dan maqam kita dalam barzakh akan tergantung kepada amalan bekalan semasa masih hidup.Itulah yang bakal mencorak alam barzakh kita menjadi taman-taman syurga ataupun lohong sempit siksaan neraka.
(Saya mengambil kesempatan ini berpesan pada anak-anak sendiri…Dimana pun Allah pilih untuk ambil mama kembali..Disitulah juga pastikan jasad mama disemadi.Jangan siksa jenazah mama.. Pesanan ini juga untuk semua anak2 sedara kami berlima beradik yang masih di Malaysia.)
Kami sentiasa saksikan baba tidak pernah lupa ziarah Makam Tokwan dan Tok Teh di Bohor Mali. Setiap kali pulang Perlis (SETIAP KALI !!..tidak pernah berkecuali)..Hati merintih membayangkan usaha kami untuk kerap ziarah pusara baba. Kami lihat dan kami diajar sebegitu oleh Baba.Kami tak pernah lupa Tokwan TokTeh hingga sekarang..Juga masjlis2 tahlil dan khatam Quran saban tahun dan masa , juga amalan2 lain untuk dihantar pahala kepada yang telah tiada. Tapi..kami juga percaya dan yakin ..Ini telah tertulis dan tersurat.Mungkin masih sukar kita menghayati segala yang tersirat di sebalik yang tersurat.Inshaallah..suatu hari nanti jika kita berlapang dada membuka fikiran dan minda dan menjadikan agama di hadapan segala..maka ..tika itu Allah buka segala hikmah yang tidak terjangkau dek akal pendek kita.
Maafi kami sekali lagii…
Baaa… kami akan usaha..ziarah baba disini..walaupun jarak seakan memisahkan kita..tapi percayalah Baa…Baba tetap bertakhta dihati …takkan padam ingatan ini….Selamanya…
Al-Fatihah untuk Baba tersayanggg.....
Kokde 17/9/2016
Campbell
CA.
Dr. Huda Haron
P/s : Kekadang aku tertanya kenapa kita terlampau obses dengan lokasi pengebumian. Seolah lawatnya kita setiap tahun (setiap hari raya lazimnya) di kubur tersebut mampu menghilangkan kesunyian arwah di dalam kubur. Walhal sebenarnya tidak ada pemutus antara arwah dengan kita walau di mana kita berada. DOA itu menjadi penghubung dan penyelamat utama semasa arwah di dalam kubur. DOA saja di mana-mana kita berada. Walau kita berdoa didepan kubur pun, hala tujunya tetap kepada-NYA. Ziarah kubur ini cuma akan bantu kita untuk mengingati saat kematian yang pasti kita akan kita tempuhi satu hari nanti. Bila, di mana, dan bagaimana? Allah saja yang tahu. Tugas kita hanya bersiap sedia sentiasa.
UMAT Islam menunaikan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haron Din yang diimamkan Timbalan Imam Besar, Ustaz Ehsan Mohd Hosni di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam.
Suka untuk aku kongsikan satu hadis yang pernah dibacakan oleh Almarhum TG dalam keadaan menangis semasa kuliah dhuha beliau satu ketika dulu. -hasil perkongsian dari salah seorang anak murid beliau
Hadis Dhuha Berkenaan Kelebihan Mati Di Tempat Yang Jauh
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولدهقالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .
Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata :
" Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
" Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya".
Mereka ( para sahabat ) bertanya :
" Kenapa begitu ya Rasulullah? ".
Baginda bersabda :
" Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga."
[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah ]
Wallahualam.
Comments
Post a Comment