Virus Menular : Sikap Mengutuk & Membuka Aib Orang Lain

Assalamualaikum w.b.t.

Kekadang aku perasan satu benda yang menjadi virus dalam masyarakat zaman sekarang ini. Aku boleh kata virus sebab sikap dan tindakannya boleh menyebarkan cas-cas negatif kepada semua orang sekeliling. Sebenarnya benda ini juga yang aku selalu hadapi dalam suasana kerjaku mahupun segala aktiviti-aktiviti luar yang pernah aku berkecimpung setakat ini. Virus yang aku maksudkan ialah sikap membuka aib dan memburuk-burukkan orang lain.

Seringkali aku terdengar seorang pekerja yang selalu memburuk-burukkan bosnya. Seorang anak murid yang memburuk-burukkan gurunya di depan orang lain. Seorang anak membuka aib adik beradik atau keluarganya sendiri. Nauzzubillah! Kekadang aku tak faham. Setakat bila aku hadapi senario seperti itu, aku akan senyapkan saja diri. Nak setuju tak, kata tak setuju pun tak. Kekadang aku rasa mereka ini seolah merasakan diri mereka sempurna. 


Sebagai contoh seorang bos yang memiliki kekurangan dari sudut leadershipnya dalam menguruskan anak buahnya. Bila pekerjanya ditegur oleh bos tersebut atas sebab memang kesalahannya, mula lah kegiatan kutuk-mengutuk bos berjalan dalam kalangan yang sama ahli. Aku sebenarnya sangat simpati dengan orang macam ini. Sebab apa? Sebab kita belum rasa berada di tempat mereka. Dan kita tak pernah merasai apa yang mereka rasa. Kekurangan yang memang Allah dah tentukan untuk mereka. Mereka hanya buat apa yang mereka mampu. Tapi mungkin pada mata kita mereka ini ibarat kata tak serupa bikin. Sebab itu aku lebih memilih untuk senyapkan diri bila berhadapan dengan golongan-golongan seperti ini sebab aku selalu fikir yang aku pun belum cukup sempurna. Tak perlu nak menilai ketidak sempurnaan orang lain. Dan selalunya golongan yang terlibat ini adalah mereka yang sudah kerja lama di sesuatu syarikat tapi masih ditakuk yang sama. 


Bila aku perhatikan dan fikirkan balik, kekadang mungkin pemikiran macam mereka inilah punca Allah belum lagi aturkan mereka untuk terus maju dalam karier mereka. Selalu menilai orang lain. Membuka aib orang. Gosip sana sini. Bercakap tak kena pada tempat dan seumpamanya. 

Wahai sahabat-sahabiah yang disayangi, ayuh sama-sama kita elakkan dari tergolong dalam golongan mereka yang suka sangat menilai kekurangan orang lain. Takde apa pun yang kita dapat kalau kita mengutuk bos sendiri. Bukan dapat naik pangkat pun lepas kutuk 44 hari. Yang dapat hadiahkan pahala free kat bos tu adalah. Pahala yang penat-penat kau pungut dan kau nak bagi macam itu saja kat bos kau tu. Sayang betul. Tak gitu?


Ada lagi satu jenis pula orang yang selalu menyebarkan cerita buruk pasal seseorang tanpa mengetahui asal usul dan sebab musabab kejadian tersebut terjadi. Yang terbaru kes melibatkan insiden buli di salah sebuah sekolah agama di Sabah. Pada mula video tersebut diviralkan di fb, habis penuh caci maki hina menghina kata-kata yang tak patut di bahagian komen. Salahkan mak ayah lah. Salahkan cikgu lah. Salahkan kerajaan lah. Macam-macam gelagat netizen dapat dilihat. Ada yang positif ada yang negatif. Tapi macam biasa, negatifnya berjaya menggelamkan yang positif. Dan akhirnya berjaya diperjelaskan oleh mereka yang berada di tempat kejadian bahawa kejadian buli tersebut berlaku disebabkan yang dibuli itu telah menghina dan mengutuk arwah bapa kepada pembuli tersebut. Siapa tak marah kalau ayah kita yang dah meninggal pun dikutuk dan diejek sebegitu? Dan barulah diperhatikan balik, ramai pula yang back up si pembuli bila dapat tahu kisah yang sebenar. Inilah senario yang terjadi di laman sosial sekarang ini. Wahai sahabat semua, tolonglah selidik dulu setiap status yang dishare di dalam fb atau apa-apa media sosial di luar sana. Pastikan sumbernya sahih lagi-lagi bila melibatkan maruah orang lain dan hukum islam.  


Renung-renungkan dan selamat beramal. :D

Wallahualam.

Comments